PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Aktiviti joging boleh bawa risiko?

4 posters

Go down

Aktiviti joging boleh bawa risiko? Empty Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Post  S.Teng(U6A/2010) Sun Apr 25, 2010 8:59 am

KUALA LUMPUR 24 April - Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) mendakwa aktiviti larian di sekolah seperti merentas desa dan joging tidak sesuai untuk pelajar sekolah kerana ia mampu mendedahkan kepada risiko kecederaan seumur hidup.

Selain itu, persatuan itu turut mendakwa amalan membawa beg sekolah mengandungi buku teks yang terlalu berat juga mendedahkan kepada risiko masalah penyakit tulang belakang.

Presidennya, Dr. Balwant Singh Bains berkata, walaupun kajian spesifik belum dilaksanakan, tetapi berdasarkan pengalaman dan ujian klinikal, kira-kira 80 peratus daripada penyakit itu berpunca daripada aktiviti larian tanpa pengawasan betul daripada ahli fisioterapi.

Menurut beliau, aktiviti larian amat terdedah kepada permukaan tanah yang pelbagai seperti terlalu keras dan tidak sekata yang berada di sepanjang trek laluan mereka hingga mudah terdedah kepada kecederaan otot, ligamen dan tendon.

"Kecederaan ini mungkin hanya sedikit sahaja dan tidak disedari pada peringkat awal sehingga tidak memerlukan mereka terlantar atas katil. Lagipun ada pelajar yang tidak pandai mengadu sakit.

"Namun ada juga pihak yang mengambil mudah, meskipun jika ada anak-anak mengadu sakit tetapi kebanyakannya beranggapan hanya sakit biasa.

"Kami tidak kata berlari tidak boleh tetapi ia perlu mendapat nasihat terlebih dahulu daripada ahli fisioterapi bertauliah," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Aktiviti joging boleh bawa risiko? Empty Re: Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Apr 25, 2010 5:35 pm

Oleh itu, kita harus memberitahu Pengetua kita supaya tidak mendesak semua murid bawa buku buku yang melambak banyak supaya generasi muda tidak akan mengalami gejala kesihatan yang berkaitan dengan tulang pada masa hadapan....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Aktiviti joging boleh bawa risiko? Empty Re: Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:47 pm

Kita perlu melakukan aktiviti joging di trek-trek yang sesuai. Selain itu, kita harus memakai kasut yang sesuai untuk aktiviti joging. Kita tidak harus memakai selipar semasa berjoging. Tambahan pula, senaman memanaskan badan perlu dilakukan sebelum berjoging bagi mengelakkan kecederaan otot, ligamen dan tendon.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Aktiviti joging boleh bawa risiko? Empty Re: Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Post  leeyoong_U6B Tue Apr 27, 2010 1:32 pm

YeeYew™ [SonG][U6B] wrote:Oleh itu, kita harus memberitahu Pengetua kita supaya tidak mendesak semua murid bawa buku buku yang melambak banyak supaya generasi muda tidak akan mengalami gejala kesihatan yang berkaitan dengan tulang pada masa hadapan....

haha... mungkin ini merupakan satu langkah pencegahan yang agak baik... Namun, ini agak mustahil untuk dilaksanakan...

Saya setuju apa yang dicadangkan oleh SQ.. Pada pendapat saya, semasa berjogging kita juga haruslah kita mempunyai stamina yang mencukupi.. Sentiasa berjoging mengikut kemampuan diri.. Janganlah melagakkan kemampuan diri... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Aktiviti joging boleh bawa risiko? Empty Re: Aktiviti joging boleh bawa risiko?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum