PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kes saman angkasawan negara dibatalkan

3 posters

Go down

Kes saman angkasawan negara dibatalkan Empty Kes saman angkasawan negara dibatalkan

Post  Ong SQ (U6B/2010) Tue May 18, 2010 5:27 pm

2010/05/18
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membatalkan permohonan kes tuntutan saman lebih RM90,000 terhadap angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie oleh bekas pembantu peribadinya.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak plaintif, Norlina Nordin, kini seorang ahli perniagaan, gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini.
Norlina memfailkan saman pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa angkasawan itu, sebagai defendan, melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi RM92,751.85.
Wanita itu mendakwa sebanyak RM47,751.85 digunakan bagi tujuan promosi dan upah perkhidmatan RM45,000 sepanjang tiga bulan dia berkhidmat dengan defendan.

Turut dituntut ialah ganti rugi am akibat kehilangan keuntungan satu program televisyen yang kononnya akan menjadikan Dr Sheikh Muszaphar sebagai “ikon pendidikan”.

Pada prosiding pertama kes saman itu hari ini, peguam Norlina, Kaharuddin Harun, memohon supaya kes itu ditangguhkan kerana beliau tidak sihat.

Bagaimanapun, selepas mendapati pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen seperti kenyataan saksi, Madihah memutuskan untuk membatalkan kes tersebut.
Selain, itu Madihah turut menolak tuntutan balas sebanyak RM25,000 oleh Dr Sheikh Muszaphar terhadap Norlina.

Kaharuddin, yang dihubungi pemberita, berkata beliau akan membuat permohonan (saman) baru selepas ini.

Peguam Dzaki Ezhar Bahar, yang mewakili Dr Sheikh Muszaphar, pula memberitahu anak guamnya tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Florida, Amerika Syarikat, atas urusan perniagaan dan akan hanya pulang esok.

Bagaimanapun, katanya, anak guamnya sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. - Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kes saman angkasawan negara dibatalkan Empty Re: Kes saman angkasawan negara dibatalkan

Post  PnLeela Tue May 18, 2010 5:48 pm

Ong, saya amat tertarik dengan pilihan berita anda dan istillah perundangan yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan tajuk perbincangan kita hari ini di kelas.

Ini lah dikatakan pembelajaran secara autentik

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Kes saman angkasawan negara dibatalkan Empty Saman lebih RM90,000 dibatalkan

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed May 19, 2010 3:54 pm

KUALA LUMPUR 18 Mei - Tuntutan saman sebanyak RM92,751.85 oleh seorang ahli perniagaan wanita terhadap Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie telah dibatalkan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Madihah Harullah memutuskan demikian selepas mendapati peguam, Kaharuddin Harun yang mewakili plaintif, Norlina Nordin gagal memenuhi beberapa keperluan yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Hari ini sepatutnya perbicaraan hari pertama kes saman itu.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut membatalkan saman balas Sheikh Muszaphar terhadap plaintif dengan menuntut cek bernilai RM25,000 yang didakwa telah ditunaikan oleh bekas pembantu peribadinya itu dipulangkan kepada beliau.

Sheikh Muszaphar selaku defendan diwakili oleh peguam Dzaki Ezhar Bahar.

Plaintif dan defendan tidak hadir di mahkamah.

Sementara itu, Dzaki ketika ditemui pemberita memberitahu, pembatalan kedua-dua saman itu tidak membabitkan sebarang kos kepada mana-mana pihak.

Beliau turut menjelaskan, pada mulanya Kaharuddin memohon penangguhan singkat kerana peguam plaintif itu mengadu tidak sihat tetapi hakim selepas meneliti rekod mahkamah terus membuat keputusan.

Kaharuddin pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan memfailkan saman baru terhadap angkasawan itu.

Menjawab pertanyaan mengenai keperluan mahkamah yang gagal dipenuhi, peguam itu memberitahu, ia adalah ekoran pihaknya tidak memfailkan beberapa dokumen seperti keterangan saksi.

Beliau turut menyatakan, pihaknya berhasrat untuk memanggil tiga orang saksi termasuk Norlina untuk memberikan keterangan.

Plaintif memfailkan saman pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa angkasawan itu telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi RM92,751.85.

Wanita itu mendakwa, sebanyak RM47,751.85 telah digunakan bagi tujuan promosi dan upah perkhidmatan RM45,000 sepanjang tiga bulan dia berkhidmat dengan defendan.

Turut dituntut ialah ganti rugi am akibat kehilangan keuntungan satu program televisyen yang kononnya akan menjadikan Sheikh Muszaphar sebagai 'ikon pendidikan'.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Kes saman angkasawan negara dibatalkan Empty Re: Kes saman angkasawan negara dibatalkan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum