PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemanasan Global

+3
wendy
weichian_89
PnLeela
7 posters

Go down

Pemanasan Global Empty Pemanasan Global

Post  PnLeela Sun Apr 20, 2008 8:35 am

Hi kelas Very Happy

Berikutan dengan perbincangan dalam kelas tentang pemanasan global dan isu-isu penipisan ozon, saya telah mendapat beberapa rujukan internet untuk tatapan bersama.

http://www.rcentre.utm.my/download_view.php?download=3974



baca artikel dan beri pandangan anda tentang isu berkenaan.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  weichian_89 Tue Apr 22, 2008 1:53 pm

masalah pemanasan global disebabkan akibat perkumuhan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak bibebaskan tetapi terkurung di atmosfera ini serta meningkatkan suhu di sekeliling ini.keadaan ini semakin bertambah serius di bumi ini dan telah mendatangkan banyak kesan kepada kehidupan di alam bumi ini.
hari ini 22 april telah ditetapkan sebagai hari bumi sedunia supaya untuk membangkitkan kesedaran manusia terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh bumi kita.kesedaran ini memang diperlukan untuk menyelamatkan alam bumi ini supaya semua kehidupan di alam ini tidak mengalami kepupusan. pale

saya berpendapat bahawa langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mencegahkan masalah ini adalah seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam.adakah langkah-langkah seperti begini berkesan dan bincangkan langkah lain yang lebih berkesan daripada ini?sila berikan pandangan anda. Razz

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  wendy Tue Apr 22, 2008 3:08 pm

Sedihnya pemanasan global sehingga menyebabkan perubahan iklim.manusia ni...susah difahami.. walaupun mereka tahu faktor,langkah yang patut dilakukan dan kesannya tetapi manusia masih tidak menyedari.apakah yang patut dilakukan supaya berhenti melakukan sesuatu yang akan menipiskan ozon?pengurangan penggunaan kloroflurokarbon (CFC).bagaimana? confused manusia haruslah mengguna teknologi yang canggih seperti mencipta penghawa dingin tanpa membebaskan CFC.hal ini telah pun berjaya.lebih serius lagi,apakah yang kita patut melakukan supaya memasti pembakaran hutan secara terbuka yang pernah berlaku dalam negeri Jakarta tidak berulang.mmm....say tidak tahu...bolehkah memberi pandangan anda tentang langkah yang boleh memberhentikan pembakaran hutan secara terbuka?Dan adakah kempen kesedaran pemasan global membawa kesan terhadap ornag yang tidak bertanggungjawab?

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  vinclam1314 Thu Apr 24, 2008 12:09 pm

urm.. saya berasa langkah-langkah untuk mencegah pemanasan global haruslah dilaksanakan oleh semua orang ( jika boleh ) pada semua masa ( jika boleh ) Selain cara- cara yang dikatakan oleh kakak wendy dan abang foo.. saya mempunyai beberapa cadangan juga... negara kita terletak di khatulistiwa.. oleh itu, negara kita menerima banyak sinaran matahari berbanding dengan negara yang bukan terletak di khatulistiwa.. Jadi, rakyat negara kita, terutama rakyat yang tinggal dalam rumah teres adalah digalakkan menanam tumbuhan di bumbung mereka.. saya pernah membaca tentang langkah ini di surat khabar dahulu... rakyat jepun menanam tumbuhan di bumbung mereka untuk meluaskan liputan tumbuhan supaya terdapat lebih banyak tumbuhan boleh melaksanakan fotosintesis.. selain itu, saintis juga boleh cuba mencipta cara-cara baru untuk menghasilkan gas ozon yang boleh dibebaskan ke storosfera. Mereka juga boleh cuba mencipta cara-cara baru untuk menghapuskan molekul CFC yang menghancurkan banyak gas ozon..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Punca Pencemaranr Alam Sekitar dan Pemanasan global

Post  PnLeela Mon Oct 27, 2008 2:29 pm

Hi Kelas,

Tontonlah iklan ini yang padat dengan punca pencemaran alam sekitar, pemanasan global dan langkah-langkah untuk mengatasinya

https://www.youtube.com/watch?v=o7L_Vem4_P0&feature=related

Jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah punca pencemaran alam ( nyatakan 2 faktor)
2. Bagaimana ini boleh menyebabkan pemanasan global? ( nyatakan 2 sebab)
3. Terangkan 2 langkah untuk menjaga alam sekitar

Jumpa lagi Very Happy
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  Ultima Lucifer Fri Oct 31, 2008 5:00 am

2 punca pencemaran alam..
1. Pembebasan CFC yang melebihi had.
- Manusia mengejar kesenangan, menggunakan penghawa dingin, kereta, dll..
membebaskan gas Klorofluorokarbon
- Menyebabkan kesan rumah hijau
- Menghakis lapisan ozon, menyebabkan pemanasan global.
2. Pembakaran/pembalakan hutan..
- Menebang hutan..kurang proses fotosintesis..
- Oksigen dan Karbon Dioksida di bumi tidak dapat diimbangi
- CO2 yang banyak menipiskan atmosfera.
- Pelbagai sinaran tidak dapat ditapis sepenuhnya spt infrared dan ultraungu

2 Langkah Menjaga Alam Sekitar..
1. R&D
- Cipta barangan yang mesra alam (peti sejuk LG..tdk bebaskan CFC)
- menggantikan CFC dengan HidroCFC
- Kaji potensi tenaga hidro dan Biogas utk menggantikan bahan api fosil
2. Tanam bunga atau tumbuhan
- pokok ditanam di tepi jalan.. (PLUS- pokok jati di sepanjang tepi jalan)
- tanam tumbuhan/bunga di atas bumbung atau di persekitaran tempat kerja
dan halaman rumah.
- imbangi O2 dan CO2 melalui proses fotosintesis.

jikalau tersalah tolong betulkan saya... ^^
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  PnLeela Mon Nov 03, 2008 9:50 am

Zhe ming,
Jawapan kamu amat teratur dan padat. Jika kamu teruskan jawapan sebegini dalam penulisan esei, markah tinggi menunggu anda.

Selamat maju jaya Very Happy

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  Ultima Lucifer Mon Nov 03, 2008 2:00 pm

Terima kasih cikgu.. saya akan berusaha lagi Smile
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Tue Dec 02, 2008 5:22 am

Arctic ice field could melt by 2080

The Arctic Ocean's ice field could melt entirely by 2080 due to global warming, a group of European scientists
meeting in the northern Germany city of Bremen announced.

"If the situation evolves as physics predicts, the Arctic Ocean's summertime ice fields will completely disappear
by 2080," said Eberhard Fahrbach of the Alfred Wegner Institute (AWI), a member of the European Arctic
research body DAMOCLES.

At present, the polar ice cap's size varies according to the season, with parts melting and refreezing
throughout the year. According to Fahrbach's prediction, there would be no permanently frozen areas in
a matter of decades.

"That has consequences going much further than the Arctic," he added.

Climatic change threatens the polar bears of the region, for example, but also the entire food chain.
"It also has an effect on the fish which ultimately end up on our tables," the scientist added.

The DAMOCLES program (Developing Arctic Modeling and Observing Capabilities for Long-term Environmental
Studies) is a European project aimed at monitoring and forecasting climate changes in the Arctic.

Pemanasan Global Artic
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Wed Nov 04, 2009 1:24 pm

Pemanasan global berpunca daripada pembebasan karbon dioksida serta gas pemerangkap haba yang lain ke atmosfera. Gas ini bertindak sebagai selimut tebal yang memerangkap bahang matahari dan memanaskan bumi. Pertambahan gas ini dalam atmosfera akan meningkatkan proses pemanasan suhu bumi. Gas ini terbentuk daripada pembakaran hutan serta pembakaran bahan api fosil seperti arang batu untuk stesen janakuasa dan minyak mentah untuk kenderaan. Sekiranya isu pemanasan global tidak ditangani, ahli sains menjangka suhu bumi akan meningkat sebanyak 3 – 9 darjah menjelang akhir kurun ini.

Akibat yang dijangka berlaku dengan peningkatan suhu adalah:

Peningkatan intensiti ribut taufan. Bilangan ribut taufan kategori 4 dan 5 telah meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Lautan yang semakin panas membolehkan ribut tropikal menambah tenaga dan menjadi lebih kuat

Walaupun ribut yang teruk menyebabkan banjir di sesetengah kawasan, kemarau dan wildfires juga akan dialami di kawasan yang lain

Pulau di kawasan rendah tidak lagi sesuai didiami kerana aras laut yang semakin meningkat

Hutan, ladang dan bandar akan berhadapan dengan masalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk

Kerosakan habitat seperti terumbu karang dan hutan bermusim akan menyebabkan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Wed Nov 04, 2009 1:27 pm

Minda: Ancaman serius pemanasan global (Metro, 26 Mei 2009)
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
DALAM beberapa tahun ini Malaysia seperti di negara lain sedang mengalami perubahan
cuaca luar biasa yang berlaku dalam skala tidak pernah dialami sebelum ini. Kedah dan Perlis
pernah mengalami kejadian banjir monsun yang teruk pada Disember 2005. Johor pula
pernah menghadapi banjir terburuk dalam sejarah negeri itu pada Disember 2006 dan
berlarutan hingga Januari 2007.
Negara kita turut mengalami cuaca panas kering berlanjutan beberapa bulan sehingga
menyebabkan krisis air di beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.
Fenomena itu adalah bukti konkrit bagaimana Malaysia turut menerima tempias perubahan
iklim ekstrem dan pemanasan global.
Mengapakah berlaku perubahan cuaca dan pemanasan global itu? Apa puncanya?
Saintis sepakat menyatakan pemanasan cuaca bumi sejak 50 tahun lalu disebabkan pelbagai
aktiviti manusia dan bukan semula jadi. Sejarah menunjukkan bagaimana keadaan dan gaya
hidup manusia berubah dengan pesat sekali selepas berlakunya Revolusi Perindustrian di
Eropah akhir abad ke-18 lagi.
Penebangan hutan bagi pembangunan sosioekonomi secara besar-besaran dan aktiviti
pembakaran minyak fosil seperti petroleum, penggunaan metana dan gas menyebabkan
penghasilan ‘gas rumah hijau’.
Gas itu bagaikan selimut besar membalut bumi, memerangkap haba daripada sinaran
matahari lantas membawa kepada peningkatan suhu di muka bumi yang kemudian
berlakulah perubahan iklim secara esktrem. Jurnal Nature ada memaparkan laporan
mengenai perubahan iklim semakin meningkat dan menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurut jurnal itu, pemanasan global mempercepatkan lagi kepupusan lebih sejuta spesies
hidupan darat dalam tempoh 50 tahun. Negara luar yang turut mengalami cuaca ‘pelik’ ini
ialah Afrika Selatan. Biasanya cuaca di negara itu beriklim panas tetapi pada 1981
berhadapan dengan kehadiran salji. Demikianlah juga di Perancis pada 2003, masyarakatnya
terpaksa menempuh keadaan panas melampau sehingga dilaporkan sepanjang tahun itu,
sekurang-kurangnya 15,000 orang maut.
Itali juga menghadapi cabaran cuaca melampau itu pada tahun sama dan dilaporkan 20,000
penduduknya mengalami pelbagai penyakit dikaitkan dengan perubahan cuaca ekstrem.
Pada Jun 2007, Bank Dunia dalam laporan perubahan cuaca yang dikeluarkan sebelum
Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara (G8) menyatakan peningkatan suhu global
menyebabkan kemarau berpanjangan, hujan lebat luar biasa diikuti banjir dan ombak besar
di kebanyakan negara. Sebenarnya, kesan pemanasan global sudah dirasai di Malaysia cuma
dalam kapasiti sederhana tidak seperti di beberapa negara lain. Contohnya, pada Mac 2007,
kerajaan Selangor mengadakan catuan air di seluruh negeri berikutan penurunan mendadak
paras air di beberapa empangan takungan air di negeri itu.
Selepas kemarau, berlaku pula hujan lebat tanpa henti 2 Jun 2007 yang disertai ribut petir
menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di sekitar Lembah Klang.
Ini semua kesan langsung daripada perubahan iklim dan pemanasan global.
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Zaini Ujang, sempena Hari
Alam Sekitar Sedunia 5 Jun 2007, menyatakan alam yang semakin panas berkait rapat
dengan kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau pula fenomena semula jadi kerana tanpanya,
suhu bumi menjadi 30 darjah selsius lebih sejuk daripada keadaan normal.
Selanjutnya beliau berkata, bumi dipanaskan oleh pancaran matahari dan apabila panas,
bumi akan memantulkan haba ke atmosfera.
Dianggarkan kira-kira 70 peratus tenaga matahari itu akan naik semula ke langit.
Namun, menurutnya, sebahagian daripada inframerah yang naik itu terperangkap dalam gas
rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, metana dan sulfur oksida. Haba
terperangkap itulah yang menyebabkan pemanasan bumi.
Kesan rumah hijau menjadikan suhu bumi panas melampau yang membawa fenomena
kemarau panjang.
Kegiatan penebangan dan pembakaran hutan dalam skala yang besar dalam tempoh masa
panjang akan menaikkan suhu bumi.
Kedua-dua kegiatan itu semakin meningkat kebelakangan ini dan dilaporkan suhu bumi
mengalami peningkatan sebanyak satu darjah setiap 25 tahun.
Sebenarnya, negara maju di Eropah dan Amerika Syarikat dikenal pasti sebagai penyumbang
terbesar kepada pemanasan global melalui aktiviti perindustrian dan kenderaan.
Kita di Malaysia mesti mengambil iktibar daripada fenomena itu agar tidak terbabit sama
menjadi penyumbang kepada berterusannya fenomena pemanasan global.
Kata Pengarah Pusat Perubahan Cuaca Universiti Malaya (UMCCA), Prof Khairul Maini
Osman Salleh, berkata pemanasan global mempergiatkan proses cuaca sehingga
menyebabkan pelbagai perubahan secara mendadak dalam tempoh tertentu.
Tidak dinafikan peningkatan suhu global boleh menyebabkan perubahan tabiat alam,
termasuk peningkatan paras air laut dan cuaca yang ekstrem seperti banjir, kemarau,
gelombang panas, ribut taufan dan puting beliung.
Isu pemanasan global dibincangkan di peringkat dunia dalam pelbagai persidangan. Protokol
Kyoto yang ditandatangani bersama oleh kebanyakan negara dunia maju dan membangun
adalah usaha nekad dalam mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang menjadi
punca pemanasan global.
Tetapi setakat mana keberkesanannya? Ini kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika
Syarikat, Eropah, Jepun, China dan India terus berlumba-lumba memajukan industri masingmasing.
Kesan buruk pemanasan global bukan sahaja terkena pada manusia tetapi turut
menjejaskan keutuhan biodiversti alam. Cuaca melampau itu akan menyebabkan banyak
spesies flora dan fauna tidak dapat bertahan dengan situasi itu.
Contohnya, bilangan haiwan amfibia iaitu haiwan berdarah sejuk akan berkurangan secara
drastik akibat perubahan cuaca dunia ini. Jika keadaan itu berterusan, kita akan kehilangan
banyak khazanah alam semula jadi yang selama ini saling lengkap melengkapi kehidupan.
Justeru, kita mesti bertindak sekarang untuk menghadapi fenomena pemanasan global. Kita
mesti mengubah sikap dalam penggunaan tenaga dalam kehidupan seharian. Perkara asas
perlu kita ubah ialah menutup penggunaan elektrik seperti lampu apabila tidak digunakan.
Hal ini boleh mengurangkan pembebasan haba secara berterusan.
Mengurangkan penggunaan kenderaan sebenarnya idea yang baik dalam menangani
pemanasan global.
Cuma dari segi psikologi dan budaya hidup menyebabkan cadangan itu terbengkalai kerana
dianggap kurang praktikal dan menyusahkan. Penguatkuasaan undang-undang lebih ketat
hendaklah dilakukan agar aktiviti pembakaran terbuka tidak lagi berlaku. Ingat negara kita
dan beberapa negara di rantau Asean ini pernah mengalami keadaan jerebu yang kritikal
sekitar 2005 yang diakibatkan penebangan dan pembakaran hutan secara besar-besaran di
Sumatera.
Tentu kita tidak mahu keadaan yang merimaskan ini berulang lagi. Aktiviti penanaman
pokok di sekitar kediaman dan kawasan bandar boleh membantu mengurangkan masalah
cuaca melampau itu.
Sememangnya dengan menanam pokok banyak menyumbang kepada kestabilan
pencemaran alam sekitar kerana dapat menyerap karbon dioksida.
Kitar semula barangan terpakai adalah satu lagi kaedah dalam usaha untuk membantu
meminimumkan fenomena pemanasan global.
Janganlah anggap remeh dan ambil mudah kempen kitar semula kerana kaedah budaya
sihat itu akan mampu membantu menstabilkan keadaan alam sekitar yang secara langsung
membawa manfaat kepada masyarakat.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Thu Dec 03, 2009 6:22 pm

KL semakin panas, Dhaka kian tenggelam
PUTRAJAYA 2 Dis. - Bandar-bandar besar di Asia Tenggara kini diancam pemanasan global dengan Kuala Lumpur turut menyaksikan peningkatan suhu antara 0.5 dan 1.5 darjah celsius sejak 1950-an.

Ekoran fenomena itu, kekerapan kejadian kemarau juga telah meningkat di Malaysia terutama di Sabah.

Laporan daripada Kajian Tekanan Mega Untuk Bandar Mega oleh Tabung Hidupan Liar (WWF) turut memberitahu bahawa tujuh peratus penduduk Malaysia akan terjejas ekoran peningkatan aras laut.

Malah ia akan turut memberi kesan sebanyak enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

''Peningkatan aras laut, hakisan kawasan persisiran pantai dan kemusnahan kawasan paya bakau telah menjejaskan sektor pertanian di Malaysia sejak tiga dekad yang lalu,'' kata laporan itu yang dipetik melalui laman web http://assets.panda.org/down loads/mega_cities_report.pdf

Kajian itu menunjukkan cuaca di ibu negara bertambah panas dengan semakin banyak hari panas dicatatkan berbanding jumlah hari hujan yang semakin menurun.

''Jumlah siang dan malam yang panas bertambah manakala siang dan malam yang sejuk menurun dalam tempoh 1961 hingga 1998,'' kata laporan itu.

Kajian terbaru itu bagaimanapun melaporkan fenomena ribut petir yang lebih intensif di Kuala Lumpur dan keadaan itu dijangka bertambah teruk selari dengan perubahan cuaca dunia.

''Banjir kilat di Kuala Lumpur meningkat dan membawa kemusnahan dari segi tanah runtuh dan kerugian harta benda,'' ujar laporan itu lagi.

Laporan tersebut turut menarik perhatian bahawa perubahan cuaca di Kuala Lumpur memberi implikasi paling besar kepada penduduk bandar yang miskin kerana mereka tidak mempunyai kapasiti untuk menghadapi peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu.

Di samping itu, ia juga mampu membawa peningkatan kepada penyakit tertentu yang berkaitan dengan cuaca.

Bimbang tentang kemungkinan berlaku krisis air di negara ini, laporan itu mencadangkan usaha bersungguh-sungguh untuk melindungi sumber air minuman dan memanfaatkan air hujan.

Laporan sama memberi amaran bahawa Bangkok yang menerima gelaran Venice Timur semakin diancam risiko banjir.

Laporan itu turut menyenaraikan Dhaka, Manila dan Jakarta berada di tangga teratas dalam risiko ancaman perubahan cuaca.

l Lihat carta tahap pendedahan kepada perubahan cuaca (10 menunjukkan paling terdedah).
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Fri Dec 04, 2009 10:10 am

Universiti East Anglia siasat data cuaca dipalsukan

LONDON - Pihak Universiti East Anglia menyatakan semalam ia akan menyiasat sama ada beberapa saintis di unit penyelidikan iklim institusi itu cuba memalsukan data pemanasan global.

Ribuan maklumat yang bocor di Internet pada bulan lalu telah dirampas berhubung kemungkinan saintis-saintis berkonspirasi menyembunyikan bukti mengenai pemanasan global yang sebenarnya tidak seteruk sebagaimana dipercayai oleh kebanyakan pihak.

Pihak universiti menyatakan pihaknya akan meneliti e-mel yang mengandungi maklumat tersebut sama ada terdapat manipulasi data pemanasan global.

Sebelum ini pihak universiti itu berjanji untuk melakukan penyiasatan tetapi tidak menyatakan tumpuan yang menjadi siasatan.

Pengarah unit penyelidikan iklim universiti itu, Phil Jones telah meletakkan jawatan pada Selasa lalu bagi menunggu hasil siasatan berhubung isu tersebut.

Beliau dikaitkan dengan konspirasi memperbesar-besarkan isu pemanasan global yang sebenarnya tidak seteruk seperti dijangkakan. - Agensi
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Fri Dec 11, 2009 9:29 am

Perbalahan isu iklim di Copenhagen

COPENHAGEN 10 Dis. - Perbalahan antara negara-negara membangun utama dengan sekumpulan negara miskin yang paling terdedah kepada kesan pemanasan global timbul semasa rundingan mengenai iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini semalam.

Ketegangan berpunca daripada perselisihan mengenai sasaran pengurangan pengeluaran gas rumah hijau berlaku pada hari ketiga rundingan iklim di sini sekalipun terdapat usaha untuk meredakan keadaan selepas draf teks awal yang dikemukakan oleh Denmark membangkitkan kemarahan negara-negara membangun.

Negara kepulauan Pasifik, Tuvalu yang khuatir akan ditenggelami laut akibat pemanasan global, mencetuskan perbalahan di kalangan negara-negara membangun semalam dengan menuntut perbincangan mengenai 'pindaan yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang' pada Protokol Kyoto 1997.

Pindaan yang dicadangkan oleh Tuvalu itu menetapkan sasaran untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau bagi negara-negara membangun utama mulai 2013.

Namun langkah tersebut, yang disokong oleh berpuluh-puluh negara miskin yang paling terdedah kepada ancaman perubahan iklim, disekat oleh China, India, Arab Saudi dan negara membangun utama yang lain.

Negara-negara pulau yang kecil dan kebanyakan negara Afrika menolak matlamat yang dipersetujui umum untuk mengehadkan kenaikan suhu dunia kepada 2 darjah Celsius.

Mereka sebaliknya berkata, hanya dengan mengehadkan kenaikan itu kepada 1.5 darjah Celsius barulah negara mereka berpeluang untuk mengelakkan banjir besar atau kemarau buruk.

"Kekangan itu kebanyakannya akan terus dikenakan ke atas negara maju tetapi sebahagiannya juga ke atas negara-negara membangun yang besar," kata ketua delegasi Tuvalu, Taukiei Kitara.

Perbalahan itu mendedahkan perpecahan yang jarang berlaku di kalangan negara membangun dalam blok G77 yang sebelum ini menegaskan, negara kaya menyebabkan pemanasan global dan dengan itu patut memikul tanggungjawab membetulkan keadaan.

China cuba memaparkan perpecahan itu sebagai perkara kecil, dengan berkata, negara-negara membangun masih bersatu.

"Sebarang rancangan untuk meminta negara membangun memikul tanggungjawab mandatori adalah tidak sejajar dengan konsensus yang sudah pun dicapai oleh masyarakat antarabangsa," kata pegawai Kementerian Luar China, Duan Jielong di Beijing.

Perunding di Copenhagen berharap untuk mencapai draf perjanjian menjelang sidang kemuncak pada 18 Disember ini bagi menyekat pengeluaran gas karbon dioksida dan menyalurkan bantuan berbilion-bilion dolar kepada negara miskin.

Rundingan lanjut perlu dijalankan pada tahun depan bagi menetapkan butir-butir perjanjian bagi menggantikan Protokol Kyoto, yang mewajibkan pengurangan pengeluaran gas rumah hijau oleh negara-negara perindustrian tetapi membenarkan negara membangun mengurangkannya secara sukarela.

Negara kecil seperti Tuvalu bimbang pendekatan sedemikian pada masa depan tidak akan dapat menyekat lonjakan berbahaya pengeluaran gas rumah hijau oleh negara membangun yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat seperti China, India dan Brazil. - AFP
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Tue Dec 15, 2009 1:36 am

Kemelut kecelaruan iklim dunia - Siri 1

BARU-BARU ini saya sekeluarga berpeluang menonton filem bertajuk 2012 yang hangat sambutannya di layar perak. Filem yang sarat dengan elemen computer graphics (CG) itu rasanya begitu berjaya memberikan gambaran realiti kepada penonton bagaimana kecelaruan iklim dunia boleh mengakibatkan kemusnahan bumi pada skala mega yang tidak terbayang.

Kalau kita nilai babak terakhir filem tersebut, tentulah kita sendiri sedar betapa mustahilnya sekumpulan manusia boleh melepasi 'kemusnahan dunia' secara hidup-hidup. Namun, apa yang sebenarnya perlu diambil iktibar ialah apa yang boleh dan mampu dilakukan oleh generasi semasa dalam memanjangkan hayat bumi supaya mereka tidak terjerumus ke dalam malapetaka dahsyat gara-gara sikap tidak ambil peduli.

Filem The Day After Tomorrow (2004) barangkali memberikan gambaran lebih tepat bagaimana manusia kini sebenarnya telah pun secara aktif menyumbang kepada pola perubahan cuaca dunia.

Walaupun sebahagian kandungan cerita ada bersifat fiksyen semata-mata, tetapi kegagalan Protokol Kyoto telah diulas secara sinikal sementara skrip pula digarap sedemikian rupa sehingga menyedarkan kita bahawa pengetahuan sains yang dimiliki ketika ini masih terbatas dalam menangkul bencana-bencana yang bakal menimpa.

Ternyatalah penting sekali untuk penduduk dunia prihatin dan memulakan apa-apa langkah wajar yang perlu. Bagi orang Islam sendiri, ia adalah sejajar dengan amanah Allah kepada manusia selaku pentadbir alam.

Global Warming dan Protokol Kyoto

Hasil kajian saintifik telah merumuskan bahawa penghasilan karbon dioksida ekoran daripada pencemaran jentera pengangkutan, industri perkilangan dan jana kuasa elektrik yang berasaskan pembakaran adalah dalam senarai teratas punca kepada kecelaruan iklim dunia.

Hari ini, Amerika Syarikat (AS) dan China adalah penghasil karbon dioksida terbanyak dunia. Anehnya, sekalipun fakta saintifik tersebut telah dirumuskan sekian lama, AS memilih untuk menjadi satu-satunya negara yang mengecualikan diri daripada menandatangani Protokol Kyoto pada 1997.

Protokol Kyoto adalah langkah-langkah awal dunia yang cuma berskala kecil untuk mengurangkan kesan global warming atau pemanasan dunia sebelum tahun 2012.

Ekoran kedegilan serta keegoan George W. Bush dalam kebanyakan saranan dunia, Al Gore, Bekas Timbalan Presiden AS dari parti Demokrat mengambil peluang untuk berkempen bagi mengurangkan global warming yang mana di peringkat awal dilihat sebagai satu propaganda anjuran parti Demokrat bagi memenangi pencalonan Presiden AS dan pada masa yang sama membuka ruang perniagaan baru untuk usahawan-usahawan industri teknologi hijau.

Namun demikian, setelah 12 tahun berlalu dan beberapa senario kecelaruan iklim dunia berlaku di sana-sini, 192 buah negara yang terdiri daripada negara-negara kaya dan miskin berhimpun di Copenhagen bagi meluahkan sekali lagi pendirian tegas mereka untuk mencari jalan bagi melambatkan proses dan kesan global warming yang sememangnya sedang berlaku pantas.

'Pemanasan dunia' telah pun dibuktikan sebagai punca utama ketidakstabilan eko-sistem dunia. Antara kesan ketara ialah wujudnya heat wave atau gelombang panas di atas dan di bawah laut sehingga mengakibatkan pencairan glasier di kutub utara dan selatan, kemarau berpanjangan (el nino), hujan lebat sehingga berlakunya banjir (la nina), empat musim yang tersasar dari bulan-bulan kalendar dan banyak lagi.

Di samping kita sedar bahawa malapetaka yang sering berlaku di Asia Tenggara seperti tsunami dan gempa bumi adalah berpunca daripada pergeseran kerak bumi dan bukannya global warming, terdapat juga segelintir kes di mana global warming secara ekstrem mampu mengakibatkan kebanyakan pulau dunia ditenggelami lautan termasuk negara Bangladesh yang sentiasa banjir sepanjang tiga tahun lepas dan juga Yemen serta Arab Saudi yang jarang-jarang dilanda hujan lebat melampau sehingga meragut nyawa manusia.

Ekoran daripada Sidang Kemuncak Copenhagen 2009, kita lihat rangkaian berita CNN dan BBC seolah-olah menuding jari kepada AS dan China sebagai punca kepada permasalahan pengeluaran karbon dioksida dunia. Kedua-dua buah negara ini masih enggan memberi janji rasmi terhadap usaha mereka untuk mengurangkan penghasilan karbon dioksida kepada dunia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri baru Jepun yang dilantik pada 16 September 2009, Yukio Hatoyama dari parti Demokrat akhirnya dapat menewaskan Parti Demokrat Liberal yang telah memerintah Jepun setengah kurun lamanya melalui cadangan-cadangan radikal dalam menyelesaikan isu global warming, membuka sektor ekonomi baru yang berasaskan industri teknologi hijau dan menentang habis-habisan terhadap dua pesaing ekonomi Jepun, iaitu AS dan China yang tidak komited terhadap kecelaruan iklim dunia.

Isu Pemanasan Dunia - Isu Paling Kritikal

Saya merasakan bahawa isu global warming ini sepatutnya sudah boleh diberi tumpuan malah dijadikan isu penting selain isu permasalahan ekonomi dan kisah kecelaruan politik dalam negara yang tak berkesudahan. Meletakkan isu global warming sebagai keutamaan tidak perlu dilihat sebagai diversion kepada isu-isu lain.

Sebaliknya ia adalah keperluan dan signifikan mengambil kira kesihatan dunia yang semakin uzur.


FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty RENCANA RUANGAN FERIZ OMAR, UTUSAN MALAYSIA

Post  Feriz Omar Thu Dec 31, 2009 5:01 pm

UTUSAN DARI FERIZ OMAR, WWW.FERIZOMAR.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Terima kasih kerana memilih artikel saya 2 minggu lalu. Berikut adalah artikel saya bertajuk Kemelut Kecelaruan Iklim Dunia - Siri 2 dan 3.

Saya berharap artikel-artikel cetusan minda saya berkaitan dengan ekonomi, politik dan pelbagai isu semasa membantudalam mengecapi kejayaan anda di masa hadapan.

Sekian, terimakasih.

FERIZ OMAR
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden ProWaris Malaysia


KEMELUT KECELARUAN IKLIM DUNIA - SIRI 2
(UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi: Selasa, 22 Disember 2009, Muka 10)

KETEGASAN ibu bapa menyuruh anaknya tekun belajar demi masa depan memberikan inspirasi untuk mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara dan dunia agar terus tekun melakukan usaha sedaya mungkin untuk mencari jalan menguruskan bio-sfera dengan baik sekali gus mengurangkan pemanasan global.

Sebagaimana kebanyakan anak-anak kita yang kini 'menangis tidak berlagu' kerana enggan patuh cakap ibu bapa, begitu juga peringatan kita kepada pemimpin agar jangan menyesal jika kecelaruan iklim dunia semakin menjadi-jadi suatu hari nanti ekoran daripada sikap ketidaksungguhan mereka mengatasi pemanasan global hari ini.

PEMANASAN GLOBAL SEBAGAI MENIFESTO PARTI

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkaitan tamatnya pemberian AP untuk kereta import dan francais kereta import masing-masing pada 2015 dan 2020 secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan Malaysia semakin mengakui kemelut ketandusan minyak yang berasaskan fosil.

Ulasan seiring dengan Belanjawan 2010 yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah signal positif kerajaan Barisan Nasional terhadap tekanan dunia ke atas isu pemanasan global.

Saya berpendapat, sudah sampai masanya, perjuangan mengatasi isu pemanasan global ini dijadikan manifesto perjuangan politik parti dan tidak boleh dianggap sebagai isu mikro semasa sahaja.

Kita mesti sedar bahawa usaha memulihkan kembali dunia yang semakin uzur ini semakin mendapat perhatian. Sementara itu, sikap pemimpin-pemimpin dunia juga sentiasa dipantau serta sering mendapat kritikan sinikal rakyat dunia yang memerhati.

KRITIKAN SINIKAL TERHADAP AS DAN CHINA

Baru-baru ini laman sesawang NGO pencinta alam sekitar, Greenpeace mentertawakan telatah World's Big Brother, Amerika Syarikat (AS) yang asalnya berkemampuan menaja penjelajahan manusia pertama ke bulan. Kini terbukti AS gagal dalam mempertahankan manusia yang telah kesekian lamanya hidup di bumi.

Dalam rencana minggu lalu, saya juga menyentuh hanya AS sahaja yang masih belum menandatangani Protokol Kyoto manakala China pula tidak terdaya untuk mengawal pembangunan industri konvensional yang menjadi punca kenaikan indeks pencemaran udara sehingga dicemuh hebat oleh negara-negara jiran.

Namun, kita terpaksa mengakui bahawa proses evolusi kepada industri berasaskan teknologi hijau memerlukan kos tanggungan yang lebih berbanding teknologi konvensional. Apatah lagi industri teknologi hijau masih di peringkat awal dan mempunyai permintaan tinggi dalam senario tekanan dunia sekeliling yang melampau.

Malangnya lagi, desakan dari NGO-NGO antarabangsa agar negara-negara membuat perubahan untuk mengatasi pemanasan global ini berlaku di tengah-tengah krisis ekonomi dunia yang dahsyat. Sehingga menjadikan pemimpin-pemimpin dunia sekadar menabur janji-janji manis yang sebenarnya tidak termampu dilaksanakan oleh mereka.

Statistik media antarabangsa menunjukkan pemimpin-pemimpin Liga Eropah mendahului senarai dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dengan mencatatkan 25 hingga 30 peratus. Sementara Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama (empat bulan berkhidmat) dan Presiden AS, Barack Obama (11 bulan berkhidmat) masing-masing mencatatkan pengurangan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 25 dan 17 peratus.

SERIBU SATU HIKMAH

Jika kita renungkan dari perspektif berbeza, terdapat seribu satu hikmah di sebalik tekanan ekoran dari isu-isu krisis ekonomi dunia, ketandusan minyak dunia dan pemanasan global.

Dengan model baru dalam menguruskan bio-sfera yang lebih baik, dunia kita akan terdedah dengan pembukaan ekonomi baru yang berasaskan teknologi hijau.

Bayangkan umat manusia kini diberi peluang untuk hidup dalam dunia penuh futuristik. Sebagaimana kita kagum dengan ciptaan ketuhar gelombang mikro pada awal 1990-an, kita pasti akan teruja dengan pelbagai produk teknologi hijau masa depan.

Kenderaan harian yang kita gunakan tidak lagi menjadi punca pencemaran udara kerana ia adalah kenderaan elektrik yang mempunyai kos efisyen tinggi kerana tidak lagi menggunakan bahan bakar fosil. Pada masa yang sama peperangan perebutan wilayah untuk menakluki telaga minyak seperti yang berlaku di antara Kuwait-Iraq pada 2 Ogos 1990 juga dapat dielakkan.

Bangunan pejabat pula berkonsepkan bangunan hijau yang disiapsiagakan dengan material mesra alam serta konsep pengudaraan semulajadi serta sistem elektrik solar. Selain itu, rumah kita bakal dilengkapi dengan mesin-mesin penulenan udara, penstabil ion untuk mengurangkan kesan elekrostatik, pendingin udara yang tidak menghasilkan karbon dioksida dan banyak lagi.

Berdasarkan keuntungan yang diraih ekoran perubahan teknologi masa depan inilah, saya merasakan ramai masih beranggapan isu kecelaruan iklim dunia ini adalah propoganda ekonomi kapitalis dalam menyelesaikan krisis ekonomi dunia.

Sama ada bersetuju atau tidak, bak kata pepatah Inggeris: "whether you see the glass of water half empty or half full."

Sebagai salah seorang khalifah Allah di muka bumi, kita sekurang-kurangnya sudah mulai peka dan sudah mula melakukan sesuatu untuk merawat dunia yang semakin uzur.

Secara kebetulan, keputusan dan tindakan kita itu membuat kita terdedah kepada pengalaman hidup baru yang sekali gus menyediakan jalan keluar dari kemelut krisis ekonomi dunia yang kian menjunam.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)





KEMELUT KECELARUAN IKLIM DUNIA – SIRI 3
(UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi: Rabu, 30 Disember 2009, Muka 10)

DOSA BARAT TETAPI TIMUR MENJADI MANGSA

SAYA yakin bahawa semua pemimpin di peringkat dunia mahukan kemajuan untuk agama, bangsa dan negara. Apa yang jelas, pemimpin-pemimpin Barat telah 'membangunkan' negara mereka ratusan tahun jauh mendahului kita.

Namun demikian, kerakusan tindakan 'barbarian' pemimpin-pemimpin masa lampau Barat ini dalam membangunkan negara tanpa mengendahkan pengurusan bio-sfera yang baik wajar ditempelak kerana tindakan mereka telah menjahanamkan iklim dunia pada hari ini.

Jika tidak, mengapa sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa sanggup menyamakan dosa pemimpin-pemimpin seperti ini dengan kezaliman pembunuhan manusia beramai-ramai anjuran Hitler di seluruh Eropah, Ariel Sharon di Palestin dan Radovan Karadzic, Pemimpin Serb di Bosnia.

Rata-rata, berbillion-billion hektar hutan di kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) telah ditebang semata-mata untuk pembangunan. Yang peliknya, sekiranya terdapat tanah-tanah lapang pula, ia tidak diisi dengan re-forestration programme atau program penanaman semula seperti yang diterajui oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Gara-gara itulah, masyarakat Timur agak keliru dengan tentangan masyarakat Barat apabila berlakunya penggondolan hutan malar hijau di Asia Tenggara seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia bagi tujuan perindustrian kelapa sawit.

Apa yang pasti, peratusan tanah yang diusahakan adalah terlalu sedikit berbanding jumlah keluasan hutan yang belum lagi diterokai.

Bagi saya, hal ini adalah antara sekelumit dosa-dosa masyarakat Barat terhadap kecelaruan iklim dunia yang perlu ditebus oleh masyarakat Timur secara 'terpaksa' sebagaimana kita dijadikan 'mangsa' dalam pelbagai isu dunia yang lain.

Sudah terang lagi bersuluh. Sistem penjanaan elektrik yang berasaskan bahan bakar asas fosil adalah salah satu punca utama kecelaruan iklim dunia. Hari ini sahaja sektor perindustrian dihidangkan dengan pelbagai sistem penjanaan kuasa yang menggunakan tenaga angin, air, suria dan nuklear.

Dalam hal ini juga, AS sengaja menakut-nakutkan dunia untuk tidak menggunakan tenaga nuklear yang sebenarnya adalah paling murah dari segi bahan mentah dan operasi demi mengeksploitasi industri uranium dunia.

Dalam hal yang lain pula, saya juga tidak boleh menerima obsesi kerajaan AS dalam melindungi keuntungan syarikat-syarikat gergasi dan memastikan kerajaan mereka terus berkuasa.

Agak 'tidak masuk akal' apabila AS menyarankan dan memberi hak secara langsung kepada dunia supaya 'perdagangan karbon' dibenarkan. Saranan ini seolah-olah menganggap kemelut kecelaruan iklim dunia sebagai suatu perkara yang remeh dan boleh dikomersialkan!

MEMBINA KEMAJUAN DALAM KETERBATASAN

Sekalipun masyarakat Barat lebih membangun, namun masyarakat Timur sebenarnya jauh mendahului dalam usaha penyelidikan dan kajian penggunaan teknologi bagi menguruskan bio-sfera dengan baik. Sebagai contoh, usaha-usaha yang diterajui oleh syarikat Sharp, Jepun lebih lima dekad mempelopori teknologi kuasa suria perlu diikuti oleh dunia.

Begitu juga dengan pelbagai usaha syarikat-syarikat Jepun lain yang sentiasa mencari jalan untuk menghasilkan produk penggunaan manusia yang sesuai bermula dengan menggunakan bahan material terbaik, kaedah operasi yang berkesan, penghantaran yang cekap sehinggalah penggunaan yang sesuai dengan kehidupan lestari manusia yang kini terkesan dengan keuzuran dunia.

Paling membanggakan, sekalipun tiada 'penanda aras' antarabangsa untuk emisi sifar (zero emission) terhadap penghasilan karbon dioksida, para penyelidik Timur khususnya dari Jepun ini nampaknya benar-benar gigih serta serius dalam melaksanakan amanah mereka dengan begitu baik sekali.

Atas alasan ini juga, kita menghargai misi delegasi perdagangan Malaysia ke Jepun yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini. Antara teknologi yang diketengahkan adalah teknologi bangunan hijau yang bukan sahaja mesra alam malah dapat diselenggarakan pada kadar kos yang sangat rendah dan juga kenderaan elektrik atau Electric Vehicle (EV) yang sempat diuji kemampuannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Walaupun sedikit saya cemburu kerana hanya dapat menonton kemampuan kenderaan masa hadapan yang dipanggil 'Eliica' itu di dalam YouTube, saya yakin teknologi EV yang dibangunkan oleh Profesor Shimizu dari Keio University itu adalah jawapan kepada penantian kereta elektrik dunia pertama serta penyelesaian kepada isu under powered atau kurang kuasa pecutan yang cuba diselesaikan bertahun lamanya oleh kebanyakan jurutera kereta elektrik prototaip dunia yang lain.

Melalui pembacaan saya, Eliica adalah prototaip kenderaan elektrik futuristik yang mampu menghasilkan pecutan 0-100 kmj dengan masa 3.9 saat pada kelajuan maksimum 370 kmj. Bukan sahaja ia mampu menumpaskan Porsche 911 dengan mudah sekali, malah kos pengendaliannya adalah 12 kali ganda lebih murah daripada Proton Persona!

Dua perjanjian persefahaman yang dipelopori oleh Kumpulan Chenderong Bersekutu dengan dua syarikat ulung teknologi hijau Jepun ini adalah usaha 'mengecapi kejayaan dalam keterbatasan'.

Yang lebih penting, ia petanda bermulanya langkah untuk teknologi hijau bertapak di Malaysia. Semoga usaha transformasi radikal ini terus diberikan tumpuan dan sokongan oleh kerajaan Malaysia agar generasi masa hadapan faham serta peka tentang ilmu alam dan keuzuran dunia.

Perubahan yang kita lakukan ini diharap seiring dengan ingatan pujangga China, Lao Tzu yang mengatakan "Jika kita tidak menukar arah, kita mungkin berakhir di mana kita mula melangkah." Ayuh, mari kita lakukan perubahan sekarang dan kembalikan hubungan erat antara manusia dengan alam.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris)

Feriz Omar

Posts : 1
Join date : 2009-12-31

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Tue Jan 12, 2010 4:55 pm

Kurangkan Pencemaran Asap Tangani Perubahan Iklim

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin
Pegawai Penyelidik

12/08/2009

Sambutan baik masyarakat terhadap dua kempen yang telah dianjurkan serentak oleh Jabatan Alam Sekitar Sabah sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2009 yang bertemakan "Bumi Memerlukan Anda dan Bersama Kita Menangani Perubahan Iklim" merupakan satu petanda positif menggambarkan tahap keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar semakin meningkat. Kempen tersebut iaitu "Kempen Udara Bersih Untuk Bandar Raya" dan "Kempen Pemeriksaan Asap Kenderaan Tanpa Saman" merupakan satu usaha murni yang perlu dicontohi oleh setiap negeri bagi mengajak setiap lapisan masyarakat bersama-sama menangani ancaman pencemaran asap akibat daripada penggunaan kenderaan bermotor yang semakin meningkat saban tahun.
Statistik peningkatan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia kepada 17 juta pada tahun 2008 berbanding 14 juta pada tahun 2004 merupakan satu skala peningkatan yang agak besar dan drastik jika dibandingkan dengan saiz negara dan penduduk yang hanya dianggarkan berjumlah 26 juta sahaja pada tahun tersebut. Melihat kepada senario perkembangan jumlah kenderaan bermotor untuk tempoh tersebut, ia cukup membimbangkan jika kesan-kesan yang bakal dihadapi oleh alam sekitar diambil kira. Ini memandangkan asap kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, bas, lori, kereta api dan sebagainya merupakan antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran udara.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal lebih-lebih lagi apabila setiap pergerakan kenderaan bermotor memerlukan penggunaan tenaga yang sangat banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil. Pembakaran tersebut seterusnya menghasilkan asap dan bunyi bising yang sekaligus membawa kesan negatif bukan sahaja terhadap kualiti udara bahkan juga kepada persekitaran setempat. Jika situasi peningkatan jumlah kenderaan bermotor setiap tahun dibiarkan secara berterusan tanpa adanya langkah proaktif oleh pihak-pihak tertentu dalam menyebarkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan tahap kesedaran masyarakat berhubung penyelenggaraan kenderaan, pastinya masalah pencemaran asap yang sedia ada akan bertambah meruncing dan akan memberi dampak yang lebih buruk lagi kepada alam sekitar.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan Sabah sempena kempen tersebut dengan memberi peluang kepada masyarakat setempat menguji kenderaan bagi menentukan sama ada tahap pengeluaran asap kenderaan mereka melebihi kandungan yang telah ditetapkan ataupun sebaliknya dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman masyarakat terhadap aspek penyelenggaraan kenderaan yang betul bagi mengelakkan pembebasan asap secara berlebihan ke udara. Kempen-kempen seumpama itu merupakan satu inisiatif yang baik dalam mendidik masyarakat agar prihatin berhubung aspek penyelenggaraan kenderaan dan menjadikannya sebagai satu budaya hidup agar masalah pencemaran asap dan pembebasan gas karbon dioksida dapat dikawal dan diminimumkan. Malah usaha-usaha sedemikian juga dapat membantu membenih dan menyemai semangat kecintaan terhadap alam sekitar di kalangan seluruh anggota masyarakat.

Namun persoalan yang sering timbul, adakah hanya dengan satu atau dua kempen sahaja sudah memadai untuk mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar? Pastinya rata-rata di antara kita sedia maklum bahawa sikap segelintir masyarakat kita yang mempunyai semangat berkobar-kobar hanya sepanjang tempoh penganjuran sesuatu kempen atau program sahaja, sebaliknya cepat pudar apabila sesuatu kempen yang dianjurkan telah tamat dan ditinggalkan. Sikap sedemikian bukan perkara baru dalam masyarakat kita, bahkan ia seakan sudah menjadi kelaziman kepada segelintir daripada kita yang hanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam sahaja" dalam melaksanakan sesuatu perkara. Adakah kita ingin membiarkan sikap sedemikian terus membelenggu masyarakat kita? Pastinya kita sama sekali menjawab tidak. Oleh itu, apakah yang perlu kita lakukan dalam memastikan kesedaran yang disuntik akan sentiasa subur dan mekar dalam jiwa setiap lapisan masyarakat?

Pastinya jawapan mudah, kita sebagai individu terlebih dahulu perlu tetapkan tekad dan azam untuk terus menyokong dan menyumbang tenaga dalam memastikan setiap usaha pihak-pihak yang terbabit dalam memulihara dan melestarikan alam sekitar tidak menjadi sia-sia. Malah, kita sebagai individu juga perlu sedaya upaya berusaha menjadikan amalan menjaga dan menyelenggara kenderaan sebagai satu kemestian dan budaya hidup seharian agar pembebasan asap kenderaan sentiasa terkawal mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jika kita sebagai individu tidak mempunyai iltizam yang kuat untuk sama-sama menyumbang ke arah itu, pastinya kempen-kempen yang dianjurkan tidak akan memberi sebarang makna kepada kita dan matlamat menangani masalah pencemaran alam sekitar akan terkubur begitu sahaja.

Dalam memastikan semangat kecintaan terhadap alam sekitar yang diterapkan sentiasa subur dan terus tersemai kukuh dalam jiwa setiap individu, kempen-kempen seumpama itu perlu diadakan secara berterusan dari masa ke semasa agar matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya. Malah ia juga perlu diperhebatkan lagi dengan mensasarkan bilangan pengguna yang lebih ramai tanpa mengira peringkat umur, misalnya dengan menganjurkan kempen secara bergerak untuk tempoh masa yang tertentu agar kesedaran mengenai aspek penjagaan dan penyelenggaraan kenderaaan dapat diterapkan sehingga ke akar umbi dalam memastikan matlamat menangani masalah pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim dapat direalisasikan. Malah, lebih berkesan lagi jika kempen-kempen seumpama itu diperluaskan ke sekolah-sekolah agar para pelajar dapat didedahkan berhubung aspek penjagaan kenderaan dengan lebih baik dan sewajarnya pada usia yang masih muda.

Selain daripada penganjuran kempen-kempen kesedaran yang giat, penguatkuasaan peraturan berhubung pelepasan asap hitam juga perlu dipertingkatkan, misalnya dengan mengenakan denda yang lebih tinggi daripada biasa kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Pendekatan seumpama itu dilihat dapat memberi pengajaran yang berkesan kepada pemandu dan juga pemilik kenderaan agar lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Dalam hal tersebut, pihak berkuasa juga seharusnya telus dan tidak berkompromi dengan mana-mana pengguna dan pemandu yang enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dengan tindakan tegas yang dipraktikkan, pastinya ia dapat membantu menangani masalah pelepasan gas hitam secara menyeluruh.

Kerjasama yang padu daripada semua pihak dan segenap lapisan masyarakat juga adalah penting dan sangat perlu dalam memastikan matlamat mengurangkan pelepasan asap hitam dapat dicapai. Semua pihak perlu sedar bahawa tanggungjawab menjaga dan memulihara alam sekitar bukan terletak di bahu satu pihak sahaja, malah ia perlu dipikul oleh semua pihak. Matlamat mengurangkan pelepasan asap hitam tidak akan berkesan jika hanya seorang sahaja yang melakukannya. Walaupun mungkin tindakan menjaga dan menyelenggara kenderaan dengan baik merupakan satu tindakan yang nampak kecil sahaja pada pandangan mata kasar, namun ia mampu memberi impak yang besar kepada kepentingan alam sekitar.

Malah, sikap tidak mahu mengambil tahu dan hanya bergantung harap kepada orang lain semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab alam sekitar juga perlu dielakkan, kerana sikap sedemikian akan hanya menjejaskan integriti alam sekitar yang seterusnya akan memberi kesan yang lebih buruk lagi kepada pembangunan negara. Justeru, sudah tiba masanya untuk kita bermuhasabah diri dan mula mengubah sikap kita agar lebih prihatin terhadap masa depan alam sekitar kita demi melahirkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk semua pihak. Jika matlamat pelepasan asap hitam yang mencemarkan udara dapat dikurangkan, pastinya masalah perubahan iklim dan pemanasan global juga dapat ditangani dengan jayanya.

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1860&cmd=resetall
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  CikguPA Thu Feb 04, 2010 1:29 am

Pemanasan global kian serius tuntut keprihatinan warga bumi

Oleh Hasrizal Shaari, 4/2/2010 BH

PEMANASAN global yang semakin hangat diperkatakan di seluruh dunia dilihat mempunyai hubungan langsung dengan peningkatan gas rumah hijau utama seperti karbon dioksida dan metana. Persoalannya, mengapa gas ini memberi impak penting dalam pemanasan global?

Sebagai perumpamaan mudah, gas yang terapung di atmosfera boleh diibaratkan sebagai selimut besar kepada bumi. Ia hanya membenarkan kemasukan cahaya matahari dan sampai ke permukaan bumi, namun bertindak menghalang cahaya dibalikkan oleh permukaan bumi keluar semula ke ruang angkasa.

Pemerangkapan cahaya yang berlaku secara berterusan dalam bentuk tenaga haba menyumbang kepada peningkatan suhu bumi. Kesan pemanasan yang berlaku ini dapat dilihat dengan jelas melalui kecairan glasier utama dunia serta ais di kawasan Artik dan Antartika yang berlaku dengan kadar yang sangat pantas ketika musim panas.

Kajian dan pemerhatian yang dijalankan di Institusi Oseanografi Scripps, Mauna Loa, Hawaii, Amerika Syarikat yang bermula pada 1958 sehingga kini menunjukkan pola peningkatan karbon dioksida yang begitu ketara dan keadaan ini pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar kaji cuaca.

Bagaimanapun, sebilangan kecil saintis berpendapat pemanasan global yang berlaku hari ini bukan berpunca daripada kesan langsung peningkatan kandungan gas rumah hijau di lapisan atmosfera. Sebaliknya, lebih kepada pengaruh aktiviti solar matahari, di mana ahli astrologi mengesan pertambahan titik panas di permukaan matahari sejak beberapa dekad yang lalu.

Pertambahan titik panas ini dikatakan mempunyai corak hampir sekata dengan pola peningkatan suhu bumi berbanding pertambahan kandungan karbon dioksida. Titik panas yang dikesan ini menghasilkan radiasi tinggi yang mampu mempengaruhi suhu planet yang mengelilingi matahari termasuk bumi.

Selain itu, ada juga persepsi bahawa isu berkaitan di antara kesan gas rumah hijau dan pemanasan global sengaja dicipta untuk meningkatkan dana dan peruntukan bagi kajian bidang meteorologi dan kajian iklim. Sebagai contoh, penyediaan dana daripada Kerajaan Britain pada awal 1980-an untuk penyelidikan kesan pemanasan global yang disebabkan gas rumah hijau.

Rentetan daripada kelulusan itu, pelbagai dana dan peruntukan datang mencurah-curah untuk bidang meteorologi dan kajian iklim khususnya membabitkan kesan gas rumah hijau. Seterusnya menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini serta membuka pelbagai cabang kajian yang berkaitan.

Dari sudut lain pula, pemanasan yang berlaku dianggap satu kitaran normal bagi bumi dengan merujuk kepada kitaran interglasier yang berlangsung sejak berjuta-juta tahun dulu. Suatu masa dulu, permukaan bumi pernah mengalami keadaan yang diistilahkan ‘Free of Ice’ pada 500 juta tahun yang lalu dan juga zaman ‘Last Glacial Maximum’ pada 20,000 tahun lalu.

Jadi mengikut pandangan mereka, tidak hairanlah jika suatu masa nanti permukaan bumi akan kembali seperti 500 tahun dulu, di mana tiada lagi glasier dan ais di kedua-dua kutub bumi.

Mungkin pendapat yang diketengahkan itu ada kebenarannya. Namun, pemerhatian yang lebih teliti terhadap data meteorologi khususnya daripada program Iklim: Kajian Jangka Panjang, Pemetaan dan Jangkaan (CLIMAP) menunjukkan pola perubahan cuaca yang berlaku beberapa dekad ini lebih cepat dan pantas berbanding kitaran pemanasan sama yang pernah berlaku jutaan tahun lalu.

Keadaan ini dibuktikan dengan kadar kehilangan ais yang berlaku di kawasan Artik, iaitu sebanyak 8.5 peratus setiap dekad selepas ledakan zaman perindustrian. Pakar kaji cuaca Artik daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Calorado, Mark Serreze menjangkakan pada 2030 tiada lagi kawasan di Artik yang dilitupi ais ketika musim panas.

Umum mengetahui ketika era perindustrian berlangsung sekitar 1960-an, pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera berlaku mendadak dan kandungannya di atmosfera bumi semakin bertambah setiap tahun, ia turut menyumbang kepada pelbagai masalah pencemaran dunia seperti peningkatan suhu, hujan asid, jerebu dan sebagainya.

Situasi ini harus membuatkan kita sedar bahawa pemanasan iklim global yang berlaku hari ini bukan lagi sekadar proses semula jadi malahan turut didorong dan dipengaruhi faktor manusia.

Sebagai warga dunia yang prihatin, kita harus bimbang dengan fenomena pemanasan global yang semakin kritikal dan sewajarnya satu tindakan secara bersama dan drastik bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau perlu dilakukan. Percayalah sumbangan dan usaha kecil kita hari ini mempunyai makna yang cukup besar untuk generasi akan datang.



Penulis ialah Pensyarah (Geokimia Marin) yang kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Hokkaido, Jepun
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pemanasan Global Empty Re: Pemanasan Global

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum