PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kejutan gempa

Go down

Kejutan gempa Empty Kejutan gempa

Post  ypeng(U6A/10) Mon Mar 01, 2010 4:15 pm

Rakyat kita tercampak ke dinding dalam gegaran di Chile Crying or Very sad

KUALA LUMPUR: "Saya melambung dan tercampak ke dinding... ketika itu saya hanya mampu berdoa agar terselamat," kata seorang warga Malaysia, Hamzah Abd Ghani, ketika menceritakan saat cemas yang dilalui dalam bencana gempa bumi terburuk di bahagian tengah Chile.

Hamzah, 47, yang bekerja dengan sebuah syarikat helikopter di negara itu, berkata ketika kejadian awal pagi kelmarin, beliau sedang tidur di kediaman yang disewa bersama tiga lagi rakyat Malaysia di tingkat 23 sebuah pangsapuri di Santiago, ibu negara Chile.

"Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya sebab hanya gegaran kecil sebelum ia semakin kuat hingga menyebabkan tingkap pecah dan lampu terpadam.

"Selepas itu, saya dan rakan meluru ke ruang tamu dan berlindung di bawah meja. Kami ketakutan dan berdiam serta berserah jika bangunan yang kami tinggal runtuh," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Hamzah yang berasal dari Selangor berkata, bangunan terbabit bergegar hampir dua minit dan kedengaran suara menjerit serta meminta tolong.

"Sejurus gegaran berhenti, kami terus meluru keluar dan menuju ke lif. Bagaimanapun, empat lif dalam bangunan itu tidak berfungsi dan kami terpaksa menuruni anak tangga bersama penghuni lain.

"Setibanya di bawah, saya melihat orang ramai mula berkumpul di kawasan lapang di hadapan pangsapuri berkenaan. Keadaan ketika itu gelap gelita kerana bekalan elektrik terputus dan hanya diterangi cahaya lampu suluh," katanya.

Beliau berkata, kira-kira setengah jam selepas itu, pegawai Kedutaan Malaysia menemui mereka sebelum dibawa ke pejabat kedutaan.

Sementara itu, sumber Kedutaan Malaysia memberitahu, kira-kira 20 rakyat Malaysia di negara itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan masih berusaha menghubungi dua lagi rakyat Malaysia yang menetap di pinggir bandar Santiago.

"Sejurus kejadian itu, pihak kedutaan melancarkan gerakan mencari semua rakyat Malaysia dan hasil maklumat yang kita peroleh, dua lelaki terbabit selamat, namun usaha untuk menghubungi mereka masih dijalankan. Kita menghadapi kesukaran kerana bekalan elektrik dan komunikasi terputus," katanya.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia yang terselamat kini berlindung di rumah seorang pegawai kedutaan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum