PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar miskin harus diberi peluang

3 posters

Go down

Pelajar miskin harus diberi peluang Empty Pelajar miskin harus diberi peluang

Post  S.Teng(U6A/2010) Thu Feb 11, 2010 2:52 pm

BUTTERWORTH: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meminta supaya lebih banyak program pendidikan berbentuk sukarela diwujudkan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Mengambil contoh program 'Each One Teach One' (EOTO) yang dikendalikan Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial (PKKS) bagi membantu pelajar miskin pelbagai bangsa sekitar Permatang Pauh di sini, Rosmah berkata, program seumpama itu cukup positif bagi melahirkan insan berkualiti.

"Kanak-kanak adalah sumber utama negara dalam pembangunan khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kelestarian tamadun sesebuah bangsa yang mana pelaburan dalam aspek berkenaan perlu diberi perhatian serius.

"Dalam konteks ini, kanak-kanak miskin harus diberi peluang untuk mendapat pendidikan komprehensif ketika kecil lagi bagi menjadikan mereka sebagai insan lebih produktif serta mempunyai perwatakan positif," katanya berucap merasmikan EOTO di sini, semalam.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan bantuan peribadinya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berbentuk bahan bacaan bernilai RM5,000 untuk program EOTO.

Program EOTO yang diwujudkan sejak setahun lalu memfokuskan kepada usaha membantu kanak-kanak kurang berkemampuan serta terbiar bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Program perintis di Permatang Pauh itu disertai seramai 100 murid berumur antara sembilan hingga 12 tahun serta 70 sukarelawan yang antaranya terdiri daripada golongan profesional.

Rosmah turut meminta ibu bapa memainkan peranan dengan menyediakan pembelajaran kondusif iaitu selesa dan sempurna kepada kanak-kanak bagi membolehkan anak mereka dapat belajar dengan lebih baik.

"Ini bukan bermaksud memberi tempat atau ruang belajar dan lengkap dengan segala kemudahan, tetapi memadai sekurang-kurangnya anak ini disediakan meja khusus untuk membolehkan mereka mengulang kaji.

"Saya juga menyarankan ibu bapa mengutamakan pemberian makanan sihat dan seimbang kepada anak," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar miskin harus diberi peluang Empty Re: Pelajar miskin harus diberi peluang

Post  S.Teng(U6A/2010) Thu Feb 11, 2010 2:57 pm

Pada pendapat saya, kerajaan hendaklah memberi perhatian tentang perkara ini supaya pelajar yang miskin dapat pendidikan. Saya amat menyokong program 'Each One Teach One' (EOTO) yang dikendalikan Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial (PKKS), ia memang dapat membantu mereka yang ingin belajar tetapi menghadapi masalah.

Apakah pandangan saudara dan saudari tentang program ini?? Surprised

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pelajar miskin harus diberi peluang Empty Re: Pelajar miskin harus diberi peluang

Post  leeyoong_U6B Fri Feb 12, 2010 2:41 pm

Saya setuju! Memang tidak dapat dinafikan bahawa program yang dikendalikan Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Sosial (PKKS) ini memang bermanfaat kepada golongan kurang berkemampuan.. Kebanyakan golongan ini tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti orang biasa hanya disebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. Oleh itu, dengan porgram yang dianjurkan oleh kerajaan, mereka akan mendapatkan peluang keemasan untuk belajar di sekolah seperti orang biasa. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka. Mereka juga tidak akan berasa bahawa mereka dipandang rendah, diabaikan dan dipinggirkan oleh masyarakat. Kita sayugianya berkongsi apa sahaja yang ada dengan mereka supaya dapat mencapai matlamat program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, iaitu Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pelajar miskin harus diberi peluang Empty Re: Pelajar miskin harus diberi peluang

Post  xiaowen_U6B Fri Feb 12, 2010 5:18 pm

Selain daripada program 'Each One Teach One' (EOTO), banyak lagi usaha-usaha yang dijalankan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dalam segi kewangan.Salah satu ialah:

SHAH ALAM, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 tempat kepada pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tersebut.

"Dengan ini, dalam empat tahun, 20,000 pelajar miskin, anak yatim, anak pekebun kecil serta anak nelayan mendapat peluang untuk meneruskan pengajian mereka," katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Fasa 1 Kampus UiTM Puncak Alam di sini.

Beliau berkata peningkatan peluang bagi mereka yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dapat menghasilkan satu masyarakat yang seimbang.

Najib berkata UiTM dapat memainkan peranan itu dengan membuka peluang yang lebih luas tanpa mengira kedudukan sosio ekonomi bagi mencapai matlamat yang amat diharapkan dalam negara ini.

Beliau berkata di bawah konsep 1Malaysia, usaha-usaha perlu diteruskan bagi memastikan perseimbangan yang adil dan saksama supaya tidak ada jurang etnik atau mana-mana kaum yang tertinggal dan tercicir.

Najib berkata Uitm merupakan salah satu wahana yang membela ketidakadilan sejarah yang menimpa orang Melayu dan Bumiputera setelah terpinggir dari arus pembangunan perdana lebih 400 tahun.

"Inilah amanah yang perlu dijunjung pada setiap masa bagi setiap peringkat di dalam kepimpinan UiTM dan inilah satu ikrar kerana UiTM bukan semata-mata untuk menghasilkan graduan tetapi untuk meletakkan orang Melayu dan Bumiputera setaraf dengan kaum-kaum lain, katanya.
-petikan dari Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Pelajar miskin harus diberi peluang Empty Re: Pelajar miskin harus diberi peluang

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum