PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

+4
xiaowen_U6B
HuInI(U6A)
CikguPA
yeow_U6A/2010
8 posters

Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  yeow_U6A/2010 Sun Dec 06, 2009 7:20 pm

SINGAPURA: Masyarakat Melayu dikenal pasti sebagai golongan berisiko tinggi menghidapi penyakit berkaitan jantung.

Perunding Kanan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Fatimah Lateef, berkata risiko itu tinggi kerana orang Melayu mempunyai penyakit lain yang ada kaitan dengan masalah jantung.

Statistik menunjukkan orang Melayu paling ramai menghisap rokok dan menghidapi masalah kolesterol tinggi, kencing manis, darah tinggi serta kegemukan yang dikaitkan dengan serangan jantung.

"Penyakit ini adalah faktor yang meningkatkan risiko berlaku serangan jantung. Statistik menunjukkan orang Melayu mempunyai masalah kesihatan yang lebih tinggi daripada kadar nasional," katanya.

Kajian Kesihatan Nasional (NHS) 2004 juga menunjukkan 19.1 peratus orang Melayu dewasa mengalami masalah kegemukan berbanding 13.4 orang India dewasa dan 4.2 peratus orang Cina dewasa.

Berdasarkan perangkaan Pejabat Daftar Kelahiran dan Kematian, punca utama kematian di kalangan orang Melayu dari 2000 hingga 2007 ialah sakit jantung, darah tinggi, barah, penyakit paru-paru dan pernafasan serta angin ahmar.

Penghidap darah tinggi paling ramai adalah orang Cina (20.8 peratus), orang Melayu (18.1 peratus) dan India (16.7 peratus).

"Walaupun darah tinggi menunjukkan peratusan tinggi di kalangan orang Cina, peratusan masyarakat Melayu masih terlalu tinggi jika diambil kira jumlah keseluruhan penduduk Melayu.

"Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan arteri jantung, buah pinggang dan organ lain," katanya.

Lelaki Melayu yang mengalami masalah kegemukan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menurunkan berat badan, sebaliknya kaum wanita menunjukkan minat dengan menjalankan senaman.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Tip mencegah sakit jantung

Post  CikguPA Fri Dec 18, 2009 1:55 am

Tip mencegah sakit jantung

Penyakit jantung adalah salah satu penyakit yang paling berbahaya di dunia kerana telah mengorbankan banyak nyawa. Bagaimanapun, anda boleh mengelakkan daripada diserang penyakit tersebut, iaitu dengan mengurangkan kolesterol di dalam badan.

Menurut Pengarah Pritikin Longevity Center, Dr.Robert Pritikin, kalau kita mengurangkan jumlah kolesterol daripada 240 kepada 180, ini bermakna kita telah mengurangkan 50 % risiko diserang penyakit berkenaan.

Di bawah adalah kaedah yang dicadangkannya-cara semula jadi tanpa mengambil ubat-ubatan-yang boleh mengurangkan separuh daripada kolesterol itu dalam masa sebulan.

* makan daging sekali sehari, sebaliknya banyakkan makan sayur-sayuran
* berjalan, berenang, berbasikal, berlari-atau apa sahaja bentuk senaman selama 30minit lima kali seminggu.
* banyak makan buah-buahan dan sayu-sayuran setiap hari.
* tambahkan sos kacang soya dalam diet harian anda.
* berhenti makan marjerin dan mentega. Gantikan makanan tersebut dengan minyak olive.
* makan ikan seperti tuna sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

sumber:http://tips-panduan.blogspot.com/2009/11/tips-mencegah-sakit-jantung.html
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  HuInI(U6A) Sun Feb 07, 2010 3:14 pm

Ada empat faktor utama penyebab penyakit jantung, iaitu :

1.merokok terlalu berlebihan selama bertahun-tahun
2.kadar lemak darah (kolesterol) yang tinggi
3.tekanan darah tinggi
4.penyakit kencing manis

HuInI(U6A)

Posts : 17
Join date : 2009-05-18
Age : 32

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  xiaowen_U6B Tue Feb 09, 2010 4:16 pm

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).
-Aktiviti menjadi terhad (A).
-Dada terasa sesak (C).
-Buku lali bengkak atau edema (E).
-Sesak nafas (S).

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Feb 09, 2010 4:47 pm

Sakit Jantung
Pengenalan
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".


Ada empat faktor utama penyebab penyakit jantung, iaitu :

1.Merokok terlalu berlebihan selama bertahun-tahun
2.Kadar lemak darah (kolesterol) yang tinggi
3.Tekanan darah tinggi
4.Penyakit kencing manis

Ya, keempat-empat ini merupakan punca yang utama yang menyababkan penyakit jantung tetapi bagaimana faktor-faktor ini menyebabkan sakit jantung???

1.Merokok terlalu berlebihan selama bertahun-tahun
mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

2.Kadar lemak darah (kolesterol) yang tinggi
Makanan seperti mentega, daging berlemak akan memberi bebanan kepada jantung seseorang dan membahayakan kesihatan mereka.

3.Tekanan darah tinggi
Penyempitan saluran darah, menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit.

4.Penyakit kencing manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung.

Selain itu, seseorang yang mengalami tekanan perasaan juga akan mudah menhidapi penyakit sakit jantung... Ini kerana denyutan jantungnya akan semakin meningkat dan sekaligus menyebabkan tekanan darahnya turut meningkat.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  lisee(U6A) Wed Feb 10, 2010 1:04 pm

Saya nak tambah sikit dalam penerangan saudari Zia Mun..
Selain itu,kekurangan senaman juga akan menyebabkan sakit jantung.Senaman penting untuk menguatkan jantung sekali gus dan mampu membaiki pengaliran darah ke jantung.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Feb 10, 2010 4:18 pm

Pada pendapat saya, yang penting sekali ialah kita mesti mengamalkan amalan yang sihat~ Surprised

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Thu Feb 11, 2010 12:47 pm

1.) Pemakanan yang seimbang
-Makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana ia dapat membekal fiber, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita.
-Kurangkan makanan berlemak, berkolesterol dan kandungan garam, gula yang tinggi.

2.) Senaman
-Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
-20-30 minit setiap kali.

3.) Senyuman
-Merupakan satu senaman yang mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
-Risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser menjadi rendah.
-Merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah.
-

4.) Menjauhi Daripada Merokok
-Penyebab utama kanser paru-paru.
-Meningkatkan risiko penyakit paru-paru yang kronik seperti bronchitis dan emfisema, serangan sakit jantung, atherosclerosis(penyempitan saluran darah), penyakit darah tinggi dan strok(angin ahmar).

5.) Riadah Dan Gerak Tubuh
-Lebihan makanan karbohidrat dan gula yang dihimpun di dalam badan akhirnya akan menjadi lemak.
-Timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligament.

6.) Menangkis Tekanan Jiwa Atau Stress
-Menjejaskan prestasi.
-Kurang keyakinan diri dan perpandangan negatif.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 11, 2010 3:38 pm

Seperti apa yang telah dibincangkan, tabiat pemakanan amat penting.. Saya ingin berkongsi tentang artikel yang pernah saya baca di surat khabar..
Seseorang amat digalakkan untuk makan "oat" setiap hari. Ini merupakan satu langkah yang amat baik lagi berguna untuk menghindari penyakit.. Masyarakat kini berpendapat bahawa pemakanan ini lebih sesuai bagi golongan tua namun pandangan ini tidak betul.. Pemakanan yang kolestrol free ini sesuai bagi semua lapisan masyarakat dan amat berkhasiat kepada badan kita.. Masyarakat kini lebih suka minum kopi atau teh tarik, makan nasi lemak atau roti canai sebagai sarapan harian... Tetapi semua makanan ini mempunyai kolestrol yang tinggi dan amat memudaratkan badan kita. Kolestrol yang berlebihan akan tertimbun di organ-organ kita. Selain itu, ia juga akan menyempitkan saluran darah kita dan mengakitban penyakit sakit jantung ataupun stroke..

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  yeow_U6A/2010 Sat Feb 13, 2010 2:05 am

xiaowen_L6B wrote:Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu diperhatikan:

-Kelesuan (F).
-Aktiviti menjadi terhad (A).
-Dada terasa sesak (C).
-Buku lali bengkak atau edema (E).
-Sesak nafas (S).

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri.

Cadangan yang bagus dan berguna. Tetapi bolehkah saudari menerangkan perkataan menyimbolkan perkataan Inggeris perkataan FACES bagi setiap 'capital' ? terima kasih.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung Empty Re: Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum