PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pemimpin utama LTTE antara yang ditangkap di negara ini

Go down

Pemimpin utama LTTE antara yang ditangkap di negara ini Empty Pemimpin utama LTTE antara yang ditangkap di negara ini

Post  ong poh lee U6B Thu Apr 22, 2010 11:52 am

PUTRAJAYA 22 April – Beberapa pemimpin utama Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) adalah antara mereka yang dapat ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negara ini di antara Ogos 2009 hingga bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan pemimpin LTTE itu telah pun dimaklumkan kepada Setiausaha Pertahanan, Keselamatan Awam dan Undang-Undang Sri Lanka, Dr. Gotabaya Rajapaksa dalam pertemuan sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

"Beliau amat menghargai kecekapan pasukan keselamatan negara berikutan penahanan pemimpin LTTE ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkaitan tumpuan penjenayah asing dalam menjadikan negara ini sebagai lokasi persembunyian mereka.

Hishammuddin berkata, selain itu, PDRM juga telah menahan 599 warganegara asing di antara tahun 2008 hingga Mac lalu kerana didapati terlibat dalam kegiatan mengedar dan menyeludup dadah di negara ini.

Beliau berkata, pihak PDRM juga dapat menumpaskan beberapa sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang melibatkan 1,567 mangsa sejak tahun 2008 hingga bulan lalu. – Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum