PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Transformasi Negara

Go down

Transformasi Negara Empty Transformasi Negara

Post  xiaowen_U6B Thu Feb 18, 2010 11:58 am

Rakyat Sarawak Diminta Beri Kerjasama Penuh Kepada Transformasi Negara

SIBU, 18 Feb (Bernama) -- Rakyat Sarawak diminta memberi peluang dan kerjasama kepada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan transformasi bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awan Negeri Datuk Sri Wong Soon Koh berkata rakyat negeri itu boleh berbuat demikian dengan mengekalkan perpaduan serta menyokong usaha kerajaan pusat dan negeri dalam membawa perubahan.

Gagasan 1Malaysia merupakan satu dasar yang wajar mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi bagi membolehkan kejayaan proses transformasi negara, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan tahunan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) cawangan Sibu di Pusat Sivik di sini Rabu malam.

Yang di-Pertua Di-pertua Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Hajah Norkiah merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, pengerusi UCA Sibu, Datuk Lau Chieng Kiong, dalam ucapannya, berkata semua gabungan persatuan Cina di peringkat negeri dan persekutuan perlu bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam menyelesaikan masalah penduduk yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan diri tahun ini.

"Masalah ini masih wujud di Sarawak kerana pelbagai alasan dan kami harap masalah ini dapat diatasi segera demi kebaikan mereka yang terbabit," katanya.

Beliau berkata konsep 1Malaysia kini menerima banyak sokongan dari rakyat dan tidak lama lagi rakyat akan melihat perubahan yang lebih baik dengan konsep itu.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum