Pemain skuasy negara janji kongsi ilmu, pengalaman

View previous topic View next topic Go down

Pemain skuasy negara janji kongsi ilmu, pengalaman

Post  SiawYing Yeow on Tue May 24, 2011 2:58 pm

KETIKA usianya sembilan tahun, Mohd Azlan Iskandar sudah memasang niat untuk berada dalam kelompok 10 pemain skuasy terbaik dunia.

Cita-cita Azlan ketika itu mungkin dilihat sekadar angan-angan kerana kanak-kanak gemar berkhayal. Bagaimanapun, tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana Azlan, 29, bukan sembarangan atlit, sebaliknya dia adalah seorang atlit yang bersemangat jitu dan sentiasa dahagakan kemenangan apabila turun ke gelanggang. Mula menceburi skuasy seawal usia 8 tahun dan seterusnya terpaksa berjauhan daripada keluarganya di Sarawak untuk menyertai latihan di Kuala Lumpur, menjadikan Azlan seorang yang cekal dan sentiasa bekerja keras. Pendedahan awal yang diterima Azlan dalam skuasy serta pelbagai pengalaman yang beliau tempuhi pada peringkat antarabangsa membentuk sikap profesional dan tidak meninggi diri sekalipun berada di puncak kejayaan.

Sikap rendah diri Azlan dapat dilihat menerusi penyertaannya sebagai Wataniah bermula Februari lalu dan menurut Azlan penyertaan dalam bidang sukarela itu kerana pernah melalui kehidupan berada di bawah.

“Sebagai atlit saya berkhidmat kepada negara, tetapi dengan menyertai Wataniah saya berjuang untuk negara. Penyertaan dalam Wataniah juga menjadikan saya begitu menyintai negara dan membuatkan saya berusaha lebih gigih demi negara,” katanya yang berpangkat kapten dalam Wataniah.

Selain kejayaan cemerlang, gaya hidup sihat serta menjadikan disiplin sebagai asas dalam kehidupannya antara faktor menarik dalam pemilihan Azlan sebagai Ikon Belia Negara 2011 bersempena sambutan Himpunan Sejuta Belia yang akan berlangsung di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini.
Azlan adalah antara 13 ikon belia yang dipilih berdasarkan kejayaan dalam bidang masing-masing seperti sukan, kemahiran, berpersatuan dan berbagai lagi.

“Saya bersyukur kerana dipilih menjadi antara seorang daripada Ikon Belia pada tahun ini daripada jumlah keseluruhan belia seramai 12.5 juta di negara ini.

“Menerusi himpunan kali ini, belia dapat menyampaikan mesej kepada kumpulan belia dan bagi saya sangat menarik untuk berkongsi kejayaan bersama dengan belia yang lain.

“Pemilihan saya ini bukan sekadar berdasarkan kejayaan saya dalam bidang sukan, tetapi cara berkomunikasi dengan masyarakat, pengalaman serta aktiviti yang diceburi.

“Sebagai Ikon Belia untuk bidang sukan iaitu skuasy, saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival ini. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan yang saya lalui pada hari ini. Banyak pengalaman pahit manis saya lalui dan bagi saya apa yang penting berusaha tanpa putus asa.

“Dalam setiap apa yang saya ceburi saya sentiasa berpegang kepada moto ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” katanya.

Azlan berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang memberikan banyak peluang dan ruang bukan saja buat atlit untuk lebih maju, tetapi juga belia.

Beliau berpendapat karnival itu menjadi medan terbaik percambahan minda di kalangan belia di Malaysia kerana setiap yang hadir boleh bertukar-tukar pandangan, sekali gus menjadikan belia lebih terbuka.

Sehubungan itu, Azlan mengalu-alukan kehadiran belia ke Putrajaya sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung kerana dianggarkan kira-kira 200 kegiatan diatur.

Dengan mengunjungi karnival ini, belia bukan saja dapat bertemu ikon belia berjaya, tetapi berpeluang berjumpa menteri untuk bertanyakan pendapat dan berkongsi maklumat.

=========================================================

Pada pendapat saya, pemain skuasy ini telah menjalankan satu tindakan yang betul. Pemuda terkini sudah 'terkenal' dengan sikap yang kurang kesabaran dan kegigihan. Tetapi sekarang, pemuda boleh menjadikan pamain skuasy inni ssebagai taladan mereka. Percayalah jikalau memberi keusahaan, mestilah akan mendapat kebalasan.

SiawYing Yeow

Posts : 5
Join date : 2011-05-19

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum