PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir

2 posters

Go down

Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir Empty Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir

Post  ong yee wee L6B Thu Apr 22, 2010 12:50 pm

SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen-elemen karakter bersama kebijaksanaan.

Katanya pembaharuan berkenaan perlu dilakukan oleh mana-mana negara sekali pun kerana masih banyak perkara yang perlu dan telah tidak dimasukkan dalam sistem pendidikan yang sedia ada.
"Masih terdapat ruang-ruang yang tidak digunakan dengan efektif...ini bagi mengelakkan lahirnya pelajar-pelajar yang mempunyai karakter tidak baik. "Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi dengan karakter yang tidak baik membahayakan masyarakat...dia tidak boleh dianggap aset kepada kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Beyond Vision 2020" di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan negara bagi mengelak perkara itu berlaku.

Katanya, sukatan mata pelajaran turut memainkan peranan kerana ia perlu disesuaikan dengan masa dan keperluan pelajar.

"Setiap mata pelajaran itu perlu dikaji mengikut keperluan pelajar dan apakah yang ingin diketengahkan kepada mereka.
"Ia hendaklah memberikan ilmu pengetahuan bagi memastikan mereka bersedia menghadapi dunia luar selepas meninggalkan bangku sekolah," katanya.

Lebih 2,000 termasuk mahasiswa, pelajar sekolah dan jemputan menghadiri syarahan berkenaan.

ong yee wee L6B

Posts : 10
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir Empty Re: Sistem pendidikan perlu sentiasa diperbaharui: Dr Mahathir

Post  PnLeela Thu Apr 22, 2010 5:46 pm

Hi kelas Very Happy
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut

1. Apakah sistem pendidikan ini memenuhi keperluan dan kehendak anda. Jelaskan jawapan anda

2. Adakah sistem pendidikan kini boleh memenuhi cabaran globalisasi dan era digital?

Jawapan harus dihantar sebelum 25 April 2010.
Seorang pemenang akan dikenalpasti- penilaian dari segi fakta, hujah yang kukuh dan matang serta gaya bahasa.

Selamat meningkatkan kemahiran mengulas Smile

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum