PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gangguan bekalan air boleh jejaskan industri di Kedah

Go down

Gangguan bekalan air boleh jejaskan industri di Kedah Empty Gangguan bekalan air boleh jejaskan industri di Kedah

Post  yeeleng(L6A) Sun Mar 21, 2010 5:03 pm

AYER HITAM: Kelemahan dalam menyediakan kemudahan asas yang baik seperti bekalan air boleh menjejaskan pembangunan sektor ekonomi di negeri Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, kemudahan bekalan air yang lancar sangat penting kerana ia akan turut mempengaruhi minat pelabur asing untuk melabur di negeri itu.
Katanya, untuk melabur di sesuatu negeri, kemudahan asas mendahului senarai semak mereka, bukan saja bekalan tenaga kerja. "Semua industri memerlukan air, terutama yang berteknologi tinggi yang bukan saja mementingkan bekalan air (berterusan) tapi kualiti air juga perlu diberi perhatian.

"Kita kena pastikan keperluan (bekalan air) mereka sentiasa ditepati, kalau kemudahan asas ini ada masalah, mungkin pelabur terpaksa tutup atau pindah ke negara lain," katanya selepas majlis perasmian Asrama Puteri Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, dekat sini, hari ini.

Mukhriz berkata, selain terus berusaha menarik minat pelabur asing, antara perkara yang diberi tumpuan ialah untuk memastikan industri sedia ada kekal, tidak berpindah atau ditutup.

"Walaupun ada pelabur yang sudah bertahan hingga 30 dan 40 tahun, itu yang kita kena jaga, jangan ambil mudah, kena bantu jaga keperluan mereka kerana mungkin ada nak tambah beli tanah, besarkan kilang," katanya.
Katanya, walaupun kerajaan pusat bersedia membantu, tapi ia sebenarnya tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, masalah gangguan bekalan air di negeri ini semakin teruk sejak pengurusannya diambil alih oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada).

"Saya hairan juga sebab tinjauan di semua empangan di negeri ini mendapati kawasan tadahan itu masih penuh, tak faham kenapa air banyak, tapi tidak dapat disalurkan kepada rakyat," katanya

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum