PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Guru mesti komitmen tinggi pastikan

Go down

Guru mesti komitmen tinggi pastikan Empty Guru mesti komitmen tinggi pastikan

Post  yeeleng(L6A) Wed Mar 03, 2010 2:01 pm

SEREMBAN: Pelbagai bantuan dan sokongan yang diberikan kepada pelajar di semua peringkat dan kaum membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan agenda pendidikan demi mencapai Negeri Sembilan maju menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata hasrat kerajaan negeri adalah untuk melahirkan seramai mungkin pelajar cemerlang bagi membolehkan mereka membantu dan memberi sumbangan lebih berkesan untuk memajukan negeri.

Beliau berkata, pihaknya mahu melihat lebih ramai pelajar berjaya dalam pelajaran dan mencapai kejayaan kerana sebagai negeri maju pada 2020 nanti, negeri memerlukan lebih ramai tenaga profesional yang mampu menguruskan negeri dengan baik.




"Oleh itu .

"Saya yakin jika semua pihak bersama-sama mengembleng tenaga, pencapaian pelajar akan dapat pengurusan sekolah terutama guru diminta memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk me mastikan setiap pelajar bukan saja mendapat keputusan akademik cemerlang tetapi mempunyai sahsiah diri baikditingkatkan dan prestasi keputusan peperiksaan mencapai tahap membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada murid Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang dan Tahun Baru Cina di Taman Jed Indah, di sini.

Seramai 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min menerima sumbangan berkenaan.

Sementara itu, Mohamad berkata, rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu sentiasa memastikan perpaduan terus terjalin bagi membolehkan usaha kerajaan untuk menangani krisis ekonomi berjalan lancar dan tidak berdepan banyak masalah

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum