PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia setuju hantar kumpulan perubatan ke Afghanistan

Go down

Malaysia setuju hantar kumpulan perubatan ke Afghanistan Empty Malaysia setuju hantar kumpulan perubatan ke Afghanistan

Post  LiewJoey(LSB) Mon Apr 19, 2010 6:29 pm

2010/04/19
KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju buat kali pertama menghantar kumpulan perubatan Angkatan Tentera ke Afghanistan tidak lama lagi, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, langkah itu membuktikan komitmen negara bagi bersama-sama membantu usaha mencapai situasi damai di negara bergolak itu.
"Kemungkinan besar Malaysia menghantar kumpulan perubatan sebelum dan selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat di Afghanistan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Polis Pertahanan Amerika Syarikat, Michele Flournoy di Pameran dan Persidangan Pertahanan Perkhidmatan Asia (DSA2010) di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia turut menawarkan kepada Afghanistan untuk melatih jurulatih di sana.

Bagaimanapun, kata Ahmad Zahid, perkara itu akan diperincikan sebaik saja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pulang dari Jepun sebelum beliau mengadakan lawatan susulan ke Amerika Syarikat akhir bulan depan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum