PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

3 posters

Go down

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah Empty 15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

Post  LiewJoey(LSB) Sat Feb 13, 2010 4:20 pm

SABAK BERNAM: Polis menahan 15 lelaki rakyat Myanmar dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik pekerjaan sebagai nelayan di Bagan Sungai Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad, berkata semua lelaki yang ditahan itu dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadar di pelantar ikan dan menjadikan penduduk tempatan sebagai pelanggan utama.

Beliau berkata, dalam Ops Tapis Khas membabitkan 20 anggota termasuk polis sukarela itu, tiga paket besar dan 15 paket kecil dipercayai mengandungi dadah jenis heroin ditemui.

"Pemeriksaan terhadap semua suspek menemui kira-kira 57.5 gram dadah jenis heroin bersama wang tunai berjumlah RM800 dan mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Ketika serbuan pada pukul 7 pagi itu, lelaki terbabit sedang leka bermain judi dan cuba melarikan diri tetapi pasukan bot peronda polis mengepung kawasan perairan berhampiran dan berjaya menahan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Mushar berkata, sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari luar negara sebelum dibungkus dan dijual di kawasan berhampiran.

"Pemeriksaan air kencing juga mendapati 12 daripada mereka positif dadah," katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan ke atas semua suspek itu dibuat mengikut Seksyen 39(B) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah Empty Re: 15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

Post  LiewJoey(LSB) Sat Feb 13, 2010 4:26 pm

Alangkah baik jika masyarakat kita bebas daripada pengaruhi dadah dan rokok?

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah Empty Re: 15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

Post  yeow_U6A/2010 Sat Feb 13, 2010 4:58 pm

Pada pandangan saya, negara kita ini tidak mungkin akan melepaskan diri dalam kegiatan berkenaan rokok dan dadah. Ini disebabkan keperluan dan kehendak masyarakat negara serta keinginan masyarakat negara kita untuk mengaut keuntungan. Jika negara kita bebas dalam kegiatan rokok atau dadah, maka negara tidak akan dipanggil Malaysia.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah Empty Re: 15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

Post  leeyoong_U6B Sat Feb 13, 2010 9:24 pm

Saya tidak setuju.. Melalui penguatkuasaan undang-undang dan pelancaran kempen kesedaran kepada masyarakat, memang berjaya mengurangkan perkara sebegini. Selagi kerjasama dan sokongan menyeluruh semua pihak, harapan Joey bukanlah tidak mungkin.. Saya percaya dengan kesungguhan semua pihak, perkara ini mungkin berlaku... Jika kita mempunyai keinginan dan ketekadan untuk menjayakan visi ini, perkara ini pasti akan dicapai pada sesuatu hari nanti.. Pernahkah kamu dengar ? "When you keep saying you cannot, then you will never done it.."

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah Empty Re: 15 lelaki Myanmar ditahan edar dadah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum