PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gempa Bumi Lagi....

2 posters

Go down

Gempa Bumi Lagi.... Empty Gempa Bumi Lagi....

Post  leeyoong_U6B Thu Oct 01, 2009 9:53 am

# Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.
# Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.
# 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.
# Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.
# Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.
# Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.
# Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.
# Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.

JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa. Crying or Very sad

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Gempa Bumi Lagi.... Empty Re: Gempa Bumi Lagi....

Post  yeeleng(L6A) Thu Oct 01, 2009 12:07 pm

JAKARTA: Seorang pegawai kerajaan Indonesia hari ini menyatakan korban gempa bumi di Sumatera Barat meningkat kepada 467 orang.

Tugiyo Bisri dari Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial Indonesia berkata 467 orang disahkan maut dan 421 lagi cedera parah dalam gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter itu.

Katanya, 376 kematian dicatatkan di Padang, ibu negeri Sumatera barat.



Daerah Pasaman pula mencatatkan 75 kematian dan selebihnya di tiga lagi daerah. - AP

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum