PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi

2 posters

Go down

3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi Empty 3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi

Post  Seow Ping U6B'10 Mon May 31, 2010 5:59 pm

KUALA LUMPUR 30 Mei - Tiga permasalahan utama dikenal pasti mengekang usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Tiga permasalahan itu ialah kekurangan tenaga berkemahiran tinggi, tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan yang rendah serta tidak memiliki keupayaan untuk membangunkan bakat pekerja.

Perunding Bersekutu Hay Group, Juan Jun Tan berkata, masalah pertama itu masih menjadi kekangan kepada negara untuk menerima pelaburan.

Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat juga mendapati 80 peratus tenaga kerja di negara ini hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya sahaja.

Katanya, perkembangan itu boleh menimbulkan rasa panik memandangkan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan profesional.

Satu lagi permasalahan ialah kekurangan keupayaan untuk membangunkan bakat-bakat yang ada menyebabkan golongan profesional negara bekerja di luar negara.

''Data mendapati kira-kira 8,000 tenaga kerja di Malaysia yang memiliki pengalaman dan kemahiran dalam sains dan teknologi bekerja di Amerika Syarikat.

''Sedangkan Malaysia hanya 10,000 tenaga kerja dalam bidang tersebut,'' katanya.

Jelasnya, semua pihak perlu memberi tumpuan pada kelemahan itu kerana untuk sesebuah negara membangun meningkatkan pendapatan mereka, ia perlu melalui proses yang cekap yang disokong oleh tenaga kerja yang mahir dan berpendidikan tinggi serta profesional.

Malah, proses untuk menjadi sebuah negara yang dipacu oleh perniagaan kepada inovasi memerlukan tenaga kerja yang betul-betul berkualiti dalam segala aspek kerana inovasi dijana melalui pengetahuan.

Berikutan itu, beliau berkata, sudah sampai masanya organisasi menjadi lebih berdaya cipta, membentuk kepimpinan intelektual dan proses pemikiran inovatif.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi Empty Re: 3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi

Post  Seow Ping U6B'10 Mon May 31, 2010 6:08 pm

Selain berpengatahuan luas, pemikiran yang inovatif merupakan salah satu kriteria yang amat penting di kalangan masyarakat bagi membentuk negara yang berdaya saing dan maju. Pada pendapat saudara/saudari, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencungkil inovasi serta bakat di kalangan masyarakat?

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi Empty Re: 3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi

Post  LiewJoey(LSB) Tue Jun 01, 2010 5:44 pm

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu mengadakan program-program dan kempen untuk memotivasikan orang-orang yang berbakat, ataupun pertandingan yang membolehkan pertukaran idea dan kemahiran untuk berlaku..Selain itu, pihak kerajaan juga patut menghargai orang bakat dan menawarkan syarat-syarat yang menarik kepada mereka untuk membolehkan mereka terus tinggal di tanah air ini untuk berkhidmat..Contohya, banyak pelajar yang menuntut pelajaran di kolej swasta terpaksa pergi melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan di luar negara disebabkan kelayakan mereka tidak diperkenankan di negara ini....Jika mereka yang berbakat ini dapat ditarik balik untuk memberi sumbangan kepada negara, maka negara kita dapat mencapai kemajuan kerana kebakatan setiap penghuni di tanah air ini telah diguna dengan baiknya.... Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi Empty Re: 3 kekangan utama jadikan Malaysia negara pendapatan tinggi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum