PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemain gitar Ekamatra ditangkap pecah rumah

Go down

Pemain gitar Ekamatra ditangkap pecah rumah Empty Pemain gitar Ekamatra ditangkap pecah rumah

Post  ypeng(U6A/10) Sun Mar 14, 2010 7:43 am

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pemain gitar kumpulan Ekamatra ditangkap penduduk Pangsapuri Flora Damansara dekat sini selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di tingkat enam rumah pangsa itu awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi tersebut, suspek yang berambut panjang sebelum itu dilihat berlegar-legar di hadapan rumah jirannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek kemudian cuba membuka pintu rumah itu dengan memotong mangga.

''Saksi yang melihat kelibat suspek bertindak mengepung kawasan itu sebelum menangkapnya dengan bantuan beberapa penduduk.

''Polis yang tiba selepas dihubungi telah menemui dua peket dadah dipercayai syabu dan ganja di dalam poket seluar suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arjunaidi menambah, ujian air kencing suspek bagaimanapun didapati negatif.

Beliau memberitahu, pihaknya juga percaya pemain gitar itu turut terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di kawasan itu sejak dua minggu lalu.

Pada awal bulan ini, abang suspek yang juga ahli kumpulan Ekamatra dikehendaki polis selepas dipercayai melarikan barang berharga termasuk sebuah kereta milik rakan serumahnya bernilai hampir RM25,000.

Dalam kejadian itu, mangsa, Jukhairul Azar Hamzah, 27, terkejut apabila kereta jenis Perodua Kancil miliknya hilang selepas terjaga daripada tidur.

Dalam kejadian itu, suspek turut melarikan sebuah gitar elektrik dan dua komputer riba yang ditinggalkan di ruang tamu.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Mutiara.

Kumpulan Ekamatra yang mempunyai sembilan ahli, terkenal pada era 90-an dengan lagu Sentuhan Kecundang dan Pusara di Lebuh Raya.

Kumpulan itu tidak lagi aktif di persada seni selepas menerbitkan album Mimpi Tak Bertepi pada 2004.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum