PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MIED boleh mulakan proses saman pemegang amanah

Go down

MIED boleh mulakan proses saman pemegang amanah Empty MIED boleh mulakan proses saman pemegang amanah

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Mon Jun 14, 2010 9:47 am

KUALA LUMPUR 14 Jun – Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED) kini boleh memulakan proses untuk menyaman pengerusi dan lapan pemegang amanah cabang pendidikan MIC itu, terhadap dakwaan salah urus sehingga menyebabkan kerugian kewangan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Mah Weng Kwai membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC, A. Vigneswaran untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap pemegang amanah MIED.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Pada 14 April, mahkamah menolak bantahan awal badan itu terhadap permohonan Vigneswaran bagi kebenaran untuk memulakan saman itu.

Peguamnya, A. Vasanthi, memberitahu pemberita bahawa mahkamah membenarkan permohonan Vigneswaran atas alasan wujud kes prima facie terhadap pemegang amanah dan pesalah laku lain.

Beliau berkata, anak guamnya mempunyai 30 hari untuk memfailkan writ saman itu.

Dalam cadangan samannya, Vigneswaran menamakan MIED sebagai plaintif dan pengerusi serta lapan pemegang amanah MIED sebagai defendan.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum