PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

36 bangunan di Bangkok dibakar

Go down

36 bangunan di Bangkok dibakar Empty 36 bangunan di Bangkok dibakar

Post  kuanchin91 Fri May 21, 2010 1:56 pm

BANGKOK 21 Mei - Vandalisme pada harta benda awam dan kejadian membakar terus meningkat di ibu negara Thailand walaupun pemimpin kumpulan Baju Merah yang telah menyerah diri meminta perbuatan seumpama itu dihentikan.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok melaporkan, 300 kes vandalisme berlaku terhadap pondok telefon awam, papan tanda perhentian bas dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Rama IV, Sukhumvit, Silom, Din Daeng, Ratchaprapop dan kawasan Phetburi.

Sejumlah 36 bangunan juga telah dibakar sepanjang 36 jam yang lalu selepas berakhirnya protes antikerajaan yang berlangsung selama 10 minggu di Bangkok berikutan operasi pasukan keselamatan tentera kerajaan semalam.

Pentadbiran itu mendakwa kompleks membeli-belah mewah CentralWorld, pusat membeli-belah Center One dan teater Siam yang dibakar oleh perusuh mungkin akan dimusnahkan kerana struktur bangunan itu terjejas teruk.

Pemimpin kumpulan penunjuk perasaan, Veera Musikapong yang menyerah diri kepada polis hari ini bersama Dr. Weng Tojirakarn dan Korkaew Pikulthong telah meminta penunjuk perasaan menghentikan perbuatan mereka. - Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum