PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jangan terpedaya pakej bercuti

Go down

Jangan terpedaya pakej bercuti Empty Jangan terpedaya pakej bercuti

Post  ong poh lee U6B Tue Mar 23, 2010 12:22 pm

MELAKA 22 Mac - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka mengingatkan penduduk negeri ini supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej percutian percuma oleh syarikat tertentu yang berselindung di sebalik lesen jualan langsung.

Ketua Penguat Kuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya mengesan sebuah syarikat jualan langsung yang menggunakan taktik menghubungi mangsa dengan pelbagai kata manis bagi menarik perhatian supaya hadir pada sesi penerangan yang diadakan.

Menurutnya, kebanyakan mangsa teruja dengan pakej percutian percuma bernilai RM14,800 kerana boleh menginap di mana-mana hotel di dunia hingga sanggup membayar sejumlah wang untuk mendapatkan pakej itu.

"Namun apabila mangsa pergi sesi penerangan tersebut mereka diperdaya juru perunding syarikat itu. Bukannya pakej itu yang ditawarkan tetapi sejenis produk kesihatan bernilai RM176 sebotol.

"Pada masa sama mangsa didesak menjadi ahli syarikat itu dengan membayar sejumlah wang pada masa itu juga bagi membolehkan mereka memperoleh pakej percutian yang ditawarkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kejayaan PPDNKK negeri Sabtu lalu yang membongkar kegiatan sebuah syarikat beralamat di Kuala Lumpur yang berselindung di sebalik lesen jualan langsung untuk menipu orang ramai.

Kegiatan itu terbongkar gara-gara kesilapan kakitangan syarikat tersebut yang tidak menyedari lelaki yang dihubungi di telefon bimbit untuk menawarkan pakej percutian menginap di mana-mana hotel selama tiga hari dua malam secara percuma adalah Abd. Hafidz.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, kejayaan pihaknya itu adalah yang pertama di negeri ini melibatkan penipuan berselindung di sebalik lesen jualan langsung.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai, mana-mana syarikat jualan langsung tidak boleh memaksa pelanggan membayar sejumlah wang untuk menjadi ahli atau membeli produk dalam masa yang singkat.

"Mengikut Akta Jualan Langsung 1999, setiap pelanggan diberi tempoh bertenang 10 hari sebelum membuat keputusan sama ada ingin menjadi ahli syarikat itu atau membeli produk yang ditawarkan," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan wujud syarikat lain menggunakan taktik yang sama tetapi orang ramai tidak melaporkan mengenainya kepada pihak kementerian.

Orang ramai yang curiga dengan tawaran daripada syarikat jualan langsung boleh menghubungi PPDNKK negeri di 06-2881422 atau 06-2883002 untuk mendapat maklumat lanjut.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum