PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rakyat tidak harus pandang ringan isu agama: PM

Go down

Rakyat tidak harus pandang ringan isu agama: PM Empty Rakyat tidak harus pandang ringan isu agama: PM

Post  yeeleng(L6A) Fri Feb 05, 2010 5:05 pm

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat tidak seharusnya memandang ringan isu berkaitan agama kerana ia boleh mencetuskan kontroversi antara agama dan kaum.

Beliau berkata, beberapa kejadian sebelum ini dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan dan hubungan kaum di negara ini.

"Misalnya, isu kalimah Allah sejak awal tahun ini, benar-benar menguji sejauh mana kebijaksanaan kita untuk menanganinya.




"(Ini termasuk) insiden cubaan membakar beberapa gereja dan surau,dan yang terbaru insiden kepala khinzir diletakkan di perkarangan dua buah masjid," katanya pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama ulama dan umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib berkata, lipatan sejarah lampau banyak membuktikan bahawa peperangan dan pertentangan bermula daripada perkara kecil.

"Sedarilah bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula daripada bara-bara kecil yang gagal dipadamkan," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami implikasi negatif yang boleh dicetuskan daripada perkara yang bersifat kontroversi seperti itu.

Katanya, sifat tidak mahu berganjak semata-mata untuk mempertahankan ego hanya akan mengakibatkan semua pihak menanggung rugi dan perlu kembali kepada kaedah rundingan dan berdialog antara pihak yang terlibat dalam setiap isu berkaitan.

"Yakinlah bahawa perpaduan 1 Ummah akan dicapai melalui sifat persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum