Contoh Esei (Usaha Meningkatkan Mutu Sukan)

View previous topic View next topic Go down

Contoh Esei (Usaha Meningkatkan Mutu Sukan)

Post  Khang Wei (U6B/2010) on Thu May 20, 2010 4:58 pm

Usaha Meningkatkan Mutu Sukan

Aktiviti sukan terdapat di mana-mana saja. Terdapat beberapa sukan yang
terkenal di dunia seperti bola sepak, bola keranjang, badminton, seni mempertahankan diri, dan golf. Antara atlit yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood, dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam sukan kerana sukan mendatangkan kebaikan. Pelbagai usaha untuk menaikkan mutu sukan juga dibuat secara berterusan.

Usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara pada masa kini adalah seperti membina sekolah sukan. Sekolah ini menempatkan generasi muda yang mempunyai bakat dalam bidang sukan masing-masing. Di sekolah ini, bakat mereka diasah dengan bimbingan guru-guru sukan yang berkelayakan dan berpengalaman menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan penubuhan persatuan sukan oleh badan-badan bukan kerajaan. Persatuan renang, bola sepak, badminton, dan karate banyak didapati di negara ini. Setiap persatuan mempunyai jurulatih yang bukan saja diambil dari dalam negara tetapi juga dari luar negara.Jurulatih yang mahir dalam bidang mereka akan memberikan tunjuk ajar kepada ahli-ahlinya.

Selain daripada itu, kerajaan juga memperkenalkan skim ganjaran kepada atlit yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antara bangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Mereka yang berjaya membawa sebutir pingat balik ke negara ini akan diberi ganjaran yang lumayan dalam bentuk wang.Ganjaran seperti itu sudah semestinya memberi semangat dan motivasi kepada atlit untuk terus berusaha hingga berjaya.

Kerajaan juga menggalakkan kanak-kanak yang masih muda untuk melibatkan diri dalam bidang sukan melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum yang memasukkan kelab sukan sebagai satu daripada persatuan yang boleh disertai oleh pelajar. Pelajar yang berbakat dalam bidang sukan yang diminatinya akan berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka apabila terpilih sebagai wakil sekolah dalam beberapa pertandingan.

Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara ini masih dapat ditingkatkan sekiranya usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat diteruskan. Kerajaan dan masyarakat juga seharusnya berusaha mencari cara untuk meningkatkan mutu sukan supaya bendera negara ini akan berkibar di kejohanan antara bangsa pada suatu hari kelak.

SELAMAT MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN Very Happy

Khang Wei (U6B/2010)

Posts: 82
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum