PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja

2 posters

Go down

Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja Empty Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja

Post  yeow_U6A/2010 Sat Feb 13, 2010 2:22 am

KUALA LUMPUR: Tiga beradik perempuan termasuk seorang berusia 15 tahun ditahan bersama 258 ketulan ganja mampat seberat 126 kilogram bernilai lebih RM300,000 dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Baru Sentul di sini, kelmarin.

Ketiga-tiga disyaki pengedar ditahan bersama seorang lelaki dipercayai tunang seorang daripada tiga beradik itu. Dua lagi perempuan berusia 19 dan 25 tahun.

Difahamkan, kondominium itu turut dijadikan stor penyimpan dan pusat pembungkusan ganja terbesar di ibu negara sebelum diagih dan diedarkan kepada pengedar di bandar raya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin, berkata serbuan dilakukan jam 11.10 pagi dan polis menemui ganja di ruang tamu serta bilik kondominium berkenaan.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan 258 ketulan ganja mampat pelbagai saiz yang dibalut dengan plastik lutsinar serta beberapa bungkusan kecil dadah itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai RM200,000, penimbang, dua motosikal serta sebuah kereta Proton Satria dipercayai hasil kegiatan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

“Siasatan awal mendapati dadah itu dibawa masuk ke negara ini dari Utara tanah air, manakala unit kondominium berkenaan disewa sebagai pusat operasi mereka di Lembah Klang.

“Polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu dan rangkaian sindiket terbabit. Kita percaya masih ada saki baki kumpulan itu dan usaha mengesan mereka sedang dilakukan,” katanya.

Semua suspek direman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek lelaki yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah,” katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja Empty Re: Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja

Post  yeow_U6A/2010 Sat Feb 13, 2010 2:27 am

Perkara ini amat menyedihkan. Remaja yang asalnya mempunyai masa hadapan yang cerah dimusnahkan dengan jenayah yang berat ini.

Dengan berpandang serius ke atas perkara ini. Pada pendapat kalian, apakah cara atau langkah yang baik untuk mencegah jenayah seperti ini dan apakah kesan jenayah ini kepada negara kita?

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja Empty Re: Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja

Post  leeyoong_U6B Sat Feb 13, 2010 10:06 pm

Remaja merupakan bakal tulang belakang sesebuah negara. Mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pencapaian negara. Bolehkah kamu bayangkan pemimpin kita terlibat dalam penyeludupan ganja? Betapa teruk negara kita sekiranya keadaan ini berlaku. Kesan yang paling nyata ialah negara kita tidak dapat bertanding dengan negara lain di peringkat antarabangsa. Pemimpin kita bukan sahaja akan dipandang rendah oleh negara lain, bahkan juga imej negara kita juga akan terjejas. Tiada sesiapa yang berani untuk berunding atau berurus niaga dengan negara kita. Secara tidak langsung, sektor ekonomi akan terjejas. Sumber pendapatan negara turut akan dikurangkan. Selain itu, pengurangan rakyat akan berlaku. Kebanyakan negara akan berhijrah ke negara lain untuk meneruskan kehidupan mereka. Sesetengah rakyat pula akan mengikut jejak pemerintah untuk mengambil bahagian dalam kes ini. Jikalau ini tidak lagi khayal, ia merupaka satu malapetaka yang besar kepada kita semua. Evil or Very Mad

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja Empty Re: Tiga beradik perempuan edar 126 kilogram ganja

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum