Yang di-Pertuan Agong mahu rakyat kenang jasa wira negara

View previous topic View next topic Go down

Yang di-Pertuan Agong mahu rakyat kenang jasa wira negara

Post  yeeleng(L6A) on Sat Jul 31, 2010 10:15 am

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan
Zainal Abidin hari ini bertitah supaya semua lapisan rakyat mengenang kembali jasa wira negara dengan meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Baginda bertitah sejarah membuktikan sumbangan tenaga para pahlawan negara yang telah dicurahkan semasa memerangi anasir-anasir subversif dan petualang
negara, memang tiada tolok bandingnya.

"Mengambil sempena pengisytiharan Hari Pahlawan pada tanggal 31 Julai setiap
tahun, marilah kita mengambil kesempatan ini menghargai jasa-jasa pahlawan kita
yang telah terkorban dan masih berkhidmat yang terdiri daripada anggota pasukan
keselamatan di kalangan tentera, polis dan mereka yang lain.
"Sesungguhnya, pasukan keselamatan telah memainkan peranan yang amat penting
dalam membantu negara mencapai kemajuan dan kemakmuran selama ini," titah
baginda pada sambutan Hari Pahlawan Tahun 2010 di Dataran Merdeka, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan
utama.

Baginda bertitah semangat sanggup berkorban demi negara, perlulah dipupuk
dan disemarakkan sepanjang masa di samping berusaha untuk terus menyumbangkan
sesuatu yang berguna demi keamanan dan kesejahteraan negara
.

Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan sumbangan pasukan keselamatan
negara yang bukan sahaja memberikan perkhidmatan terbaik dalam negara malah
peranannya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Pasukan keselamatan negara telah membuktikan kemampuan mereka dalam
melaksanakan tugas dengan cemerlang di 26 buah negara seperti Sahara Barat,
Somalia, Bosnia Herzegovinia, Croatia dan Timor Laste," titah baginda.

Sementara itu, baginda juga menyeru agar setiap anggota pasukan keselamatan
negara akan terus berjuang ke arah membina bangsa yang bertamadun serta
menjadikan Malaysia, negara bebas dari aktiviti keganasan
.

Justeru, baginda berharap pasukan keselamatan negara tidak alpa dengan
ancaman yang kini sedang mengancam keselamatan dunia iaitu ancaman keganasan
antarabangsa.

Di samping itu, baginda turut berharap agar perpaduan yang terjalin antara
semua warganegara dapat diperkukuhkan lagi selaras dengan slogan '1Malaysia'
yang diinsipirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam istiadat itu, sejumlah 806 orang terlibat dalam perbarisan yang
terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja
Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas
Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Acara pantomen yang mengisahkan Leftenan Adnan Saidi dalam pertempuran Bukit
Candu, melibatkan 50 orang dari 31 Regimen Artileri Diraja dan Badan Kesenian
Tentera Darat turut dipersembahkan pada majlis itu.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum