PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kepentingan semua kaum, agama akan terus dilindungi

Go down

Kepentingan semua kaum, agama akan terus dilindungi Empty Kepentingan semua kaum, agama akan terus dilindungi

Post  keat sin (U6A) Fri Apr 16, 2010 11:16 am

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi kepentingan semua kaum supaya setiap kelompok masyarakat dapat bersama-sama menyertai arus pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jaminan itu bukan sahaja selari dengan gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan kerajaan tetapi ia juga termaktub dalam Perlembagaan negara.

Dengan pentadbiran kerajaan di bawah slogan 1Malaysia serta jaminan yang diberikan itu, beliau berharap, tidak ada pihak atau kumpulan yang mendakwa kaum mereka kini dipinggirkan.

Justeru kata beliau, para penganut agama lain bebas mengamalkan cara hidup dan kepercayaan mereka asalkan ia tidak menyalahi peraturan dan kerajaan tidak sesekali akan cuba menganggu-gugat hak itu.

"Walaupun kita mempunyai agama dan adat resam yang berbeza, sebenarnya kita adalah satu, rakyat Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Gurdwara Sahib Puchong serta sambutan Hari Vasakhi yang dirai para penganut agama Sikh dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi DAP, Karpal Singh; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puchong, Datuk Satim Diman dan Pengerusi Persatuan Penganut Agama Sikh Puchong, B. Awtar Singh Sidhu.

Pada majlis itu juga, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan tambahan RM200,000 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan hutang pembinaan bangunan kuil tersebut selepas jumlah yang sama telah disalurkan melalui Satim sebelum ini.

Sementara itu, Awtar Singh ketika berucap memberitahu, masyarakat Sikh di situ berterima kasih kepada penduduk setempat walaupun berbeza kerana turut menyumbangkan wang bagi tujuan pembinaan gurdwara itu.

"Saya turut merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri (Selangor) BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu yang telah memperuntukkan tanah seluas setengah ekar untuk mendirikan bangunan yang megah terbina ini,'' ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Festival Makanan Punjabi yang diadakan serentak dengan majlis itu telah melayakkan komuniti di situ menerima Anugerah Pertunjukan Masakan Punjabi Paling Banyak oleh Malaysian Book of Records dengan 201 juadah dipamerkan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum