PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tugas kepolisian makin mencabar: Ketua Polis Terengganu

Go down

Tugas kepolisian makin mencabar: Ketua Polis Terengganu Empty Tugas kepolisian makin mencabar: Ketua Polis Terengganu

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed May 12, 2010 11:04 am

2010/05/12
KUALA TERENGGANU: Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata tugas kepolisan pada masa ini lebih mencabar berikutan kesedaran yang tinggi mengenai hak asasi dan individu yang menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengubah pendekatan dalam melaksanakan tugas.

"Diakui untuk melaksanakan tanggungjawab ini serta mencari keseimbangan antara keadilan dan hak asasi sememangnya menyulitkan khasnya membabitkan penangkapan, penahanan dan soal siasat terhadap penjenayah.
"Tumpuan umum sejak kebelakangan ini mengenai beberapa beberapa insiden yang membabitkan kejadian anggota polis melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan kematian telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap pasukan itu," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Katanya, ia menjadikan polis kini berada dalam kedudukan yang rapuh kepada tohmahan, spekulasi dan persepsi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota polis supaya tidak menggunakan senjata api kecuali dalam keadaan mempertahankan diri atau orang lain.

"Ini kerana peranan penting PDRM adalah melindungi hak asasi manusia dalam melaksanakan amanah dan aspirasi rakyat," katanya.

Mohd Shukri berkata, dalam perkara ini tiada undang-undang spesifik yang memberi kuasa kepada polis untuk melepaskan tembakan semasa menjalankan tugas kecuali wujud keadaan di mana nyawa mereka benar-benar terancam.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata polis negeri telah mengambil tindakan ke atas 11 orang anggota pangkat rendah kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan penyalahgunaan dadah dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Katanya, mereka kini ditahan kerja sementara siasatan selesai dijalankan.

"Dalam tempoh yang sama juga seramai 3,645 orang telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakan dadah.

"Nilai rampasan dadah pula sepanjang tempoh itu adalah lebih RM700,000 meningkat sebanyak RM66,933.15 berbanding tampoh sama tahun lalu," katanya. - Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum