PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sultan Kedah Agong ke-14

2 posters

Go down

Sultan Kedah Agong ke-14 Empty Sultan Kedah Agong ke-14

Post  Lixin Lim [U6B] Fri Oct 21, 2011 9:40 am

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Perlantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda yang juga merupakan Sultan Terengganu menduduki tahta berkenaan semenjak 13 Disember 2006.Selain itu, menurut kenyataan yang sama yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Giliran Yang di-Pertuan Agong

1.Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
2.Sultan Selangor
3.Raja Perlis
4.Sultan Terengganu
5.Sultan Kedah
6.Sultan Kelantan
7.Sultan Pahang
8.Sultan Johor
9.Sultan Perak

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah anda masih lagi mengingati tanggungjawab dan kewajipan Yang di-Pertuan Agong?

Lixin Lim [U6B]

Posts : 16
Join date : 2011-05-20

Back to top Go down

Sultan Kedah Agong ke-14 Empty Re: Sultan Kedah Agong ke-14

Post  ChenLinU6B Sun Oct 23, 2011 3:28 pm

Ya Very Happy Pertama sekali ,Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara.Beliau mempunyai kuasa pemerintahan tetapi kuasa itu tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan .Beliau juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan . Smile

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum