Rakyat kita langgan seks di sempadan kena selar

View previous topic View next topic Go down

Rakyat kita langgan seks di sempadan kena selar

Post  yeeleng(L6A) on Sun Jul 04, 2010 7:58 am

KUALA LUMPUR: Kecenderungan rakyat Malaysia terutama lelaki berhibur termasuk mendapatkan khidmat seks di lokasi pelancongan murah dibidas pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertamadun, rendah moral dan cetek agama.

Tokoh agama, pakar motivasi dan ahli akademik berpendapat keghairahan rakyat tempatan mengunjungi beberapa lokasi tumpuan di sempadan untuk melakukan aktiviti terlarang hanya merugikan negara dari aspek pengaliran keluar keluar wang. Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, kecenderungan warga tempatan terutama lelaki menggunakan alasan bercuti tetapi sebenarnya berfoya-foya dengan gadis sosial di pusat karaoke, rumah urut tradisional, spa dan keseronokan lain mencerminkan kepincangan akhlak dan peribadi. “Golongan ini tidak gerun kepada balasan Tuhan. Mereka fikir selamat kerana tiada siapa mengenali mereka selain terlepas daripada hukum serta undang-undang Islam yang melarang berkhalwat.

“Namun, mereka silap kerana semakin dalam terjebak, semakin tidak tenang hati seterusnya membawa kepada pergaduhan suami isteri lalu mengakibatkan perpecahan keluarga,” katanya di sini, semalam.

Tengku Asmadi berkata, kebiasaan ‘makan luar’ turut menjejaskan hubungan intim pasangan berkahwin berikutan sikap suami suka membuat perbandingan serta merendah-rendahkan keupayaan isteri.
“Kebanyakan kes membabitkan golongan lelaki berkahwin berusia 30 tahun ke atas, mempunyai gaji lumayan namun gagal menyelami serta menghayati prinsip berumah tangga. Ternyata usia matang belum tentu menjamin perlakuan baik, munasabah serta berupaya menghindar seseorang itu dari terjebak dengan seks haram,” katanya.
Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan pelaku seks haram sebagai golongan tidak beriman dan enggan percaya pembalasan hari akhirat.

“Mereka tidak percaya Allah maha melihat dan cuba menafikan perbuatan keji itu dilaknat Tuhan. Hakikatnya, ini adalah amalan masyarakat jahiliah dan tidak sepatutnya berlaku dalam dunia bertamadun,” katanya.

Noh berkata, penganut ingkar terbabit bukan saja merosakkan nama baik dan
reputasi peribadi malah mewujudkan kepincangan institusi keluarga melalui pembohongan kepada isteri dan penyebaran penyakit maut seperti Aids dan HIV.

“Demi melepaskan diri dan mendapat apa yang dihajati, mereka sanggup berbohong kepada isteri serta anak-anak. Namun, apabila dijangkiti penyakit membawa maut seperti Aids dan HIV, kesengsaraan itu tidak ditanggung seorang tetapi isteri yang turut dijangkiti penyakit sama,” katanya.

“Ini hasilnya jika pendidikan agama sekadar diamal di luar kulit dan bukan meresap jauh ke dalam hati yang menebalkan iman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, amalan seks bebas dan secara haram adalah penyumbang utama penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin, Aids dan HIV.
Beliau berkata, penduduk Asia adalah golongan paling tinggi terdedah kepada risiko jangkitan penyakit berbahaya serta membawa maut akibat perlakuan seks bebas dan secara haram.

“Kebanyakan kes membabitkan mereka yang tidak mengamalkan seks selamat khasnya menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks,” katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum