PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pas khas untuk amah pelancong asing

Go down

Pas khas untuk amah pelancong asing Empty Pas khas untuk amah pelancong asing

Post  Seow Ping U6B'10 Thu May 27, 2010 6:48 pm

PUTRAJAYA 26 Mei - Kerajaan bersetuju memberi kebenaran masuk berbentuk pas khas berkuat kuasa esok untuk pembantu rumah kepada keluarga pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penyediaan pas itu bertujuan memudahkan pelancong asing membawa bersama pembantu rumah masing-masing ketika bercuti di negara ini.

''Kelulusan itu akan disediakan di kaunter Imigresen di semua lapangan terbang antarabangsa seluruh negara dengan kadar paling minimum bagi setiap pas khas itu mulai esok.

''Keputusan itu adalah untuk memudahkan pelancong asing yang selama ini terpaksa memohon visa bagi pembantu rumah ketika melancong ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jelaing Mersat.

Menurut Hishammuddin, beliau percaya pemberian pas khas untuk pembantu rumah itu mampu memberi impak positif kepada kemasukan pelancong asing terutama dari golongan berada.

''Selain itu ia juga mampu meningkatkan hasil negara dalam sektor pelancongan serta sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam memudahcarakan pemberian kemudahan imigresen kepada pelawat asing tanpa mengabaikan faktor-faktor keselamatan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi urusan penyediaan pas khas itu bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengelak ia disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

''Antara syaratnya ialah majikan perlu menjadi penganjur kepada pembantu rumah yang ingin dibawa masuk bersama mereka dan pembantu rumah itu perlu masuk bersama-sama dengan majikan tetapi bukan pada masa, tarikh atau hari yang berbeza.

''Tempoh masa sah pas khas yang membenarkan pembantu rumah tinggal di Malaysia akan diselaraskan dengan tempoh tinggal Pas Lawatan Sosial majikannya," katanya.

Berhubung keputusan Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kelmarin mengenai pelaksanaan semula kemudahan Transit Tanpa Visa, beliau berkata, KDN sedang memperincikan kriteria khas pemberian kemudahan itu.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum