PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rumah kelahiran Najib jadi muzium warisan

Go down

Rumah kelahiran Najib jadi muzium warisan Empty Rumah kelahiran Najib jadi muzium warisan

Post  LiewJoey(LSB) Sat Mar 20, 2010 4:52 pm

KUALA LIPIS: Rumah kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Bukit Bius di sini akan dijadikan Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL), Datuk Abu Jamal Nordin, berkata hampir RM1 juta dibelanjakan bagi konservasi rumah berkenaan sejak 13 November 2007 dan siap pada 12 Mei 2008.
Bagaimanapun, katanya, kos tambahan sebanyak RM640,000 diperlukan untuk kerja akhir melengkapkan muzium itu dan pembukaannya kelak diharap dapat menjadi tarikan pelancong serta memperkenalkan Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan bertemakan warisan sejarah. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang kepada Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan ibu beliau, Tun Rahah Mohd Noah.

Abu Jamal berkata, mesyuarat pada 22 September 2008 membuat keputusan mengenai pengisian muzium berkenaan.

Antaranya ialah sejarah Daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis.
Rumah banglo dua tingkat yang dibina sekitar tahun 1920-an itu adalah kediaman rasmi Almarhum Tun Abdul Razak Hussein sewaktu beliau menjawat jawatan SUK Pahang.

Rumah itu adalah antara 14 bangunan yang telah diwartakan MDL sebagai Bangunan Warisan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum