PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

3 posters

Go down

Sertai komuniti Berita Harian  login|daftar Empty Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

Post  yeeleng(L6A) Wed Apr 28, 2010 1:43 pm

KUALA LUMPUR: Gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter diperkenalkan hari ini dan mendapat reaksi positif.

Penumpang wanita yang menaiki gerabak berkenaan kelihatan selesa kerana mereka tidak perlu lagi berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki dalam tren. Nurul Hidayu Safein, 23, berkata kemudahan itu memberi kesenangan kepada beliau setiap kali menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Katanya, dengan pengasingan itu, beliau tidak perlu berebut dan berdiri lama dalam tren sebab bilangan penumpang berkurangan kerana gerabak itu tidak mempunyai penumpang lelaki.

Rabeah Abdullah, 50, berkata dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang untuk golongan yang berumur seperti beliau untuk mendapatkan tempat duduk adalah lebih cerah.

Nur Hazimah Azmi, 21, berkata pengasingan gerabak itu boleh mengelak berlakunya gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.

Gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat berwarna merah jambu yang ditampal di setiap cermin tingkapnya.
Pemangku Pengurus Kanan Perhubungan Korporat KTM Komuter, Mohd Fazil Ismail, berkata terdapat juga kain rentang yang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan gerabak itu dibuat di beberapa stesen.

"Di stesen KL Sentral dan Sentul, kami menyediakan kakitangan untuk mengawasi penumpang manakala di stesen Putra, Kuala Lumpur, Bank Negara dan beberapa stesen lain yang menghala ke Sentul, kami akan membuat pengumuman saja berikutan dari kekurangan pekerja," katanya ketika mengiringi wartawan membuat tinjauan hari ini.

Mohd Fazli berkata, beberapa penumpang lelaki agak keliru dan ada yang masih menggunakan gerabak khas itu hari ini.

"Ianya akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk melatih orang ramai supaya mematuhi arahan kerana kami akan selaraskan peraturan baru ini dimulai dengan laluan dari stesen Sentul ke Port Klang dulu," katanya.

Mohd Fazli berkata tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu dan pihak KTMB akan menaik taraf sistem tersebut di platform yang lain.

Tindakan ini telah melindungi kaum wanita daripada gangguan seksual.Seperti apa yang kita belajar di Dasar Wanita Negara,kaum wanita dilindungi dan juga diutamakan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Sertai komuniti Berita Harian  login|daftar Empty Re: Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

Post  PnLeela Thu Apr 29, 2010 4:30 pm

Selaras dengan Dasar Wanita Negara, pengasingan gerabak untuk kaum wanita diimplementasikan.

1. Apakah pandangan anda tentang pembaharuan ini

2. Adakah tindakan ini akan menjejaskan hak kebebasan kaum lelaki


Hantar jawapan sebelum 3 Mei 2010

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Sertai komuniti Berita Harian  login|daftar Empty Re: Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

Post  leeyoong_U6B Thu Apr 29, 2010 6:03 pm

1) Pembaharuan ini merupakan satu cadangan yang baik dan tiada sebab bagi kita tidak menyokong idea. Menurut maklumat yang saya dapati di Internet, langkah mengasingkan penumpang wanita sudah direalisasikan terlebih dahulu oleh Jepun dan Negara Eropah. Memang tidak dinafikan bahawa langkah ini merupakan salah satu langkah yang boleh memastikan penumpang wanita selesa dan selamat menggunakannya. Dengan mengasingkan penumpang wanita dengan penumpang lain dapat memastikan keselamatan penumpang wanita di dalam KTM dan mengelakkan berlakunya pelbagai gangguan terutamanya pada waktu puncak penggunaan kereta api (keadaan yang sesak). Pembaharuan ini memang dapat melindungi kaum wanita~ sunny

2) Pada pendapat saya, tindakan ini tidak akan menjejaskan hak kebebasan kaum lelaki. Kaum lelaki masih boleh menggunakan pengakutan awam ini walaupun pengasingan gerabak untuk kaum wanita telah dilaksanakan. Mungkin dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, kaum lelaki akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan tempat duduk? Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Sertai komuniti Berita Harian  login|daftar Empty Re: Sertai komuniti Berita Harian login|daftar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum