Sindiket edar DVD haram terbesar tumpas

View previous topic View next topic Go down

Sindiket edar DVD haram terbesar tumpas

Post  yeeleng(L6A) on Thu Feb 18, 2010 9:38 am

PULAU PINANG 17 Feb. - Satu sindiket pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah terbesar di negeri ini tumpas selepas polis merampas pelbagai jenis peralatan untuk memproses cakera optik itu bernilai lebih RM10 juta di sini hari ini.

Kejayaan dicapai selepas polis menyerbu sebuah premis di Lebuh Macallum kira-kira pukul 3 petang ini, hasil risikan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di kedai terbabit selama tiga hari.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, dalam serbuan itu, tujuh individu iaitu tiga lelaki Myanmar dan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai pekerja premis itu turut ditahan.

Menurutnya, polis merampas sebuah mesin pencetak khas yang dipercayai diimport dan mampu menghasilkan 6,000 keping DVD dalam tempoh sejam.

"Sebanyak 10 buah pembuat salinan DVD yang mempunyai 120 dek dan mampu menghasilkan 10,000 keping DVD dalam tempoh sejam dan pelbagai perkakasan lain turut dirampas.

"Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebanyak 200,000 keping DVD yang siap dicetak dan dipercayai untuk edaran di kawasan utara," katanya kepada pemberita di premis yang diserbu itu di sini hari ini.

Tambahnya, semasa serbuan dilakukan, kesemua pekerja sedang leka dengan tugas masing-masing di premis itu.

Kata beliau, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak dua bulan lalu.

"Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Polis akan menggiatkan usaha untuk mencari saki baki ahli sindiket terbabit termasuk memburu ketuanya," katanya.

Menurut Ayub, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18(4) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 41(D) Akta Hak Cipta 1987.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Sindiket edar DVD haram terbesar tumpas

Post  yeeleng(L6A) on Thu Feb 18, 2010 9:46 am

dalam kes ini,kita juga mempunyai bertanggungjawab terhadap hal ini.ramai orang suka beli cetak rompak berbanding dengan dvd/vcd yang tulen kerana cetak rompak lebih murah.selain itu,cetak rompak akan menjejaskan ekonomi negara kita dan pelaburan negara kita kerana mereka tidak perlu membayar royalti.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Sindiket edar DVD haram terbesar tumpas

Post  leeyoong_U6B on Thu Feb 18, 2010 6:54 pm

ya.. Saya setuju pendapat yeeleng.. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat sendiri merupakan penyumbang kepada berlakunya kes cetak rompak. Sekiranya semua lapisan masyarakat tidak membeli CD cetak rompak, adakah perniagaan yang melanggar undang-undang ini masih dapat diteruskan? Tentulah tak boleh! Oleh itu, sentiasa menyokong CD atau DVD tulen~ Sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak bagi mengurangkan kes cetak rompak ini. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Sindiket edar DVD haram terbesar tumpas

Post  Sponsored content Today at 11:22 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum