pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
+17
SenHan_U6F
Ultima Lucifer
szejiengoo (U6F)
PnLeela
wendy
Ngo Yong Hui (L6A/2008)
hawjiun
bee happy
NCH CHEAN
wonderfoo_99
sc_kwan
Jennifer Ong
weichian_89
siewMei
vinclam1314
HappeeSim
sim
21 posters
Page 1 of 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
sekarang perokok semakin muda dan mengikut kajian,kanak-kanak yang berumur 10 tahun sudah belajar untuk merokok,bukanlah hanya pemuda yang berumur 18 ke atas yang merokok,ini menyebabkan penyakit kancer peparu semakin meningkat di kalangan remaja.
tetapi bukankah undang-undang menyatakan hanya boleh menjual rokok kepada orang dewasa yang berumur 18 ke atas?mengapakah saya dapati pelajar lelaki yang belum dewasa di sekolah kita mempunyai rokok dan menghisap di tandas sekolah?
walaupun mereka tahu akan menjangkit kancer selepas merokok dalam masa yang panjang,tetapi masih tidak berhenti merokok.adakah ibubapa mereka tahu anak mereka merokok ataupun biarkan anak mereka tidak menjaga kesihatan mereka?
kerajaan mengatakan masukkan beberapa keping gambar kerosakan organ selepas merokok dalam bungkusan rokok supaya perokok dapat berhenti merokok apabila melihat gambar tersebut.tetapi adakah langkah ini berkesan?
berilah pandangan anda.

sim- Posts : 49
Join date : 2008-01-29
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
aduh, topik baru lagi.......i nak tanya satu soalan....
Kata kakak bombomsim,
''Mengapakah saya dapati pelajar lelaki yang belum dewasa di sekolah kita mempunyai rokok dan menghisap di tandas sekolah?''
Bagaimana kamu tahu mereka menghisap rokok di tandas? Adakah kakak bombom pergi tandas lelaki selama ini?
haha....saya mengarut sahaja........
''kerajaan mengatakan masukkan beberapa keping gambar kerosakan organ selepas merokok dalam bungkusan rokok supaya perokok dapat berhenti merokok apabila melihat gambar tersebut.tetapi adakah langkah ini berkesan?''
Pada pendapat saya, langkah tersebut tidak memberi kesan langsung kepada perokok. Contoh yang boleh dilihat, papan iklan di tepi jalan raya, iklan yang dipaparkan melalui media massa seperti surat khabar dan tv serta mengada kempen-kempen untuk memberitahu rakyat malaysia tentang keburukan merokok. Apakah implikasi usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyedarkan rakyat kita? Namun begitu, bilangan perokok pula bertambah setiap tahun....Hal ini sedemikian kerana mereka berasa gaya apabila menghisap rokok mahupun mereka berasa lebih kuat daripada individu lain yang tidak berani merokok walaupun mereka mengetahui keburukan mengisap merokok.
Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan kancer peparu ialah menghisap asap yang dikeluarkan oleh perokok semasa perokok.

HappeeSim- Posts : 9
Join date : 2008-01-11
Age : 114
Location : Mars
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
tak boleh buka topik barukah,hapeesim
topic rokok adalah hangat,kita tidak boleh mengelakkan untuk membincang topic ini kerana pelbagai pihak telah anti rokok sekarang....tetapi seperti yang hapeesim katakan,gambar-gambar yang 'eerie' tidak berkesan kepada perokok.
pada pandangan saya,kempen-kempen anti rokok juga tidak berkesan,saya rasa hanya perokok sendiri yang hendak mengawal diri supaya dapat berhenti rokok selama-lamanya demi kesihatan diri ,keluarga dan orang lain termasuk kawan-kawan....
bolehkah rakan-rakan nyatakan selain menjangkit kanser,apakah kesan sampingan selepas merokok?
adakah anda berasa tidak selesa apabila orang lain merokok di sekeliling anda dan adakah ahli keluarga anda merokok?

Last edited by sim on Wed Apr 09, 2008 12:44 pm; edited 1 time in total
sim- Posts : 49
Join date : 2008-01-29
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
saya juga berasa langkah yang dicadangkan oleh kerajaan itu tidak akan berfungsi dengan baik.. saya berasa kebanyakan perokok sudah tahu tentang keburukan tentang merokok...kerana kebanyakan tentang keburukan merokok telah pun diajar oleh guru di sekolah... akan tetapi, mereka tetap merokok... tanpa mengirau tentang keburukan merokok... jikalau langkah kerajaan itu tetap dijalankan.. saya berasa perokok juga tidak akan mengirau gambar itu... tetap merokok...
urm.. saya berasa salah satu kesan sampingan tentang merokok ialah.... baru dan asap yang dikeluarkan oleh perokok menyebabkan orang di sekitar mereka berasa tidak selesa.. ini akan dan dapat menjejas kesihatan mental orang di sekitar mereka juga.... contohnya.. saya lah.. asyik berasa sangat tidak suka terhadap mereka dan stress semasa terhidu bau rokok... mahu slap mereka... benci sangat la..

vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
terima kasih abang tohwai,abang telah menyatakan suara hati saya! asap yang dihembus oleh peroko memang amat membencikan dan sangat busuk.. adakah mereka tidak mengetahui bahawa asap yang mereka hisap sebenarnya busuk sangat..
urm...sebenarnya saya ingin tanya tentang satu soalan..adakah dalam bungkusan rokok itu terdapat gambar kerosakan organ? Di manakah kerajaan memasukkan gambar itu? di dalam bungkusan ataupun di permukaan luar?saya rasa bukan pada permukaan luar kan?? ataupun sekeping gambar yang diletak bersama rokok dalam bungkusan itu? saya memang tidak tahu lah.. haha...

siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
siewMei wrote:urm...sebenarnya saya ingin tanya tentang satu soalan..adakah dalam bungkusan rokok itu terdapat gambar kerosakan organ? Di manakah kerajaan memasukkan gambar itu? di dalam bungkusan ataupun di permukaan luar?saya rasa bukan pada permukaan luar kan?? ataupun sekeping gambar yang diletak bersama rokok dalam bungkusan itu? saya memang tidak tahu lah.. haha...
saya juga berpendapat amat benci kepada penghisap rokok,merekalah salah satu punca pencemaran udara.
kerajaan bercadang mencetakkan gambar ngeri bagi menunjukkan kesan buruk akibat merokok di permukaan kotak rokok,supaya meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok.jika kerajaan mencetakkan di dalam pembungkusan tidaklah dinampak oleh para penghisap,ia hanya mensiar-siarkan niat baik kerajaan.
saya gagal mencarikan berita atau gambar tentang pembungkusan kotak rokok dimana-mana link yang dalam bahasa malaysia,tetapi saya dapati link yang dalam bahasa cina mengenai berita tersebut.haraplah dapat menberi maklumat...
http://www.chinapress.com.my/content_new.asp?dt=2008-04-07&sec=mas&art=0407mc64.txt
weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
memanglah berita ini dapati dalam chinapress....TQ wei chian link berita tersebut
gambar tersebut adalah dalam bungkusan,memanglah tidak berkesan kepada perokok.
kebanyakan perokok mengatakan kerana telah merokok dalam masa yang panjang susah dihentikan,walaupun ada gambar ngeri dalam bungkusan,tetap merokok
sebilangan perokok kata mungkin mereka akan berhenti merokok selepas lihat gambar tersebut,tetapi apabila lihat gambar tersebut dalam tempoh yang panjang sehingga mereka tidak rasa ngeri terhadap gambar tersebut,akan terus merokok.
ex-perokok kata jika hendak berhenti merokok selama-lamanya,perlu menjangkit penyakit barulah perokok akan insaf supaya tidak merokok lagi,tetapi pada masa itu mungkin tidak dapat hidup lagi......
gambar tersebut adalah dalam bungkusan,memanglah tidak berkesan kepada perokok.
kebanyakan perokok mengatakan kerana telah merokok dalam masa yang panjang susah dihentikan,walaupun ada gambar ngeri dalam bungkusan,tetap merokok
sebilangan perokok kata mungkin mereka akan berhenti merokok selepas lihat gambar tersebut,tetapi apabila lihat gambar tersebut dalam tempoh yang panjang sehingga mereka tidak rasa ngeri terhadap gambar tersebut,akan terus merokok.
ex-perokok kata jika hendak berhenti merokok selama-lamanya,perlu menjangkit penyakit barulah perokok akan insaf supaya tidak merokok lagi,tetapi pada masa itu mungkin tidak dapat hidup lagi......
sim- Posts : 49
Join date : 2008-01-29
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Pada hemat saya, gambar-gambar tentang akibat menghisap rokok dapat menghidari orang yang belum mula menghisap rokok lagi.. Apabila mereka melihat gambar-gambar yang dicetak, mereka akan fikir lagi sebelum mencubanya. Sekuran-kurangnya, cara ini dapat mengurangkan orang yang mula ketagih dengan rokok...
Walau bagaimanapun, banyak kemungkinan perokok yang sudah biasa dengan tabiat merokok ini tidak akan ditakuti dengan gambar-gambar tersebut...
Oleh itu, saya berpendapat bahawa langkah pencegahan yang sesuai adalah dengan mulakan pendidikan rokok kepada kanak-kanak daripada kecil lagi supaya mereka benci rokok serta tahu tentang akibat merokok supaya mereka tidak akan terpengaruh denagn tabiat rokok kelak.

Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
adakah dasar ini telah dilaksanakan atau masih dalam perbincangan? Saya tidak ternampak apa-apa gambar diletakkan di permukaan luar bungkusan rokok.. Jika dasar ini masih dalam perbincangan, saya berasa dasar ini tidak perlulah dilancangkan kerana ini hanya akan membazirkan wang kita.. saya berasa dasar ini kemungkinan besar adalah untuk menunjukkan niat baik kerajaan kepada rakyat sahaja seperti apa yang dikatakan oleh kakak wei chian.. dasar ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada orang ramai.. janganlah bazirkan wang rakyat untuk hanya memaparkan niat baik kerajaan!
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
pemuda bawah 18 merokok !
saya setuju dengan jennifer. gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi orang yang belum ketagihan rokok supaya menjauhi rokok. selain itu, gambar ini mungkin dapat memberi sedikit galakan atau sedaran kepada perokok-perokok yang berniat untuk menghentikan merokok. saya rasa dasar ini boleh dicuba, lebih baik daripada tidak membuat apa-apa.
sc_kwan- Posts : 12
Join date : 2008-01-18
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
apa??dasar ini masih dalam perbincangan?masih belum dilaksanakan ke? Adui...dasar ini kan merupakan antara isu yang agak hangat beberapa bulan yang lalu?
erm...saya agak setuju dengan kata-kata jennifer tetapi apa yang dikatakan oleh tohwai dan wei chian juga mempunyai poin mereka. Agak susah untuk membuat keputusan yang mana satu pilihan adalah yang terbaik kepada rakyat kita.
saya rasa kerajaan boleh cuba melaksanakan dasar ini,mungkin kesannya akan lebih baik daripada apa yang kita jangkakan kerana yang genting sekarang adalah mengurangkan bilangan orang merokok.
erm...saya agak setuju dengan kata-kata jennifer tetapi apa yang dikatakan oleh tohwai dan wei chian juga mempunyai poin mereka. Agak susah untuk membuat keputusan yang mana satu pilihan adalah yang terbaik kepada rakyat kita.
saya rasa kerajaan boleh cuba melaksanakan dasar ini,mungkin kesannya akan lebih baik daripada apa yang kita jangkakan kerana yang genting sekarang adalah mengurangkan bilangan orang merokok.
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
ya... saya berasa dasar ini haruslah dicubakan dalam satu jangka masa... biarlah kita menegok kesan-kesan dasar ini dengan lebih terang dan jelas... kini... bilangan perokok adalah semakin banyak... pelajar yang berumur 12 tahun juga didapati merokok... ini telah menunjukkan isu perokok ini adalah semakin serious dan haruslah diambilkan tindakan... di sekolah kita, pelajar-pelajar terutamanya pelajar sesi pagi juga didapati merokok di kelompok-kelompok... kejadian merokok di merata-rata tempat sudah menjadi kebiasaan mereka... saya asyik dapat menghidu bau wangi rokok di banyak tempat.. seperti di pintu sekolah , tandas lelaki ( sudah biasalah ) dan tempat sunyi di sekitar sekolah... haiz... pelajar kii memang...
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Kerajaan harus melarang import dan pebuatan rokok. Namun, rokok adalah sebahagian pendapatan negara,disamping itu kerajaan harus langkah yg bijak agar tidak mengurang pendapatan negara.Contohya, menetap kuota import rokok. Lama kelamaan, perlahan-lahan mengurangkan bilangan rokok. Saya rasa, inilah cara berkesan untuk mengelakkan rakyat terus merokok termasuk remaja.Tuntasnya, ada kerugian , ada kebaikan kerajaan mesti melaksanakan cara ini.
wonderfoo_99- Posts : 111
Join date : 2008-01-11
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
saya tidak setuju kerajaan merendahkan pengimportan rokok dari luar negara,kerana seperti yang weng foo katakan inilah satu jpendapatan kerajaan ,bagi saya,saya berpendapat kerajaan menaikkan harga rokok sehingga perokok berasa tidak bernilai untuk membeli rokok,jadi perokok akan mengurang membeli rokok dan semakin tidak merokok lagi dan akhirnya berhenti,jika tidak dapat berhenti,kerajaan boleh mendapat untungan yang banyak
sim- Posts : 49
Join date : 2008-01-29
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
saya berasa bahawa walaupun kerajaan menigkatkan harga rokok juga tidak dapat memberi kesan kepada para perokok untuk hentikan merokok.dalam bajet kerajaan tahunan juga mengumum menaikkan harga rokok tetapi juga gagal memberi kesan.ini kerana para perokok tidak dapat menahankan tagihnya dan tetap akan membeli rokok.ini dapat ditengok daripada keadaan sekarang,harga rokok sekarang telah mendekati RM8 bagi sekotak rokok,tetap juga mempunyai perokok yang membelinya.
Last edited by weichian_89 on Thu Apr 24, 2008 12:23 pm; edited 1 time in total
weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
ya.. saya juga tidak setuju dengan cadangan kakak boon.. dasar ini pernah dilaksanakan tetapi telah gagal seperti yang kakak chian telah katakan... selain itu, dasar ini mungkin akan meningkatkan lagi kadar jenayah di negara kita... ini adalah kerana terdapat banyak jenayah tidak mampu membeli rokok dan mereka kemungkinan besar akan menjalankan jenayah untuk mendapatkan duit untuk membeli rokok... selain itu, ini juga akan menggalakkan pengimportan rokok haram ke negara kita... dan rokok yang membahaya mungkin akan memasuki pasaran rokok juga...
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Betul cakap kakak chian dan abang wai,saya sangat setuju dengan pendapat tentang kenaikan harga sekotak rokok.. Melihat keadaan kini,saya rasa kita masih tidak dapat mencari satu jalan penyelesaian yang berkesan.. Contohnya,keburukan merokok telah diterapkan ka dalam topic pembelajaran kita(hari itu kan sekolah kita mempunyai satu ceramah daripada en.morthy tentang kesan daripada merokok),namun masih terdapat pelajar yang merokok.. salah satu sebab adalah pengaruh rakan sebaya dan pelajar kini tidak dapat menahan sifat keinginan mereka mencuba benda yang baru,mereka tidak mempunyai semangat yang kental terhadap rokok..
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
RE: pemuda bawah 18 sekarang merokok.
Tabiat merokok adalah memudaratkan kesihatan kita .Pihak kerajaan telah melakukan beberapa tindakan agar tabiat tersebut dapat dibendung .Namun terdapat juga sesetengah orang masih lagi terpengaruh terhadap tabiat tersebut dan merokok.Hal yang semakin teruk sekarang ialah pemuda yang di bawah 18 tahun telah menghidapi tabiat merokok. Hal sebegini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak.Langkah yang boleh diambil ialah pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang mengatakan keburukan merokok dan menunjukkan foto-foto kesan daripada merokok kepada perokok agar mereka akan sedar bahawa merokok akan memudaratkan kesihatan mereka.Di samping itu, pihak sekolah juga harus mengetatkan peraturan sekolah dan mendenda mereka yang merokok.Pihak kerajaan juga boleh mengarahkan penjual rokok meningkatkan harga rokok.Ini akan menyebabkan sesetengah perokok mengurangkan kali mereka merokok sebab harga rokok yang tinggi .
NCH CHEAN- Posts : 39
Join date : 2008-01-15
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Ya.. Saya pernah melihat berita yang mengatakan mungkin rokok akan dijual dalam bilangan yang fix bagi semua bungkusan (sekarang terdapat bungkusan yang mempunayi bilangan rokok yang berbeza ) dan harganya akan meningkat lagi..Selain itu, saya bercadang bahawa kerajaan haruslah cuba membentuk peraturan / akta / ordinan yang menyebabkan semua restaurant mesti menyediakan kawasan yang hanya perokok makan dan kawasan yang hanya bukan perokok makan.. Ini dapat mengelakkan semua rakyat bukan perokok dapat dibendungkan daripada asap yang dikeluarkan oleh perokok.. Asap mereka sangat dibencikan lah.. makan pun boleh hidu.. hari saya pergi minum di sesuatu restaurant.. terdapat banyak perokok dan saya menghidu asap mereka lebih banyak daripada menghidu gas oksigen!!! busuk teruk.. biarkan mereka yang merokok duduk segelempok dan hidu asap orang lain.. biarkanlah mereka tahu sesakan orang yang bukan perokok!! saya berasa peraturan / akta / ordinan ini dapat mengurangkan niat perokok yang baik hati supaya tidak merokok di tempat / kawasan pemakanan..dan mungkin akan mengurangkan niat mereka merokok di tempat awam juga..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
oooo...di sesetengah tempat di kl kini sedang melaksanakan peraturan yang telah disebut oleh abang tohwai. Tahun lalu semasa datuk saya meninggal dunia,hal-hal pengebumiannya diurus oleh syarikat nirvana dan di sana,saya dapat lihat mereka telah menyediakan satu bilik khas untuk perokok. Orang yang ingin merokok hanya bolah meroko dalam bilik itu dan jika mereka didapti merokok di tempat lain,staf di sana akan memberi amaran kepada mereka. Saya rasa aturan sebegini agak bagus kerana orang ramai tidak lagi begitu mudah terdedah kepada asap rokok yang merbahaya ini.
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Langkah untuk mencegah penambahan perokok tidak akan membuahkan hasil dalam sekelip mata sahaja. Oleh itu, saya berpendapat bahawa semua cara yang dibincangkan di atas contohnya meletakkan gambar dan menaikkan harga boleh dijalankan pada masa yang sama supaya boleh memberi kesan ke atas rakyat dalam jangka masa yang panjang.
Ibu bapa juga haruslah memberi contoh yang baik dengan tidak merokok supaya pelajar-pelajar tidak akan terdedah dengan tabiat ini.
selain itu, sekolah juga boleh meletakkan alarm untuk kesan asap pada tempat tersembunyi untuk mengesan asap rokok dalam tandas yang merupakan hotspot pelajar untuk merokok.
Tayangan televisyen juga haruslah mengelakkan daripada meletakkan adegan merokok dalam wayang mereka.
Saya percaya dengan kerjasama daripada semua pihak, bilangan perokok pasti akan berkurangan.
p/s: Kenaikan harga rokok yang mendadak mungkin akan menyebabkan kenaikan kes jenayah sosial. Orang yang ketagih rokok yang tidak mampu membeli rokok akan cuba merompak dan mencuri untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli rokok.
Ibu bapa juga haruslah memberi contoh yang baik dengan tidak merokok supaya pelajar-pelajar tidak akan terdedah dengan tabiat ini.
selain itu, sekolah juga boleh meletakkan alarm untuk kesan asap pada tempat tersembunyi untuk mengesan asap rokok dalam tandas yang merupakan hotspot pelajar untuk merokok.
Tayangan televisyen juga haruslah mengelakkan daripada meletakkan adegan merokok dalam wayang mereka.
Saya percaya dengan kerjasama daripada semua pihak, bilangan perokok pasti akan berkurangan.
p/s: Kenaikan harga rokok yang mendadak mungkin akan menyebabkan kenaikan kes jenayah sosial. Orang yang ketagih rokok yang tidak mampu membeli rokok akan cuba merompak dan mencuri untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli rokok.
Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
ya..saya setuju dengan jennifer....pada pendapat saya,saya rasa sekiranya mahu menghalang pemuda hari ini daripada merokok,selain daripada kerjasama kerajaan,pihak sekolah dan ibu bapa,pemuda sendirilah yang harus menyedari kelakuan mereka yang amat buruk ini.
Hanya dengan kesedaran dirilah,mereka boleh keluar dari tabiat merokok ini.Mereka perlu mengenali mereka dahulu dan menentukan masa depan mereka sendiri.Sekiranya mereka yang matang pemikiran,mereka akan mempunyai masa depan yang cerah iaitu tidak terlibat dalam tabiat merokok.manakala bagi mereka yang ingin menghadap masa depan yang mempunyai pelbagai penyakit,kesusahan hidup kerana ketidakcukupi wang..mereka pula terus merokok..dan memusnahkan kehidupan mereka sendiri...
bagi mereka yang telah menjerumus dalam tabiat merokok ini,mereka masih tidak terlambat...mereka boleh mengatasinya!
salah satu cara ialah mereka menggantikan rokok dengan makanan ringan seperti gula getah...dengan ini,mereka dapat menghilangkan keinginan merokok....
seterusnya mereka boleh menghadiri diri ke kegiatan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau sekolah...dengan ini,mereka tidak akan memikir akan rokok...

bee happy- Posts : 9
Join date : 2008-04-20
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Ya... cara yang disampaikan oleh kakak Bee amat bagus.. saya juga terdapat beberapa kawan yang ingin menahan tabiat merokok.. mereka menggunakan gula untuk menggantikan rokok.. tetapi... akhirnya.. mereka merokok balik juga... tetapi, saya berasa seseorang juga boleh menggunakan gula untuk menggantikan rokok untuk membuangkan tabiat merokok..saya berasa kawan saya tidak mempunyai ketabahan dan inilah punca dia tidak dapat membuangkan tabiat merokok itu.. jadi, teruskanlah, jika boleh...
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
bolehkah cara ini berkesan?menggantikan gula dengan rokok? Pdaa pandangan saya,kedua-dua rasa ini tidak sama lah,satu manis dan rokok,tak tau rasanya lah kerana tidak pernah cuba tapi saya rasa bukan manis..jadi,bolehkah perokok menahan ketagihan mereka terhadap rokok dengan memakan gula-gula? Jika terlampau banyak gula-gula dimakannya akan menghadapi penyakit seperti diabetes..
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
haha.. saya tidak tahu tentang kekesanannya.. kerana.. kawan saya yang mengatakan dia bercuba begini ( saya juga pernah nampak ) tetapi.. pada akhirnya dia kalah.. merokok juga.. kerana sudah patah dengan teman wanitanya.. haha.. sebagai kesimpulannya, saya tidak dapat melihat keputusan itu-tetapi dia memang sudah kurang merokok semasa dia cuba menggantikan rokok dengan gula..
Ketagihan rokok adalah disebabkan oleh satu bahan kimia yang akan menyebabkan perokok berasa sangat 'gembira'.. apabila mereka berasa sebegini, ketagihan bermula.. mereka asyik mahu cari balik 'kegembiraan' itu.. oleh itu, mereka merokok lagi.. lama-kelamaan, apabila ketagihan sudah terjadi, mereka terpaksa merokok untuk mengekalkan kegembiraan itu kerana badan mereka sudah tidak boleh mengeluarkan kegembiraan itu secara semula jadi lagi..
<jika saya tersalah, sila beritahu saya, terima kasih>
Ketagihan rokok adalah disebabkan oleh satu bahan kimia yang akan menyebabkan perokok berasa sangat 'gembira'.. apabila mereka berasa sebegini, ketagihan bermula.. mereka asyik mahu cari balik 'kegembiraan' itu.. oleh itu, mereka merokok lagi.. lama-kelamaan, apabila ketagihan sudah terjadi, mereka terpaksa merokok untuk mengekalkan kegembiraan itu kerana badan mereka sudah tidak boleh mengeluarkan kegembiraan itu secara semula jadi lagi..
<jika saya tersalah, sila beritahu saya, terima kasih>
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Pemerdagangan orang
» 111 remaja bawah umur mabuk di pusat hiburan
» Imam cabul pemuda di hotel direman 4 hari
» Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)
» Polis temui cap jari di kereta ketua pemuda Kepong

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum