PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T

2 posters

Go down

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T Empty Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T

Post  LiewJoey(LSB) Tue Feb 23, 2010 5:51 pm

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mempertimbang menghantar doktor pelatih yang berlebihan di Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur memandangkan kekurangan di sana amat teruk, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, hari ini.

“Kami sudah mencadangkan kepada beberapa orang doktor pakar dan pengarah negeri, jika bilangan doktor pelatih memang ramai di sini, kami sedia menghantar mereka ke Sabah dan Sarawak.

“Jika anda ke sana, anda akan mendapat latihan lebih baik dan persekitarannya tentu lebih mencabar. Saya yakin kebanyakan mereka cukup teruja untuk bekerja di Sabah dan Sarawak,” katanya

Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan dialog dengan Ketua Perkhidmatan Klinikal, Ketua Jabatan Klinikal dan Doktor-doktor pakar dari pelbagai disiplin di sini.

Menurut satu siaran akhbar, ketika ini terdapat kira-kira 5,000 doktor pelatih ditugaskan di 38 hospital utama, yang dijadikan hospital latihan.

Mereka ditugaskan bergilir-gilir setiap empat bulan dalam enam disiplin utama iaitu perubatan dalaman, pediatrik, pembedahan, obstetrik/ginekologi, ortopedik, dan perubatan kecemasan atau pembiusan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T Empty Re: Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T

Post  LiewJoey(LSB) Tue Feb 23, 2010 6:00 pm

jika keadaan "pelatih perubatan perlu menjalani latihan dengan dihantar ke kawasan pedalaman" berlaku dengan berterusan dan dijadikan sebagai satu proses yang perlu dihadapi oleh setiap pelatih perubatan, maka bilangan pelatih perubatan akan mengalami penurunan yang drastiknya....

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T Empty Re: Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 25, 2010 8:07 pm

LiewJoey(LSB) wrote:jika keadaan "pelatih perubatan perlu menjalani latihan dengan dihantar ke kawasan pedalaman" berlaku dengan berterusan dan dijadikan sebagai satu proses yang perlu dihadapi oleh setiap pelatih perubatan, maka bilangan pelatih perubatan akan mengalami penurunan yang drastiknya....

Saya tidak setuju dengan pendapat saudari.... Menurut berita yang dipaparkan di surat khabar, setakat ini, tiada sesiapa pelatih doktor tidak sudi untuk menjalani latihan di kawasan pedalaman. Tidak semestinya hendaklah menjalani latihan di kawasan bukan pedalaman barulah berguna bagi pelatih perubatan. Sebenarnya kawasan untuk menjalani latihan tidaklah begitu penting, manakala yang penting ialah hati dan niat pelatih perubatan. Sekiranya mereka mempunyai hati yang ikhlas dan sudi belajar, menjalani latihan di mana-mana juga sama bagi mereka. Proses untuk menjalani latihan ialah proses yang perlu dialami dalam kerjaya warga perubatan. Saya berpendapat bahawa menjalani latihan di kawasan pedalaman tidak akan mengurangkan bilangan pelatih.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T Empty Re: Lebihan doktor pelatih di Semenanjung dihantar ke Malaysia T

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum