Program Transformasi Ekonomi (ETP)

View previous topic View next topic Go down

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Post  Suki tee (L6B) on Thu Aug 29, 2013 5:35 pm

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

  • merupakan satu usaha untuk mentransformasikan ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  • dirangka dalam Model Ekonomi Baru (MBE) yang menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara
  • menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea
  • dirumuskan supaya telus dan rapi -  PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.
  • Selain ETP, Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) turut dirangka


Kebaikan:
Meningkatkan kualiti kehidupan rakyat
Pertambahan peluang pekerjaan (gaji sederhana dan tinggi ditawarkan)
Menyediakan tapak asas yang kukuh untuk negara menikmati pembangunan mampan
Dalam bidang perniagaan:

  • Menyediakan peluang yang lebih mantap 
  • Persekitaran yang kondusif
  • Pasaran pengguna tempatan 


Initiatif yang diambil:
-Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia
-pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.
-mewujudkan pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara 

Teras ETP ialah dua belas bidang NKEA:


  1. Minyak Gas & Tenaga
  2. Minyak Sawit
  3. Perkhidmatan Kewangan
  4. Pemborong & Peruncitan
  5. Pelancongan
  6. Perkhidmatan & Perniagaan
  7. Elektrikal & Elektronik
  8. Kandungan Komunikasi & Infrastruktur
  9. Penjagaan Kesihatan
  10. Pendidikan 
  11. Pertanian
  12. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley


Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

  • Merupakan pemacu kegiatan ekonomi negara
  • Nilai diukur melalui:

           -indikator pendapatan negara kasar(PNK)
           -peluang pekerjaan 
           -menarik bakat terbaik

  • Pertumbuhan ekonomi akan diterajui oleh sektor swasta dan disokong oleh pihak kerajaan (sebagai pemudah cara dan fasilitator)

Suki tee (L6B)

Posts : 4
Join date : 2013-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum