PAPA syor ibu tunggal alternatif baru amah

View previous topic View next topic Go down

PAPA syor ibu tunggal alternatif baru amah

Post  Yao Benjamin (L6F/2010) on Thu Jul 22, 2010 1:45 pm

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal dan pelajar sedang menunggu keputusan peperiksaan akan dijadikan alternatif baru pembantu rumah bagi menangani masalah sumber tenaga kerja berikutan isu pembekuan penghantaran amah dari Indonesia yang berlarutan sejak Jun 2009.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Alwi Bavutty, berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan selewat-lewat akhir tahun ini untuk memenuhi permintaan pembantu rumah selain mengelak kebergantungan kepada amah warga asing.
Beliau percaya syor itu akan mendapat sambutan kerana masyarakat di negara ini lebih cenderung mendapatkan khidmat pembantu rumah tempatan atas faktor keserasian dan keyakinan dari pelbagai aspek, termasuk komunikasi serta budaya.
Katanya, antara cadangan yang akan dikemukakan ialah pembantu rumah tempatan bekerja mengikut jam atau suatu jangka masa pendek, tanpa memerlukan menetap di rumah majikan.

Ini adalah perkembangan masa kini, kebanyakan majikan lebih suka mendapatkan khidmat amah separuh masa kerana enggan memikul tanggungan tambahan, bimbang kejadian lain seperti kecurian dan keruntuhan rumah tangga.

“Ini membuka peluang kerjaya baru kepada warga tempatan, sekali gus meringankan beban kewangan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi sekarang.
Ibu tunggal dan lepasan sekolah, khususnya, boleh menjana pendapatan dengan melakukan kerja rumah yang lazim seperti membasuh baju, menjaga anak, memasak dan mengemas untuk tempoh jam tertentu berdasarkan permintaan majikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Yao Benjamin (L6F/2010)

Posts : 35
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum