PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara

2 posters

Go down

1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara Empty 1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 2:41 pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Sehingga semalam, terdapat 1,441 orang rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara, yang melibatkan 59 buah negara, atas pelbagai kesalahan, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong.

"Pecahan mengikut jenis kesalahan atas kesalahan dadah 733 orang, kes dokumen palsu dan kad kredit (243), masalah imigrasi (72) dan perdagangan manusia (40).

"Jenayah perdagangan pula 93 orang, mencuri (74), membunuh (17), penipuan (47) dan kesalahan-kesalahan lain (122),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed yang mahu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang dituduh terhadap rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.

Chee Leong juga berkata, terdapat 98 orang rakyat negara ini yang ditahan di luar negara dan masih menunggu tarikh perbicaraan. – Bernama
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara Empty Re: 1,441 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara

Post  satoshiash(L6A) Thu May 06, 2010 3:02 pm

IMAGE NEGARA
- ini akan menjejaskan image negara kita...
- penduduk luar negara akan salah anggap kepada penduduk negara kita dan akan melarang penduduk kita mengunjungi negara-negara mereka...

MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA KITA
- pelabur-pelabur luar negara akan berasa kerisauan apabila melabur di negara kita...
- akan menjejaskan eksport negara kita ini kerana luar negara akan berasa tidak selamat dan wujud ketidakpercayaan kepada barang yang buatan negara kita...

satoshiash(L6A)

Posts : 6
Join date : 2009-09-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum