PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jerebu di Semenanjung

Go down

 Jerebu di Semenanjung  Empty Jerebu di Semenanjung

Post  wongchunyew L6A Sat Jul 21, 2012 9:08 am

KUALA LUMPUR: Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk disebab oleh kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera.

Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.

Pada pendapat saya,pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk kepentingan bersama.

wongchunyew L6A

Posts : 2
Join date : 2012-07-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum