PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis pantau pertaruhan, bookie empat liga utama

Go down

Polis pantau pertaruhan, bookie empat liga utama Empty Polis pantau pertaruhan, bookie empat liga utama

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) Thu Jul 22, 2010 2:09 pm

KUALA LUMPUR: Selepas berakhirnya Piala Dunia 2010, polis kini memberi tumpuan terhadap bookie yang dipercayai sedang membuat persiapan untuk menerima pertaruhan bagi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Sepanyol, Liga Itali (Serie A) dan Liga Juara Juara Eropah (UEFA) yang bermula bulan depan.

Sumber memberitahu Berita Harian, bookie lebih menggemari pertaruhan liga kerana mampu memperoleh keuntungan besar secara konsisten kerana ia berlangsung sepanjang musim berbanding Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali.
“Ini turut didorong keistimewaan sesebuah perlawanan, lebih-lebih lagi membabitkan pasukan ternama, yang ada di antaranya mempunyai ramai pemain bintang. Ia juga faktor penarik kaki judi yang sanggup membuat pertaruhan besar ke atas pasukan pilihan masing-masing.
“Pertaruhan bukan saja membabitkan kaki judi warga tempatan, bahkan dari negara jiran terutama Singapura. Ini berikutan pasukan bertanding dalam liga tertentu, khususnya EPL mempunyai ramai peminat di Asia Tenggara,” katanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan sebanyak RM500 juta dilaburkan kaki judi warga tempatan dan beberapa negara jiran, terutama Singapura sepanjang sebulan Piala Dunia Fifa 2010.

Ia hasil 270 serbuan dilakukan Unit Gempur Ops Soga diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan dari 11 Jun sehingga 12 Julai lalu.

Serbuan itu membawa kepada penahanan 227 anggota sindiket yang bertindak sebagai bookie berusia 15 hingga 73 tahun, membabitkan rakyat tempatan dan warga asing.
Sindiket judi dipercayai akan menggunakan modus operandi sama seperti Piala Dunia 2010, iaitu menggunakan internet, selain menyediakan akaun bank tertentu bagi memudahkan kaki judi berurusan.

“Taktik mereka masih sama. Ini yang kita bimbang sebab kemudahan internet itu membolehkan mereka melakukan jenayah merentasi sempadan. Lebih dibimbangkan sekiranya hasil pertaruhan digunakan untuk tujuan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita turut memantau sama ada pertaruhan turut membabitkan Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan pihaknya masih menjalankan pemantauan terhadap kegiatan bookie walaupun selepas berakhirnya Piala Dunia.

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum