PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peminjam enggan bayar hutang Mara disekat ke luar negara

Go down

Peminjam enggan bayar hutang Mara disekat ke luar negara Empty Peminjam enggan bayar hutang Mara disekat ke luar negara

Post  ong poh lee U6B Sun Mar 28, 2010 11:43 am

KUALA TERENGGANU 28 Mac — Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang enggan membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk menyekat mereka daripada ke luar negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Muhamad.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, Mara akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan menurutnya sehingga kini dianggarkan jumlah hutang tertunggak berjumlah RM500 juta.

"Yang tak bayar hutang ini kalau tak silap saya berjumlah setengah bilion...ada sesetengah antara mereka mendapat pengecualian kerana keputusan (peperiksaan) yang bagus tetapi belum memohon supaya dikecualikan.

"Jadi dalam rekod kita tulis hutanglah. Kalau mereka ini minta, mungkin hutang tertunggak itu dalam RM200 juta sahaja. Kita pun telah mula mengadakan kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menyekat orang-orang yang tak bayar hutang dari ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan MARA 2010 Peringkat Zon Timur di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, Mara telah mengisytiharkan kira-kira 10 orang peminjam sebagai muflis setelah gagal melunaskan pinjaman mereka.

Beliau berkata, peminjam dialu-alukan untuk mengadakan perbincangan berhubung pembayaran balik pinjaman dengan Mara. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum