PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu bapa punca ganas

+3
vinclam1314
sim
HsuJia
7 posters

Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Ibu bapa punca ganas

Post  HsuJia Tue Mar 25, 2008 1:35 pm

Perbuatan manja anak menyebabkan guru gagal kawal disiplin di sekolah: Kajian

LONDON: Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan tidak sanggup berkata 'tidak' kepada kemahuan mereka menjadi punca golongan berkenaan berkelakuan buruk di sekolah.

Penyelidikan baru mendapati, guru terpaksa berdepan dengan sebilangan pelajar yang mengamuk dalam kelas jika tidak dapat apa yang dikehendaki, muncul dalam keadaan letih kerana berjaga sehingga lewat malam serta peningkatan ibu bapa yang menyebelahi anak mereka.

"Ibu bapa yang dilanda tekanan sosial selalunya tidak mampu menangani tindak tanduk anak mereka sendiri, kadang-kadang bertindak ganas dalam melindungi kepentingan anak masing-masing.



"Guru menggambarkan 'kadar tinggi' ibu bapa yang mengaku terlalu mengikut kehendak anak, selalunya kerana tidak mahu perbalahan berpanjangan atau kerana tidak mempunyai insentif alternatif atau sekatan," menurut kajian oleh Universiti Cambridge yang diselia oleh Kesatuan Guru Kebangsaan (NUT).

Setiausaha Agung NUT, Steve Sinnott, berkata ibu bapa berada dalam tekanan memuncak kerana zaman kanak-kanak yang komersial.

"Sebahagian ibu bapa bergelut untuk berurusan dengan anak mereka. Ibu bapa cuba menanganinya dengan menurut kemahuan anak dan mungkin lebih tepat terlalu memanjakan mereka," katanya.

Kajian universiti itu melawat semula sekolah rendah yang terbabit dalam kajian lima tahun lalu. Pada 2002, sekolah melaporkan masalah terbesar mereka ialah cuba mengawal kelas yang membosankan disebabkan kurikulum tidak mencabar.

Tahun lalu, sekolah sama memberitahu penyelidik mereka semakin baik dalam mengemudikan kurikulum untuk membabitkan pelajar tetapi kini berdepan masalah tindak tanduk berikutan 'paparan perubahan sosial pantas.'

"Berdepan dengan tahap tindak tanduk yang semakin teruk dan pendirian bersifat permusuhan dari sesetengah ibu bapa, sekolah rendah kini semakin menjadi seperti sekolah menengah, yang kerap melaporkan kejadian seumpama itu dan tindak tanduk pelajar diperhatikan," menurut kajian.

Temubual dengan 200 guru dan beratus-ratus pelajar serta ibu bapa mendedahkan keluarga bergelut untuk mengawal anak mereka.

Seorang ibu berkata beliau menganggap hakikat anak lelakinya tidur pada jam 1 pagi satu kejayaan kerana sebelum ini dia enggan tidur sebelum jam 3 pagi, manakala seorang budak berusia enam tahun memberitahu gurunya cara membunuh 'bapa ayam dan pelacur' selepas mahir dalam permainan komputer. –


Sila memberi pandangan tentang artikel ini.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty punca ganas

Post  sim Wed Mar 26, 2008 11:51 am

bukan sahaja sikap ibubapa yang terlalu memanjakan anak mereka.sekarang games komputer juga merupakan satu punca yang menyebabkan keganasan kanak-kanak kerana kebanyakan game yang dimain oleh kanak-kanak adalah mengandungi unsur keganasan seperti warcraf,dota(saya yakin sesiapa yang suka main online games mesti tahu),game tersebut adalah contoh yang baik yang mengandungi unsur keganasan.sentiasa main game yang mengandungi keganasan,kanak-kanak fikir mereka adalah satu watak yang hebat bergaduh dari game tersebut menyebabkan mereka semakin ganas.

(saya bukan cakap semua orang akan menjadi ganas selepas main online game,tetapi game yang mengandungi unsur keganasan mungkin akan menyebabkan seseorang menjadi ganas.) Razz

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Ibu bapa punca ganas

Post  HsuJia Wed Mar 26, 2008 4:01 pm

Abang sim,selain bermain dengan permainan ganas anak-anak akan bersikap ganas kah?Saya rasa bukan ini sahaja kerana anak-anak yang bersikap ganas adalah kerana punca utama kesikapan ibu bapa.Jika ibu bapa yang selalu bergaduh di depan anak-anak mereka,anak-anak mereka akan mempelajari sikap mereka dengan tidak sengaja.Bukan ini sahaja kanak-kanak juga adalah kerana pengaruh dengan rakan sebaya mempunyai sikap yang lebih ganas.Tetapi bersikap keganasan ini juga akan membawa banyak masalah separti akan selalu menentang dengan rakan mereka dengan tidak munasabah.

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  vinclam1314 Thu Mar 27, 2008 10:37 am

Pengaruh rakan sebaya juga merupkan salah satu faktornya berlakunya keganasan di kalangan anak-anak. Anak-anak lebih rela menghabiskan masa mereka dengan kawan mereka. Jikalau kawan-kawan mereka dalah bersifat ganas, tentulah mereka belajar keganasan rakan sebaya mereka. Pada mereka, mereka mungkin berasa bahawa jikalau mereka tidak bersifat ganas, mereka mungkin akan dipinggirkan oleh rakan sebaya mereka. Selain itu, keganasan mungkin merupakan salah satu simbol untuk kejayaan kepada mereka. Mereka berasa sebegini kerana kebanyakan orang menakuti orang yang bersifat ganas. Orang ramai takut orang yang ganas ini akan mencederakan mereka. Oleh itu, anak-anak mungkin berasa mereka akan disangjungi atau dihormati jikalau mereka bersikap ganas. Oleh itu, pengaruh rakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keganasan di masyarakat kita.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  siewMei Thu Mar 27, 2008 5:28 pm

faktor pengaruh rakan sebaya,permainan game online dan tanggungjawab ibu bapa,selain daripada semua yang disebut ini,terdapat juga faktor-faktor yang lain seperti pengaruh program dalam televisyen dan persekitaran sosial kini. kebanyakan wayang agak ganas dan walaupun ia sudah dituras,maksud saya ialah ia telah dianalisis dan dicategorikan kepada 18SG,18SX.... masih terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak pedulikan peraturan ini,masalah ini juga disebabkan ibu bapa tidak memainkan peranan mereka,mereka tidak mengawal wayang yang ditonton oleh anak-anak mereka. bagi persekitaran sosial kini yang saya telah saya sebut ialah banyak kumpulan samseng telah ditubuhkan dan banyak pelajar tersilap langkah bergaul dengan kumpulan ini,ini menyebabkan disiplin mereka teruk akibat pengaruh samseng,mereka terikut-ikut dengan tabiat yang tidak sihat sepeti merokok,melepak dan lain-lain.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty pengalaman saya.......

Post  sim Fri Mar 28, 2008 2:19 pm

saya hanya beri pandangan sahaja,saya tidak berkata punca sikap ibu bapa bukanlah faktor yang menyebabkan kanak-kanak menjadi ganas,hanya memberi punca lain sahaja....

betulnya mepunyai contoh yang baik untuk menyokang pendapat saya iaitu main online game mungkin boleh mengakibatkan seseorang menjadi ganas seperti adik saya....ini merupakan pengalaman saya yang sedih dan kecewakan saya.selepas adik saya main game yang mengandungi unsur keganasan ,sikap yang lemah-lembut menjadi semakin ganas ...dia akan mencampak barang apabila dia berasa marah,sangat menakutkan ialah dia akan pukul saya....sangat sedih Sad ,saya nak cari balik adik saya yang lembut itu,tetapi ini tidak akan berlaku....

saya menasihat rakan-rakan,pilihlah game dengan betul supaya tidak bersikap seperti adik saya..... Sad


yang penting sekali hsu jia, im a girl,not abang....ok Question Exclamation

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  siewMei Thu Apr 03, 2008 11:14 am

Apa?? adik pukul kakak?? perkara ini serius ke ataupun adik kamu hanya main-main dengan kakak sim? Saya juga selalu bergaduh dengan adik saya,kita sering mengertak satu sama lain dengan mencabar satu sama lain dalam pergaduhan tapi,kami hanya cakap sahaja,pergaduhan tidak benar-benar berlaku. memang menyedihkan adik memukul kakak,nasib baik adik saya tidak main permainan video yang disebutkan oleh kakak sim kerana saya tidak membenarkan dia main permainan jenis itu. Kadang-kala dia sangat marah akan saya kerana tidak membenarkan dia main permainan jenis itu tapi setelah sesuatu tempoh dia akan menurut kata saya.(mungkin disebabkan dia takut akan muka saya yang garang dan serius) Razz

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 12:29 pm

haha.. kalau macam tu, saya juga dikatakan orang yang ganas? kerana saya juga pernah bergaduh dengan kakak saya apabila saya kecil.. tetapi, sekarang sudah tak ada.. kerana mereka kebanyakan masanya adalah bekerja kat luar.. hanya saya yang asyik di rumah..
Saya tidak setuju tentang apa yang kakak Sim katakan, iaitu memain permainan ganas di komputer akan menyebabkan pemain bersikap ganas.. kerana saya juga pernah main banyak permainan yang bersikap ganas.. tetapi.. saya masih bersikap baik.. dan tidak ganas.. Laughing

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 10:04 am

Pada pendapat saya ,punca keganasan kanak-kanak ialah Media massa. Disebabkan media massa yg sering memaparkan filem berunsur keganasan dan pergaduhan. Lama kelamaan, kanak-kanak akan meniru aksi pelakon yg bersifat keganasan akhirnya kanak-kanak bersifat ganas dan berlawan dengan rakan-rakan. Kanak-kanak akan menanggaap keganasan sebagai aksi wira. Namun, kanak-kanak yg hidup dibawa keluarga yg bersifat keganasan pun merupakan punca keganasan kanak-kanak. Begitu juga, 'games internet' yg banyak unsur keganasan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yg kurang didikan agama, ibu bapa dan guru juga puncanya.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  vinclam1314 Sat Apr 05, 2008 3:31 pm

ya.. media massa seperti filem memberikan impak yang sangat besar kepada kanak-kanak. Saya masih ingat bahawa saya pernah melihat banyak kanak-kanak menikamati filem yang mempunyai keganasan di cinema.. ( tayangan itu mengatakan ia hanya boleh dilihat oleh orang yang berusia >18 tahun ) akan tetapi, penjaga cinema nampaknya masih membenarkan kanak-kanak masuk untuk menikmatinya.. kelonggaran penjaga cinema ini telah mewujubkan satu lorong untuk kanak-kanak bersifar ganas pada masa depan... jadi, saya berasa penjaga cinema perlu mengetatkan lagi proses checking tiket mereka..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  siewMei Sun Apr 06, 2008 7:35 am

vinclam1314 wrote:haha.. kalau macam tu, saya juga dikatakan orang yang ganas? kerana saya juga pernah bergaduh dengan kakak saya apabila saya kecil.. tetapi, sekarang sudah tak ada.. kerana mereka kebanyakan masanya adalah bekerja kat luar.. hanya saya yang asyik di rumah..
Saya tidak setuju tentang apa yang kakak Sim katakan, iaitu memain permainan ganas di komputer akan menyebabkan pemain bersikap ganas.. kerana saya juga pernah main banyak permainan yang bersikap ganas.. tetapi.. saya masih bersikap baik.. dan tidak ganas.. Laughing

Ini telah menunjukkan abang tohwai mempunyai fikiran yang matang,ataupun disiplin diri yang tinggi. haha... Tapi,memang permainan video yang ganas mempunyai pengaruh terhadap kanak-kanak yang masih mentah,betul tak?? Untuk penjelasan yang lebih lanjut,mungkin terdapat segelintir budak kini yang mampu berfikir secara rasional,mereka tahu bahawa mereka sekadar meluangkan masa dalam permainan ini semata-mata untuk "relaxkan" diri mereka kerana kadang-kala menghadapi tekanan belajar. Jagi,mereka tidak dipengaruhi oleh keganasan permainan video yang mereka main.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  vinclam1314 Wed Apr 09, 2008 11:30 am

ya.. saya berasa kanak-kanak pada zaman ini adalah lebih cepat berfikir matang berbanding dengan kanak-kanak pada zaman kita atau lebih dahulu... saya berasa hal ini berlaku kerana terdapat pengaruh televisyen dan internet yang besar... kanak- kanak sangat mudah dipengaruhi oleh hal - hal yang berlaku di dalam tayangan.. ini telah menyebabkan banyak kanak-kanak berfikir lebih matang daripada apa yang sepatut mereka berfikir.. Ini dapat dibuktikan bahawa semakin banyak remaja menjalankan kegiatan seks sebelum khawin.. atau menjalankan kegiatan seks sebelum cukup umur.. apakah pandangan kalian tentang hal ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  sim Wed Apr 09, 2008 12:57 pm

vincent lam,topic ini adalah membincang tentang keganasan,janganlah jauhkan topic pembincangan ini......kalau mahu bincangkan topic tentang seks sebelum kahwin,bukalah lagi satu topic yang baru......Wink

vincent mestilah berfikiran matang barulah tidak dipengaruhi oleh game yang berunsur keganasan....(mungkin dalaman awak mengandungi unsur ganas,cuma awak tak tahu sahaja) Razz

kanak-kanak dan remaja sekarang mudah dipengaruhi dan bersikap ingin tahu yang kuat menyebabkan mereka melakukan sesuatu perbuatan yang tidak match dengan usia mereka seperti menonton wayang yang 18PL,18XL...(18XL kah,lupalah....). Twisted Evil

jadi ibubapa mestilah perhatian kepada perbuatan anak mereka supaya tidak menjejak langkah yang salah..... Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  siewMei Fri Apr 11, 2008 10:48 am

Tetapi ibu bapa kini sibuk bekerja demi menampung kehidupan keluarga mereka,ini adalah masalahnya,bagaimanakah mereka memberi perhatian kepada anak mereka sedangkan mereka sibuk bekerja di luar?..mereka perlu mencari wang untuk menanggung kos kehidupan yang semakin menignkat,sebagai contohnya,harga nasi telah meningkat sebanyak 40%,ini akan mengakibatkan tanggungan mereka lagi berat kerana nasi merupakan salah satu makanan ruji kita.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  sim Fri Apr 11, 2008 1:11 pm

inilah punca masalah kanak-kanak sekarang susah diajar.....

ibubapa hendak mencari rezeki untuk menanggung kos kehidupan anak mereka,jika kanak-kanak dijaga oleh datuk dan nenek semasa mereka kecil,adakah kanak-kanak tidak susah diajar selepas membesar?

mereka mempunyai jagaan daripada datuk dan nenek,mereka akan beri kasih sayang dan prihatin yang secukupnya...adakah kanak-kanak tidak manja apabila membesar? Rolling Eyes

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  weichian_89 Fri Apr 11, 2008 1:32 pm

sim wrote:inilah punca masalah kanak-kanak sekarang susah diajar.....

ibubapa hendak mencari rezeki untuk menanggung kos kehidupan anak mereka,jika kanak-kanak dijaga oleh datuk dan nenek semasa mereka kecil,adakah kanak-kanak tidak susah diajar selepas membesar?

mereka mempunyai jagaan daripada datuk dan nenek,mereka akan beri kasih sayang dan prihatin yang secukupnya...adakah kanak-kanak tidak manja apabila membesar? Rolling Eyes

saya berpendapat bahawa walaupun kanak-kanak dibesarkan oleh datuk dan nenek,mereka tetap akan bermasalah dengan tingkah lakunya.ini disebabkan orang yang lebih berusia sangat manja kepada cucu-cucunya dan menyebabkan kanak-kanak beranggap merekalah sentiasa adalah betul.sebenarnya,ibu bapa memainkan peranan yang lebih penting dalam tumbesaran kanak-kanak,mereka berpendapat kasih sayang dan perihatin dari ibu bapa adalah lebih penting dari segalanya.kadang-kala perbuatan mereka yang menyakitkan hati merupakan keinginan yang mendapatkan perihatin dari ibu bapanya,mereka bukanlah segaja melakukan kesalahan. No

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  Jennifer Ong Sat Apr 12, 2008 2:14 pm

Selepas saya baca semua balasan rakan-rakan di atas, dapat disimpulkan bahawa punca yang menyebabkan sikap keganasan dalam kalangan kanak-kanak ialah kecuaian ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, permainan internet yang berunsur keganasan, media massa termasuklah wayang-wayang ganas yang mengerikan.

Kanak-kanak sekarang telah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekelilingnya. sebagai kanak-kanak, mereka cepat mempelajari apa-apa sahaja yang berlaku di depan mata mereka. Contohnya, apabila mereka melihat abang-abang dalam keluarga mereka yang bergaduh, mereka mentafsirkan bahawa pergaduhan diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada situasi ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka untuk memberi tunjuk ajar yang betul kepada kanak-kanak supaya mereka memahami bahawa tindakan tersebut adalah salah. Di samping itu, mereka juga mesti memberitahu cara yang betul untuk menyelesaikan masalah mereka, bukan sekadar menggunakan penumbuk sahaja.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  vinclam1314 Sat Apr 12, 2008 3:42 pm

ya.. teladan daripada ahli keluraga adalah sangat penting... kerana kebanyakan masa kenak-kanak adalah di dalam rumah.. oleh itu.. mereka lebih mudah dipengaruhi oleh ahli keluarga mereka seperti apa yang dikatakan oleh kakak Flower.. akan tetapi, saya berasa kadanag-kala keganasan adalah penyelesaian yang baik.. sebagai contohnya.. keganasan diperlukan untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak melaksanakan sesuatu.. ini adalah kerana sebahagian kecil kanak-kanak mesti ditakutkan supaya tidak melakukan sesuatu kesalahan.. mereka tidak dapat diajarkan dalam cara lembut yang lain.. Mad

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  weichian_89 Sun Apr 13, 2008 6:02 am

haha...saya berpendapat bahawa tidak boleh menggunakan keganasan dikalangan kanak-kanak,merekalah merupakan golongan yang perlu dilindungi,jika terdapat keganasan berlaku pada mereka boleh didakwa sebagai penderaan di segi undang-undang.walupun terdapat segelintir kanak-kanak yang sukar diajari,kita haruslah mempunyai lebih kesabaran semasa menghadapinya.jika mereka masih degil cara yang lebih keras (contohnya:marah atau rotan) barulah digunakan dan bukan keganasan.
peristiwa keganasan yang dialami oleh kanak-kanak akan mendatangkan banyak kesan dalam segi mental serta menyebabkan mereka kekunrangan yakin untuk menghadap masyarakat.oleh itu,keganasan di kalangan kanak-kanak harus dibasmikan. Smile

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

Ibu bapa punca ganas Empty Re: Ibu bapa punca ganas

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum