GEMPA BUMI

View previous topic View next topic Go down

GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Mon Oct 05, 2009 10:00 am

APAKAH YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Gempa Bumi sama seperti taufan bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih menjadi misteri bagaimana untuk meramal dan menduga.

Bagai memahami paras kerosakan yang berkaitan dengan gempa bumi kita perlu melihat gempa yang berlaku sebelumnya.

Jika kita melihat kembali ke 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.

Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata.

Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa.

Apakah yang menyebabkan gempa bumi?

Lapisan luar bumi diperbuat daripada lapisan nipis yang terbahagi kepada beberapa bahagian atau plat tektonik.

Hujung setiap plat tektonik adalah sempadan yang akan bergesel antara satu sama lain dan dalam tempoh masa tertentu tekanan yang bertambah akan menyebabkan gegaran atau gempa bumi.

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin yang dinamakan seismograf. Mesin ini merekodkan gegaran dan saintis boleh mendapatkan ukuran kuasa gempa dalam skala ritcher.

Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari dan biasanya manusia tidak merasainya.

Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun.


Sumber Maklumat: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Penyebab Terjadinya Gempa Bumi

Post  ong poh lee U6B on Wed Oct 07, 2009 10:44 am

1.Proses tektonik akibat pergerakan kulit/lempeng bumi

2.Aktivitas sesar di permukaan bumi

3.Pergerakan geomorfologi secara lokal, contohnya terjadi runtuhan tanah

4.Aktivitas gunung api

5.Ledakan nuklir

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

View user profile

Back to top Go down

Gempa Bumi

Post  keat sin (U6A) on Wed Oct 07, 2009 1:52 pm

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.

Apa itu gempa bumi?

Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.

Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik ("Pacific Ring of Fire"). Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai gempa bumi.

Punca gempa bumi.

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semula jadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempa bumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

View user profile

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Thu Oct 08, 2009 1:15 pm

Kemunculan ribuan ikan duri mungkin kerana gempa


JERTEH: Hasil tangkapan luar biasa ikan duri oleh nelayan di Kuala Kemasin dan Pantai Senok, Bachok, semalam berkemungkinan berpunca daripada kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Wilayah Timur, Azmi Daud, berkata fenomena kemunculan ribuan ikan dari dasar laut kebiasaannya terjadi apabila adanya kejadian bencana alam kerana ikan akan mencari kawasan yang lebih selamat.

"Biasanya haiwan seperti ikan laut ini mempunyai ketajaman deria yang kuat dan sensitif dan setiap kali berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan seumpamanya, ia berkumpul dan timbul di sesuatu kawasan yang sama dalam kuantiti yang luar biasa banyaknya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, nelayan di sekitar Kuala Kemasin dan Pantai Senok terkejut apabila memperoleh hasil tangkapan ikan duri sehingga 5,000 kilogram hanya dalam tempoh dua jam turun ke laut.

Seorang nelayan, Mat Zin Omar, 44, berkata kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak dia menjadi nelayan 15 tahun lepas.

"Kebiasaannya hasil tangkapan paling banyak diperoleh adalah sekitar 1,000 kilogram sahaja. Kejadian ini memang sesuatu yang luar biasa," katanya.

Beliau berkata, nelayan menganggapnya satu rezeki yang tidak dijangka dan mereka kini menjual ikan duri terbabit kepada peraih pada harga RM4.60 sekilogram. - Bernama

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Fri Oct 09, 2009 7:58 am

Remaja nekad gergaji kaki sendiri

Daripada HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my



Herman melihat kaki Ramlan yang terpaksa dipotongnya sendiri ketika ditemui di Hospital Yos Sudarso, Padang, Sumatera Barat, semalam. - Utusan/Ahmad Zakki Jilan

--------------------------------------------------------------------------------



PADANG 8 Okt. - Sambil berkali-kali menyebut Allahuakbar, dia mula menggergaji kaki kanannya yang hancur akibat dihempap runtuhan konkrit seberat 6 tan.

Dengan tangan yang terketar-ketar, Ramlan meneruskan 'tugas' itu. Buruh binaan berusia 18 tahun dan berasal dari Purwakarta, Jawa, meraung kesakitan diiringi juraian air mata.

Kejadian di tingkat tujuh sebuah bangunan yang sedang dibina di Jalan Khatib Sulaiman di sini disaksikan Herman, 51, rakan sekampung Ramlan yang berhijrah ke sini untuk mencari rezeki.

Ketegaran Ramlan itu bagaimanapun tidak bertahan lama. Darah membuak-buak menyebabkan dia semakin lemah. Herman yang pada mulanya enggan menggergaji kaki rakannya itu mula mengambil alih 'tugas' tersebut dengan berat hati.

Kira-kira 30 minit kemudian, terpisahlah kaki kanan Ramlan yang sejak 18 tahun lalu membawanya ke mana-mana sahaja.

Sewaktu ditemui Utusan Malaysia di Hospital Yos Sudarso, Ramlan yang masih lemah memberitahu, dia nekad bertindak sedemikian kerana risau bangunan 10 tingkat itu ranap dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Pada mulanya kata Ramlan, dia cuba memotong kakinya itu dengan cangkul penggaul simen tetapi tidak berjaya.

''Nasib baik Herman yang pada mulanya sudah turun, berpatah balik mencari saya, dia cuba membantu tapi runtuhan itu terlalu berat.

''Saya minta Herman memberikan gergaji kayu yang terikat di pinggangnya untuk memotong kaki, tetapi dia enggan kerana menganggap itu idea gila,'' katanya.

Ramlan berkata, pada masa itu dia benar-benar tidak mempunyai pilihan kerana dapat merasakan struktur bangunan itu tidak stabil.

Katanya, dia juga amat bernasib baik kerana tulang keringnya sudah hancur dan ia memudahkan proses menggergaji.

''Ini keputusan yang sukar. Tapi bukankah hilang kaki itu lebih baik daripada hilang nyawa. Saya datang ke sini sebulan lalu untuk membantu keluarga.

''Adalah lebih baik saya kembali ke kampung tanpa sebelah kaki daripada keluarga saya meratapi jenazah saya,'' katanya.

Sementara itu, Herman berkata, sejurus kaki Ramlan terputus dia segera membawa sahabat yang dianggap adiknya itu keluar untuk dihantar ke Hospital Yos Sudarso pada pukul 9 malam dan seterusnya menjalani pembedahan selama empat jam.

Sebelum itu katanya, Ramlan dihantar ke dua buah hospital namun kedua-duanya turut ranap akibat bencana gempa bumi.

''Kejadian gempa bumi dan kehilangan kaki ini membuatkan Ramlan amat trauma malah saya sendiri menyaksikan dia bingkas bangun dari katilnya pada pukul 5 pagi keesokannya untuk melarikan diri ke kawasan lapang akibat gempa susulan.

''Bayangkan dia baru sahaja beberapa jam menjalani pembedahan tapi mampu melarikan diri dengan sebelah kaki kerana terlalu trauma,'' katanya. - Utusan.[img]

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Sat Oct 10, 2009 2:30 am

Kepulauan Pasifik terus bergegar
PORT VILA 9 Okt. - Satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda pulau Santa Cruz di Pasifik Selatan hari ini.

Gempa berlaku pada kedalaman hanya 9.4 kilometer, kira-kira 315 kilometer ke barat laut Luganville, kepulauan Vanuatu pada pukul 8.16 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Semalam, tiga gempa bumi masing-masing berukuran 7.6, 7.8 dan 7.3 skala Richter telah menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di rantau ini, sekali gus mengakibatkan beribu-ribu penduduk lari meninggalkan kawasan pantai.

Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik.

Penduduk masih lagi berada dalam keadaan ketakutan selepas gempa bumi kuat berukuran 8.0 pada skala Richter yang mencetuskan tsunami besar di Samoa, American Samoa dan Tonga pada 29 September lalu yang mengorbankan 184 orang.

Samoa telah mengisytiharkan hari berkabung termasuk mengadakan majlis peringatan di stadium Apia, hari ini. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Wed Oct 14, 2009 10:00 am

Kronologi gempa dan tsunami di dunia

30 September 2009

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegar Padang di pulau Sumatera, Indonesia. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian.

29 September 2009

Tsunami besar tercetus ekoran gempa 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

2 September 2009

Gempa 7.0 skala Richter menggegar Tasikmalaya, pulau Jawa, mengorbankan 123 orang dan mencetuskan tanah runtuh.

6 April 2009

Hampir 300 maut di bandar L'Aquila, Itali apabila gempa 5.8 pada skala Richter melanda.

29 Oktober 2008

Barat daya Pakistan digegar gempa 6.4 skala Richter, menyebabkan sehingga 300 penduduk meninggal dunia dan berpuluh ribu yang lain hilang tempat tinggal.

12 Mei 2008

Gempa 8.0 skala Richter menggegar Sichuan, barat daya China. Lebih 87,000 maut atau hilang.

3 Februari 2008

Satu gempa dengan magnitud 6.1 pada skala Richter menggegar timur Congo dan barat Rwanda, membunuh 45 orang dan menyebabkan ribuan yang lain hilang tempat tinggal.

2 April 2007

Lebih 50 nyawa maut, sementara ribuan yang lain hilang tempat tinggal selepas gempa bermagnitud 8.0 skala Richter melanda Kepulauan Solomon dan menyebabkan tsunami.

6 Mac 2007

Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera, merobohkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

17 Julai 2006

Sekurang-kurangnya 596 maut, lebih 9,500 cedera dan 74,000 yang lain hilang tempat tinggal setelah gempa dasar laut sekuat 7.7 skala Richter melanda pulau Jawa dan mencetuskan tsunami.

27 Mei 2006

Wilayah Yogyakarya dilanda gempa 6.3 skala Richter, mengorbankan 6,000 mangsa dan menyebabkan 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal.

8 Oktober 2005

Satu gempa 7.6 pada skala Richter membunuh lebih 75,000 orang, kebanyakannya di bahagian sempadan di Pakistan Utara dan wilayah Kashmir. Seramai 3.5 juta hilang terpaksa dipindahkan.

28 Mac 2005

Sekurang-kurangnya 900 maut apabila gempa dengan magnitud 8.6 pada skala Richter menggegar pulau Nias, Sumatera.

26 Disember 2004

Gempa dasar laut sekuat 9.1 skala Richter dari pantai pulau Sumatera mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 mangsa di sekitar Lautan Hindi termasuk 168,000 nyawa di Acheh, Indonesia.

26 Disember 2003

Gempa kuat 6.7 pada skala Richter menggegar bandar Bam, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 31,884 maut dan mencederakan 18,000 yang lain.

26 Januari 2001

Gujarat di barat India digegar gempa kuat, mengorbankan 25,000 orang dan 166,000 mangsa cedera. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Sun Nov 01, 2009 6:14 am

Gempa magnitud 5.9 gegar kepulauan Santa Cruz

SYDNEY: Gempa bumi pada magnitud 5.9 mengegarkan kepulauan Santa Cruz, selatan Pasifik,hari ini, menurut ahli seismologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa terbabit jam 6.09 pagi waktu Sydney itu tercetus pada jarak 466 kilometer utara Luganville, kepulauan Santo, iaitu sebahagian daripada kepulauan Vanuatu. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Thu Nov 05, 2009 9:35 am

Iran gempa, 700 cedera
TEHERAN, Iran 4 Nov. - Satu gempa bumi sederhana melanda selatan Iran awal hari ini, menyebabkan 700 orang cedera dan bekalan tenaga elektrik dan talian telefon terputus.

Sebanyak 100 orang dirawat di hospital, manakala selebihnya mengalami kecederaan ringan.

Radio tempatan melaporkan, penduduk di selatan bandar pelabuhan Bandar Abbas berlari ke jalan raya selepas gempa bumi berukuran 4.9 skala Richter melanda pada pukul 2:56 pagi waktu tempatan.

Menurut stesen radio itu tiada kematian dilaporkan akibat gempa yang melanda kira-kira 1,367 kilometer di selatan ibu negeri tersebut.

Bandar Abbas adalah salah sebuah pelabuhan utama di Iran dan kawasan utama menempatkan kilang penapisan minyak terbesar yang merupakan sumber utama untuk pasaran domestik.

Iran terletak di garisan gelombang seismos dan terdedah kepada risiko dilanda gempa bumi dengan sekurang-kurangnya satu gempa bumi sederhana berlaku setiap hari.

Pada 2003, seramai 26,000 penduduk Iran terkorban apabila republik Islam ini dilanda gempa kuat berukuran 6.6 skala Richter di tenggara bandar Bam, di wilayah yang sama. - AP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Fri Nov 06, 2009 7:33 am

Taiwan pula gempa
TAIPEI 5 Nov. - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda pusat Taiwan hari ini, dengan laporan awal menyatakan seorang pelajar wanita mengalami cedera ringan.

Gempa tersebut melanda pada pukul 5.32 petang (waktu tempatan) di wilayah Nantou.

Gegarannya boleh dirasai sejauh Taipei yang berada di bahagian utara pulau berkenaan.

Ia menyebabkan sistem landasan berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu negara ini di sebelah utara dengan bandar terbesar, Kaohsiung, di sebelah selatan terpaksa ditutup buat sementara. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Mon Nov 09, 2009 1:14 pm



PENDUDUK di bandar Bima memeriksa kerosakan kediaman berikutan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang menggegarkan pulau Sumbawa, Indonesia, hari ini. Agensi berita Indonesia melaporkan, dua orang terbunuh dan berbelas lagi cedera apabila gempa bumi melanda awal pagi. - Foto AFP
Nov 9, 2009 3:30 pm

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Mon Nov 16, 2009 1:17 pm

Stesen seismik dasar laut sedia amaran awal gempa bumi

TAIPEI 15 Nov. - Taiwan merancang untuk membina stesen seismik dasar laut pertamanya, bertujuan untuk memperbaiki sistem amaran awal dan menjimatkan masa untuk menyelamatkan diri sekiranya gempa bumi melanda, lapor pegawai hari ini.

Stesen itu yang dijadual beroperasi pada tahun 2011, dapat membantu mengurangkan margin kesilapan ketika mengawasi gempa bumi dasar laut dan memperbaiki sistem stesen seismik daratan sedia ada.

Menurut Ketua Pusat Seismologi Taiwan, Kuo Kai-wen, kemudahan terbaru itu akan dapat memberikan amaran gempa bumi 10 saat lebih awal bagi kejadian gempa bumi dan 10 minit lebih awal sebelum tsunami melanda.

"Masa tambahan selama beberapa saat membolehkan orang ramai mencari tempat perlindungan atau segera berpindah dari kawasan tepi pantai sekiranya gempa kuat menggegar,'' katanya kepada AFP.

Kai-wen berkata, syarikat NEC dari Jepun telah memenangi kontrak membina stesen itu yang bernilai AS$13 juta (RM45.5 juta), di lokasi yang terletak kira-kira 45 kilometer dari pantai timur laut, sebuah kawasan yang sering digegar gempa bumi.

Sistem amaran awal tiga fasa gempa bumi Taiwan, telah berjaya mengurangkan masa pengesanan gempa bumi daripada tiga minit pada 1992 kepada hanya 35 saat hari ini.

Taiwan yang terletak berhampiran dua plat tektonik, sering dilanda gempa bumi. Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter pada 1999 telah mengorbankan lebih kurang 2,400 mangsa. - AFP

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Kuala Pilah digegar gempa bumi

Post  leeyoong_U6B on Tue Dec 01, 2009 7:55 pm

Kuala Pilah digegar gempa bumi
KUALA PILAH 30 Nov. - Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di beberapa kawasan di Tanjung Ipoh di sini awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi memberitahu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer arah timur Seremban.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada gegaran kuat dirasai penduduk sekitar akibat gempa bumi itu.

Sementara itu, beberapa penduduk di sekitar Taman Pemarak, Tanjung Ipoh yang ditemui pagi ini mengesahkan berasa gegaran kecil di kawasan kediaman mereka dalam tempoh beberapa saat.

Zainudin Adam, 75, berkata, dia terjaga daripada tidur dan dapat merasakan gegaran pada waktu itu.

"Saya tinggal seorang diri di rumah pada waktu itu dan tersedar apabila katil tiba-tiba bergoyang sedikit.

"Kejadian itu berlaku beberapa saat dan selepas itu suasana kembali senyap," katanya.

Kejadian itu adalah yang pertama melanda daerah yang terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan.

Selain Kuala Pilah, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 Richter turut dilaporkan di Kepulauan Mindanao, Filipina pada pukul 4.09 pagi ini.

Dalam pada itu, seorang pesara guru, Bachik Othman, 68, pula memberitahu, dia mula menyedari berlaku gempa bumi kecil itu apabila anaknya dari Kuala Lumpur menghubunginya hari ini.

Khairuddin Abd. Rahman, 61, pula memberitahu, dia tidak menyedari berlaku gempa bumi lemah di sini dan hanya dimaklumkan oleh jiran pagi ini selepas mendengar hebahan di radio.

"Mungkin gegaran itu terlalu kecil menyebabkan saya tidak sedar ia berlaku," ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di taman perumahan itu dan sekitar kawasan Tanjung Ipoh mendapati, keadaan tenang dan rata-rata penduduk tidak sedar kejadian itu berlaku awal pagi ini.

Tiada kemalangan jiwa atau keretakan berlaku di kawasan itu, malah belum ada laporan dibuat oleh penduduk di Balai Polis Tanjung Ipoh berhubung kejadian tersebut.

(dipetik daripada Utusan Malaysia)

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Thu Jan 14, 2010 2:07 pm

Gempa di Haiti: Jangkaan angka korban cecah 100,000 orang


NEW YORK: Gempa paling kuat yang melanda Haidi, semalam menyebabkan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara kepulauan itu terjejas berikutan ramai kakitangannya maut.

Setiausaha Agungnya, Ban Ki-moon, berkata gempa berukuran 7.0 magnitud itu dijangka mengakibatkan ribuan nyawa melayang dengan angka yang dijangkakan melebihi 100,000 orang.

"Ia satu tragedi kepada Haiti dan juga PBB," katanya.

Perdana Menteri Haiti, Jean-Max Bellerive memberitahu stesen tv CNN bahawa angka kematian di Haiti akibat gempa kuat dan terburuk sejak 160 tahun itu boleh mencecah 100,000 orang.

"Namun saya berdoa dan amat berharap bahawa angka korban itu adalah tidak benar," katanya.

Misi pengaman PBB di Haiti - MINUSTAH - terjejas teruk dengan ibu pejabatnya di ibu negara Port-au-Prince runtuh dan berpuluh kakitangannya turut hilang dan dikhuatiri maut, termasuk ketua stafnya, Hedi Annabi dari Tunisia dan timbalannya.

Presiden Haiti, Rene Preval berkata, Annabi yang berada di dalam bangunan bersama antara 100 dan 150 kakitangan lain ketika gempa dikhuatiri maut. - AFP

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100114090941/Article/

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Sat Jan 16, 2010 2:43 am

DUNIA

Port-au-Princeumpama neraka


MAYAT-MAYAT diletakkan di depan rumah mayat sebuah hospital di Port-au-Prince kelmarin.
DUA lelaki melangkah di celah-celah mayat mangsa gempa bumi yang diletakkan di luar Port-au-Prince, Haiti kelmarin.


PORT-AU-PRINCE - Suasana di bandar raya Port-au-Prince kelmarin selepas gempa kuat sekuat 7.0 pada skala Richter pada Selasa lalu kini semakin tegang ekoran bantuan kemanusiaan masih belum tiba manakala penduduk berang kerana gagal mendapat bekalan makanan.

Mangsa-mangsa yang selamat mengumpulkan sejumlah mayat yang ditemui di celah-celah runtuhan ke jalan-jalan raya di bandar raya tersebut.

Menurut seorang jurucakap kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Elisabeth Byrs, ramai orang tidak makan dan minum hampir 50 jam.

"Jika mereka (penduduk) melihat trak yang membawa sesuatu atau melihat sebuah pasar raya yang ranap, mereka bergegas ke situ untuk mendapat makanan," katanya.

Seorang jurugambar untuk majalah Times, Shaul Schwars berkata, beliau melihat dua jalan raya disekat dengan timbunan mayat mangsa gempa bumi.

Terdapat laporan bahawa kumpulan-kumpulan bersenjatakan parang berkeliaran di kawasan runtuhan bangunan untuk mencari makanan.

Beberapa orang menganggap situasi di Haiti sama seperti gambaran mengenai neraka.

Pengarah sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak yang dikenali Plan International Haiti, Rezene Tesfamarian berkata: "Terdapat sejumlah orang yang masih terperangkap. Anda boleh mendengar mereka menangis untuk meminta bantuan."

Kira-kira 500,000 orang dipercayai maut dalam gempa bumi itu.

Gempa bumi itu berpusat di bawah bandar raya Port-au-Prince yang didiami oleh dua juta penduduk. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  CikguPA on Sun Mar 21, 2010 4:46 am

Gempa Bumi Kuat Di Papua New Guinea

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dilaporkan melanda New Ireland Region di Papua New Guinea pada pukul 10 malam hari Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku di Timur New Ireland Region, 882 km di barat laut Port Moresby dan 3,878 km di tenggara Kunak, Sabah.

Pusat gempa adalah di 3.3 selatan and 152.2 timur.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan ancaman tsunami.

-- BERNAMA

CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 48
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Fri May 28, 2010 3:23 pm

Tips menghadapi bencana Gempa Bumi..

Kesan gempa bumi di wilayah Sichuan China

Walaupun negara kita Malaysia tidak berada didalam lingkungan bencana alam seperti Gempa Bumi atau Gunung Berapi namun sesudah beberapa kali bencana alam seperti itu berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia..sedikit sebanyak kesan-kesan gegaran dan tsunami sudah dirasai dan dialami..untuk itu artikel dibawah ini mengandungi beberapa tips yg amat berguna sekiranya bencana-bencana itu terjadi dinegara kita..-usinwafer

Bila Terjadi Gempa Bumi
Kamis, 3 September 2009 00:16 WIB
KOMPAS.com - Jika gempa bumi menguncang secara tiba-tiba, berikut ini 10 petunjuk yang dapat dijadikan pegangan di manapun Anda berada.

Di dalam rumah
Getaran akan terasa beberapa saat. Selama jangka waktu itu, anda harus mengupayakan keselamatan diri anda dan keluarga anda. Masuklah ke bawah meja untuk melindungi tubuh anda dari jatuhan benda-benda. Jika anda tidak memiliki meja, lindungi kepala anda dengan bantal.Jika anda sedang menyalakan kompor, maka matikan segera untuk mencegah terjadinya kebakaran.
Di sekolah
Berlindunglah di bawah kolong meja, lindungi kepala dengan tas atau buku, jangan panik, jika gempa mereda keluarlah berurutan mulai dari jarak yang terjauh ke pintu, carilah tempat lapang, jangan berdiri dekat gedung, tiang dan pohon.

Di luar rumah
Lindungi kepada anda dan hindari benda-benda berbahaya. Di daerah perkantoran atau kawasan industri, bahaya bisa muncul dari jatuhnya kaca-kaca dan papan-papan reklame. Lindungi kepala anda dengan menggunakan tangan, tas atau apapun yang anda bawa.

Di gedung, mall, bioskop, dan lantai dasar mall
Jangan menyebabkan kepanikan atau korban dari kepanikan. Ikuti semua petunjuk dari petugas atau satpam.

Di dalam lift
Jangan menggunakan lift saat terjadi gempa bumi atau kebakaran. Jika anda merasakan getaran gempa bumi saat berada di dalam lift, maka tekanlah semua tombol. Ketika lift berhenti, keluarlah, lihat keamanannya dan mengungsilah. Jika anda terjebak dalam lift, hubungi manajer gedung dengan menggunakan interphone jika tersedia.

Di kereta api
Berpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuh seandainya kereta dihentikan secara mendadak. Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari petugas kereta. Salah mengerti terhadap informasi petugas kereta atau stasiun akan mengakibatkan kepanikan.

Di dalam kereta
Saat terjadi gempa bumi besar, anda akan merasa seakan-akan roda mobil anda gundul. Anda akan kehilangan kontrol terhadap mobil dan susah mengendalikannya. Jauhi persimpangan, pinggirkan mobil anda di kiri jalan dan berhentilah. Ikuti instruksi dari radio mobil. Jika harus mengungsi maka keluarlah dari mobil, biarkan mobil tak terkunci.

Di gunung/pantai
Ada kemungkinan longsor terjadi dari atas gunung. Menjauhlah langsung ke tempat aman. Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah mengungsi ke dataran yang tinggi.

Beri pertolongan
Sudah dapat diramalkan bahwa banyak orang akan cedera saat terjadi gempa bumi besar. Karena petugas kesehatan dari rumah-rumah sakit akan mengalami kesulitan datang ke tempat kejadian, maka bersiaplah memberikan pertolongan pertama kepada orang-orang yang berada di sekitar anda.

Dengarkan informasi
Saat gempa bumi besar terjadi, masyarakat terpukul kejiwaannya. Untuk mencegah kepanikan, penting sekali setiap orang bersikap tenang dan bertindaklah sesuai dengan informasi yang benar. Anda dapat memperoleh informasi yag benar dari pihak yang berwenang atau polisi. Jangan bertindak karena informasi orang yang tidak jelas.
usinkata; sumber ini diambil dari Kompas.com

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

Re: GEMPA BUMI

Post  Sponsored content Today at 2:33 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum