PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rakyat kita di Bangkok selamat

Go down

Rakyat kita di Bangkok selamat Empty Rakyat kita di Bangkok selamat

Post  HsianMin (U6B/2010) Sun May 16, 2010 8:35 am

KUALA LUMPUR 15 Mei - Rakyat Malaysia di Bangkok selamat walaupun keadaan di ibu negara Thailand itu tegang selepas pertempuran antara pihak tentera dan penunjuk perasaan antikerajaan, semalam.

Menteri luar, Datuk Anifah Aman berkata, pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok masih beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas berikutan insiden tersebut.

"Bagaimanapun, pejabat pelancongan Malaysia di sana masih ditutup sementara waktu sehingga notis terbaru yang akan dikeluarkan.

"Ini kerana lokasinya yang terletak berhampiran kawasan pertempuran antara kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Bangkok melalui talian +662 629 6800 atau melalui e-mel malbangkok@kln.gov.my dan menyatakan keadaan keselamatan mereka.

Katanya, rakyat negara ini yang ingin mengetahui keadaan di Bangkok boleh menghubungi pihak Wisma Putra pada setiap waktu di talian 03-8887 4570.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum