PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tubuh majlis baiki sistem pendidikan

2 posters

Go down

Tubuh majlis baiki sistem pendidikan Empty Tubuh majlis baiki sistem pendidikan

Post  keat sin (U6A) Sun Apr 25, 2010 8:26 am

HULU SELANGOR 24 April - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan Negara (MPPN) dalam masa terdekat bagi menambah baik dan melonjakkan lagi kecemerlangan sistem pendidikan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakar-pakar daripada pelbagai bidang akan dijemput untuk bekerjasama dengan tenaga pemikir Kementerian Pelajaran bagi merencanakan idea baru untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Majlis itu berperanan mengenal pasti kelemahan pada sistem sedia ada.

"Langkah ini bukan bererti kerajaan tidak mempunyai kepakaran tetapi jika semua tenaga pakar yang ada digembleng, banyak masalah dapat diatasi dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf antarabangsa.

"Ini penting, kerana bidang pendidikan memainkan peranan paling kritikal dalam melahirkan modal insan terpelajar dan pelbagai idea baru diperlukan untuk menjayakannya ," kata beliau ketika berucap merasmikan Program Menara Ilmu, Kecemerlangan Pendidikan 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, anjuran Yayasan Nurul Yaqeen, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta ibu bapa tidak gusar dengan langkah kementerian itu memperkenalkan konsep 1Murid 1Sukan.

Katanya, pendekatan itu bertujuan memperkasakan semula aktiviti sukan di peringkat sekolah.

Ia wajar disokong kerana sukan mampu membentuk sahsiah diri para pelajar dan pada masa sama, merupakan aktiviti yang menyihatkan.

"Saya dengar ramai para pelajar dan murid sekarang mengalami masalah obesiti kerana kurang pendedahan dan penglibatan dalam aktiviti sukan.

"Kalau pun mereka tidak cemerlang dalam bidang sukan tetapi aktiviti ini mampu membentuk disiplin dan boleh mengisi masa terluang mereka daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah," katanya.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Tubuh majlis baiki sistem pendidikan Empty Re: Tubuh majlis baiki sistem pendidikan

Post  HuInI(U6A) Sun Apr 25, 2010 3:08 pm

Penubuhan majlis ini diharapkan dapat mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam bidang pendidikan dan menambahbaikkan sistem pendidikan supaya melahirkan golongan pelajar yang bakal akan memimpin negara kita ke arah pencapaian kegemilangan Wawasan 2020.

Selain itu,konsep 1Murid 1Sukan amat digalakkan kerana hal ini bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang koko dan kurikulum ,malahan dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat kita.

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum