PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Transformasi Pendidikan Tingkatan Enam

Go down

Transformasi Pendidikan Tingkatan Enam Empty Transformasi Pendidikan Tingkatan Enam

Post  Mah Huei Yee (L6A/2012) Thu Aug 16, 2012 4:19 pm

Andaian yang menyatakan bahawa pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sukar berbanding dengan program matrikulasi menyebabkan banyak pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cenderung untuk meneruskan pengajian ke peringkat tingkatan enam. Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dalam satu majlis di Temerloh, Pahang, pada Mac lalu. Menurut Saifuddin, banyak pelajar lepasan SPM lebih berminat meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi kerana mereka menganggap STPM sebagai peperiksaan yang susah.

Lantaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem baharu dalam penilaian calon peperiksaan STPM, bermula dengan kumpulan pertama pelajar tingkatan enam rendah. Sistem tersebut dikenali sebagai Modular Peperiksaan STPM dan bakal dilaksanakan pada penggal baharu persekolahan pada Jun 2012.
Menerusi sistem baharu tersebut, penilaian ke atas pelajar tidak hanya dibuat berasaskan peperiksaan pusat yang diadakan pada akhir penggal ketika berada di tingkatan enam atas, tetapi penilaian menggabungkan keputusan kumulatif tiga penggal, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang membawa 20 hingga 40 peratus markah, manakala peperiksaan akhir dengan 60 hingga 80 peratus markah. Keputusan penuh STPM turut mengambil kira tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar.

Peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar pula diadakan setiap akhir penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal kedua dan ketiga, masing-masing pada Jun dan November tahun berikutnya. Kelebihan sistem tersebut ialah pelajar yang gagal dalam peperiksaan penggal pertama dan kedua dibenarkan mengulanginya selepas keputusan penggal ketiga dikeluarkan bagi membolehkan mereka memperbaiki keputusan sebelumnya.

Pembaharuan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr. Mohd. Noh Daliminm, pada 9 Mac lalu di Kuala Lumpur. Mohd. Noh menjelaskan bahawa pembaharuan tersebut bertujuan memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik dan tidak membebankan pelajar.

“Kita berharap sistem baharu penilaian dapat menarik minat pelajar dan membantu mereka mencapai keputusan yang lebih baik. Penggunaan sistem taksiran baharu itu selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan menjadi antara usaha kerajaan untuk memperkasakan program pendidikan tingkatan enam,” ujar Mohd. Noh.
==============================================================================

Dengan pandangan saya, saya berasa Modular Peperiksaan STPM ada kebaikan dan juga keburukan.
Kebaikan ialah pelajar yang gagal dalam peperiksaan penggal pertama dan kedua dibenarkan mengulanginya selepas keputusan penggal ketiga dikeluarkan bagi membolehkan mereka memperbaiki keputusan sebelumnya. Selain itu, pelajar boleh lebih fokus dalam beberapa topic sahaja.
keburukan ialah, pelajar hannya ada 5 bulan untuk belajar, hal ini jadi pelajar tidak cukup masa untuk membuat ulang kaji yang secukup. Cikgu- cikgu yang mengajar pelajar tingkatan 6 juga sangat tekanan, kerana mereka nak siapkan syllabus dalam jangka masa yang pendek.

Mah Huei Yee (L6A/2012)

Posts : 7
Join date : 2012-08-15

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum