Pelan penambahbaikan kerjaya untuk pegawai perubatan, pergig

View previous topic View next topic Go down

Pelan penambahbaikan kerjaya untuk pegawai perubatan, pergig

Post  LiewJoey(LSB) on Tue Mar 09, 2010 11:13 pm

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54.

Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya dan memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.

"Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Najib juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Gred UD44 yang layak ke Gred UD48 dan sebahagian besar dijangka dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.

Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts: 78
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum