PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hari Bumi: Kempen menanam 26 juta pokok dilancar

Go down

Hari Bumi: Kempen menanam 26 juta pokok dilancar Empty Hari Bumi: Kempen menanam 26 juta pokok dilancar

Post  ong poh lee U6B Thu Apr 22, 2010 11:54 am

PUTRAJAYA 22 April – Sempena Hari Bumi yang disambut di seluruh dunia hari ini, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas melancarkan kempen yang bertema “Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok,” di sini hari ini.

Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini.

Sejumlah 16,200 pokok ditanam sempena pelancaran itu, di mana 500 daripadanya ditanam di tapak pelancaran di Presint 5 berhadapan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Manakala selebihnya ditanam di tapak pelancaran di Alor Star, Kedah; Kangar, Perlis; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak; Bachok, Kelantan; Kemaman, Terengganu; Pulau Melaka, Melaka; Seremban, Negeri Sembilan; Kulai, Johor; Temerloh, Pahang; Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Hulu Selangor, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; dan Petra Jaya, Sarawak.

"Dianggarkan seluas 38,470 hektar kawasan hutan terosot, kawasan hutan yang telah dibalak, kawasan pesisiran pantai dan kawasan-kawasan bandar akan ditanam pokok di bawah kempen ini menjelang 2014,” katanya semasa melancarkan kempen itu.

Unggah berkata, kempen itu selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara ini dilitupi kawasan berhutan, selaras dengan komitmen Malaysia di Persidangan Rio pada 1992.

Pada masa ini katanya, jumlah keluasan kawasan berhutan adalah 56.4 peratus dan jika termasuk kawasan tanaman pertanian negara, ia meliputi 75 peratus daripada keluasan tanah negara. – Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum