PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PM umum skim baru polis pangkat rendah Khamis ini

Go down

PM umum skim baru polis pangkat rendah Khamis ini Empty PM umum skim baru polis pangkat rendah Khamis ini

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 20, 2010 4:57 pm

KLUANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman penting berhubung skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah Khamis ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri itu akan dilakukan ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun Peringatan Polis ke-203.
"Pengumuman mengenai skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah itu akan membabitkan perkara seperti gaji dan elaun, kebajikan anggota, peralatan dan infrastruktur," katanya kepada pemberita selepas melawat Pondok Polis Bandar T6 di Taman Sri Lambak hari ini. KDN, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir perbincangan berhubung skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah itu.

Hishammuddin berkata, jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan agensi kerajaan lain, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menambahbaik skim perkhidmatan anggota polis. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum