PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

4 posters

Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 26, 2010 5:39 pm

WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.



Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapati satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

"Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

"Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.?

Soalan :
APAKAH langkah-langkah yang harus diambil bagi mengelakkan kejadian ini berlaku???
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Re: Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  leeyoong_U6B Tue Apr 27, 2010 1:43 pm

Pekerja haruslah sentiasa mengelakkan diri menduduk terlalu lama di depan skrin di meja. Tanpa mengira betapa banyak kerja perlu disiapkan, pekerja patutlah bangun dan berjalan dari tempat duduk mereka. Setelah duduk berterusan beberapa jam, pekerja haruskah beristirahat dengan berbual-bual dengan SEJAWAT atau minumlah teh/kopi.. Sentiasa rehatkan diri pada masa yang sesuai... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Re: Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  Shu Jian [L6B] Tue Apr 27, 2010 5:00 pm

Perkara sebegini memang dapat dielakkan dengan langkah-langkah yang mudah. Pekerja-pekerja harus membahagikan masa bekerja dan masa berehat mereka secara cekap. Dengan ini, dapatlah mereka melakukan beberapa senaman ringkas contohnya, berjalan ke kafeteria, untuk mengelakkan 'sindrom kelas ekonomi'.

Shu Jian [L6B]

Posts : 4
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Re: Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  Ong SQ (U6B/2010) Wed Apr 28, 2010 11:14 am

Oleh itu, kita tidak harus mengutamakan pekerjaan sahaja sampai memudaratkan kesihatan sendiri. Tanpa kesihatan yang baik, tidak kira betapa banyak wang yang anda untung, anda masih tidak dapat menukarkan kesihatan anda sendiri.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Re: Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  LiewJoey(LSB) Fri Apr 30, 2010 6:27 pm

Pada pandangan saya, saya berasa persoalan yang perlu diambil berat ialah sistem pekerjaan yang sedia ada seperti apa yang berlaku sekarang di pusat panggilan dan lain-lain.saya berasa mahupun para pekerja berinisiatif untuk membahagi masa bersukan dan berjalan-jalan, tetapi kebanykan masa mereka juga perlu mengikuti jadual kerja yang begitu masa panjang sehingga tiada masa untuk berehat. Oleh itu, saya berasa untuk mengatasi masalah ini, sistem pekerjaan yang sedia ada perlu dipantaukan dan diperbaikikan seperti memberi perhatian yang lebih banyak kepada kualiti pekerja dan menetapkan "dateline" untuk projek-projek tertentu lebih daripada mengambil kira masa bekerja yang ditetapkan .

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Duduk Lama Boleh Bawa Maut??? Empty Re: Duduk Lama Boleh Bawa Maut???

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum