Contoh Esei (Pemanasan Global)

View previous topic View next topic Go down

Contoh Esei (Pemanasan Global)

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Mon May 17, 2010 1:41 pm

Pemanasan global merupakan satu fenomena alam yang menjadi isu antarabangsa. Hampir seluruh negara di dunia ini memperkatakan isu ini. Para pemimpin yang menghadiri persidangan alam sekitar berhubung isu pemanasan global di Bali dua tahun yang lalu sepakat untuk menggariskan langkah-langkah mengatasi pemanasan global.


Pemanasan global atau lebih dikenali sebagai global warming menyaksikan kenaikan suhu sejagat. Namun kejadian ini sebenarnya menimbulkan kesan yang berlainan di beberapa negara. Sebagai contoh terdapat kawasan yang mengalami suhu melampau dan ada pula yang mengalami penurunan suhu hingga menimbulkan musim sejuk yang terlalu sejuk seperti yang berlaku di utara Vietnam pada penghujung tahun 2007.


Selain itu, pemanasan global sebenarnya memberi kesan buruk kepada manusia. Pertambahan suhu boleh menyebabkan kekontangan di sebahagian tempat hingga berlaku masalah bekalan air atau kebakaran hutan yang dahsyat, manakala di Antartika dan Artik berlaku pencairan ais yang menyebabkan kenaikan paras laut. Bencana alam seperti taufan, dan gempa bumi juga akan berlaku dengan lebih kerap.


Pemanasan global sebenarnya berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia yang terlalu mengeksploitasi sumber bumi untuk pelbagai tujuan seperti pembangunan, pembalakan, pertanian, dan perindustrian. Penebangan pokok-pokok menyebabkan pengurangan sumber oksigen. Pelepasan pelbagai jenis gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, dan karbon klorofloro (CFC) menyebabkan bumi menjadi semakin panas.


Oleh yang demikian untuk mengatasi masalah pemanasan global, pembangunan yang dijalankan seharusnya mesra alam dan penggunaan barangan yang menghasilkan gas berbahaya harus dikurangkan. Manakala kawasan hutan yang telah dibuka haruslah ditanami pokok-pokok yang baru supaya penghasilan oksigen dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama karbon dioksida dapat dikurangkan.


Di samping itu, pencemaran alam hendaklah diatasi. Pembuangan sampah sarap harus dikurangkan melalui kaedah kitar semula. Kitar semula bermakna barang terpakai diproses atau diubahsuai menjadi barangan yang baru. Dengan cara ini, sumber bahan tersebut tidak perlu diambil dari bumi ini. Sebagai contoh, aluminium atau besi tidak perlu dilombong lagi.


Kesimpulannya, sebagai manusia yang mendiami bumi ini, kita haruslah sedar bahawa bumi hanya satu. Bumi yang kita diami sekarang akan kita wariskan kepada anak cucu kita. Jika pemanasan global berterusan, kita akan mendapat kesan dan anak cucu kita pula akan hidup dalam dunia yang tidak sesuai lagi didiami oleh manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengatasi masalah pemanasan global.


Cikgu Leela, adakah contoh esei ini cukup bagus untuk mendapat markah yang tinggi? (Atau hanya tahap SPM sahaja ? )
Shocked

Perkataan berwarna merah bermaksud perkataan yang baik dan sesuai digunakan dalam esei berkenaan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Contoh Esei (Pemanasan Global)

Post  PnLeela on Tue May 18, 2010 5:08 pm

Khang Wei, huraian memang padat dan penggunaan perbendaharaan kata (warna merah) menunjukkan penguasaan bahasa serta kemahiran mengaplikasinya. Boleh dianggap esei yang sesuai untuk mencerminkan kematangan pemikiran pelajar tingkatan enam

Namun demikian, perlu nyatakan satu persoalan dan kemudian diikuti dengan huraian untuk esei rokok dan pemanasan global .
Berdasarkan soalan, samada bincangkan punca, kesan, langkah....sejauh manakah, guru boleh membuat penilaian samada pelajar telah menjawab soalan.

Syabas Khang wei...teruskan usaha anda. begitu juga pelajar-pelajar lain boleh poskan contoh esei-esei untuk tajuk-tajuk yang hangat diperkatakan

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Contoh Esei (Pemanasan Global)

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Tue May 18, 2010 6:07 pm

Pemanasan global merupakan fenomena peningkatan suhu atmosfera permukaan bumi secara global disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semula jadi. Gejala ini mendatangkan pelbagai kemudaratan kepada dunia.Bincangkan.

A. Punca : Aktiviti Manusia
1. Pemusnahan kawasan hutan
- penerokaan kawasan hutan bagi tujuan pembangunan, pertanian pindah telah memusnahkan sistem ekologi
- proses fotosintisis tidak dapat dijalankan, pembebasan karbon dioksida oleh manusia, haiwan dan kenderaan tidak dapat diserap oleh tumbuhan
- CO2 bertambah di udara dan meningkatkan suhu

2. Penggunaan bahan CFC
- penggunakan CFC secara meluas dalam aktiviti domestik spt peti sejuk, alat pendingin hawa, aerosol
- gas CFC yang dilepaskan dengan banyak ke udara boleh menipiskan lapisan ozon
- lapisan ozon yang menipis dan bocor akan menyebabkan cahaya ultra ungu menembusi lapisan atmosfera tanpa tapisan
- menyebabkan peningkatan suhu di bumi

3. Pertambahan bilangan kenderaan
- kenderaan bermotor yang semakin banyak dijalan raya
- pelepasan hidro karbon ke udara
- menambahkan lagi gas rumah hijau di udara terutama di kawasan bandar
- berlakunya fenomena pulau haba

4. Kegiatan perindustrian / perkilangan
- kemajuan yang pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan pelepasan gas-gas tanpa tapisan dari kilang-kilang yang beroperasi
- berpotensi menyebabkan jerebu berlaku
- gas-gas yang dilepaskan akan berkumpul di ruang udara yang menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di kawasan tersebut

5. Proses urbanisasi / perbandaran
- kawasan yang luas perlu dibersihkan yang menyebabkan hutan diterokai
- pembinaan bangunan konkrit dan berkaca akan menyebabkan pantulan cahaya berlaku dalam kawasan berkenaan sahaja tanpa boleh terpantul keluar
- fenomena kesan rumah hijau berlaku

B. Punca : Aktiviti Semula Jadi
5. Letupan / letusan gunung berapi
- menyebabkan pelepasan debu dan gas yang menutup lapisan atmosfera
- lahar yang dikeluarkan akan meningkatkan suhu di persekitaran
- cth: letusan Gunung Berapi Pinatubo di Filipina, Gunung Merapi di Jawa, Indonesia.

6. Kebakaran hutan
- disebabkan oleh musim kemarau atau panahan kilat
- boleh memusnahkan kawasan hutan yang luas
- menghasilkan asap tebal yang boleh menyebabkan peningkatan suhu

C. Kesan Buruk
7. Kesihatan
- manusia berisiko tinggi mendapat penyakit kulit dan kanser kulit kerana terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan
- boleh menjejaskan penglihatan / mata manusia kerana terdedah kepada sinaran radiasi matahari

8. Perubahan cuaca dan iklim
- kemarau, banjir, ribut taufan, puting beliung, hujan lebat, ribut salji, La Nina, El Nino
- fenomena ini berlaku secara tiba-tiba / tidak mengikut musim
- cth: banjir besar di Johor dan Negeri Sembilan pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007
- membawa kerugian harta benda yang besar

9. Kenaikan aras air laut
- suhu yang meningkat akan menyebabkan pencairan bongkah ais di Kutub Utara
- paras air laut semakin meningkat yang juga menyebabkan fenomena air pasang besar
- menyebabkan pulau-pulau kecil tenggelam dan kawasan-kawasan yang rendah mudah dilanda banjir
-cth: bandar Bangkok

10. Krisis air
- masalah kemarau berlaku akibat peningkatan suhu bumi
- kapasiti air kawasan punca air seperti sungai akan berkurangan dan boleh menjadi kering
- ini menyebabkan masalah kekurangan bekalan air terutama di kawasan bandar

11. Menjejaskan bekalan makanan (pertanian dan perikanan)
- cuaca atau suhu yang panas akan mengurangkan kadar kelembapan semula jadi tanah
- tanah menjadi kurang / tidak subur
- mengurangkan penghasilan tanaman makanan / menjejaskan pertumbuhan tanaman
- suhu air laut yang meningkat akan menjejaskan pertumbuhan / pembiakan plankton yang merupakan makanan penting bagi pembiakan hidupan akuatik seperti ikan
- sumber protein utama (ikan) semakin berkurangan

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum